Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian - PPIR UniSZA

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian - PPIR UniSZA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian - PPIR UniSZA, Government Organization, Kampus Gong Badak, Kuala.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,πŸ”„ KEMAS KINI PERISIAN: LANGKAH MUDAH, PERLINDUNGAN MAKSIMUM❓ Mengapa Kemas Kini Peri...
26/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

πŸ”„ KEMAS KINI PERISIAN: LANGKAH MUDAH, PERLINDUNGAN MAKSIMUM

❓ Mengapa Kemas Kini Perisian Penting?

πŸ”’ Menutup kelemahan keselamatan
Melindungi peranti daripada ancaman hacker, malware dan serangan siber.

⚑ Meningkatkan prestasi sistem menjadikan sistem lebih lancar, pantas dan stabil.

πŸ› οΈ Membetulkan bug serta ralat sistem
Memastikan perisian berfungsi dengan lebih baik serta mengurangkan masalah teknikal.

πŸ›‘οΈ Menambah ciri keselamatan baharu
Membantu menghadapi ancaman siber terkini yang semakin berkembang.

πŸ” Melindungi data dan privasi
Mengurangkan risiko kebocoran maklumat peribadi dan organisasi.

βœ… Amalan Terbaik
βœ”οΈ Aktifkan fungsi automatic update pada peranti anda.
βœ”οΈ Install update sebaik sahaja tersedia.
βœ”οΈ Muat turun perisian daripada sumber yang dipercayai atau official website sahaja.
βœ”οΈ Pastikan operating system (OS), aplikasi dan antivirus sentiasa dikemas kini.

⚠️ Tahukah Anda?
Perisian yang tidak menerima update lebih mudah menjadi sasaran serangan siber kerana kelemahan keselamatan yang belum diperbaiki.

🎯 Ingat!
Kemas kini perisian bukan sekadar menambah ciri baharu, malah merupakan langkah penting untuk melindungi data, privasi dan keselamatan digital anda.

πŸ”„ Kemas Kini Hari Ini, Lindungi Data Anda Esok
πŸ”„ Keselamatan Siber Bermula Dengan Tindakan Anda

Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

πŸ“ž 09-819 8899
🌐 ppir.unisza.edu.my
πŸ“§ [email protected]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,🚨 HENTIKAN SIBER BULI: CIPTA DUNIA DIGITAL YANG SELAMATπŸ”„ Apa Itu Siber Buli?Siber bu...
29/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

🚨 HENTIKAN SIBER BULI: CIPTA DUNIA DIGITAL YANG SELAMAT

πŸ”„ Apa Itu Siber Buli?
Siber buli ialah tindakan mengganggu, menghina, mengugut atau memalukan seseorang melalui internet dan platform digital.

πŸ“± Contoh Siber Buli
πŸ’¬ Mesej ugutan / penghinaan
πŸ—¨οΈ Komen kasar
πŸ“Έ Sebar gambar atau video tanpa kebenaran
πŸ‘€ Akaun palsu untuk mengganggu
⚠️ Fitnah atau penyebaran maklumat palsu

⚠️ Kesan Kepada Mangsa
πŸ‘‰ Tekanan emosi
πŸ‘‰ Hilang keyakinan diri
πŸ‘‰ Menjejaskan pembelajaran / pekerjaan
πŸ‘‰ Gangguan kehidupan harian

πŸ›‘οΈ Cara Cegah Siber Buli
βœ… Fikir sebelum berkongsi
βœ… Gunakan bahasa yang sopan
βœ… Hormati privasi orang lain
βœ… Jangan balas secara emosi
βœ… Laporkan kandungan mencurigakan

πŸ“Œ Jika Menjadi Mangsa
πŸ”’ Sekat akaun pembuli
πŸ“Έ Simpan bukti
πŸ‘₯ Beritahu individu dipercayai
πŸ“’ Buat laporan

🎯 Fikir β€’ Hormat β€’ Lapor
Jadilah pengguna digital yang bertanggungjawab demi mewujudkan internet yang lebih selamat.

Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
πŸ“ž 09-819 8899
πŸ“§ [email protected]
🌐 ppir.unisza.edu.my

✨ TAHNIAH & SYABAS WAKIL PPIR! ✨Setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan inovasi PPIR yang berjaya merangkul PINGAT EMAS...
24/06/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS WAKIL PPIR! ✨
Setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan inovasi PPIR yang berjaya merangkul PINGAT EMAS di MPI TATI 2026 menerusi projek-projek inovasi impak tinggi:

1️⃣ Improving Aura_Ori Consensus Algorithm in Private Ethereum Blockchain Environment for Graduation Data
2️⃣ Beyond the Bench: Transforming Lab Management into a Smart Resources and Revenue Ecosystem
3️⃣ iRobe: Intelligent Robe Lifecycle, Smart Reservation & Compliance Management System

Tahniah kepada semua staf yang terlibat (Puan Robiah, En. Nik Farid, En. Kamal Arif, Puan Aida Afiqah, Cik Siti Maryam & En. Khairul Azmi)!

Ikhlas daripada kami seluruh warga PPIR. Semoga terus sukses dan terbang tinggi! πŸ†πŸ’―

πŸŒ™ Salam Awal Muharam 1448H πŸŒ™1 Muharam 1448H bersamaan 17 Jun 2026 menandakan permulaan tahun baharu Hijrah yang membawa ...
16/06/2026

πŸŒ™ Salam Awal Muharam 1448H πŸŒ™

1 Muharam 1448H bersamaan 17 Jun 2026 menandakan permulaan tahun baharu Hijrah yang membawa seribu makna dan harapan buat seluruh umat Islam.

Semoga kehadiran Awal Muharam menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan keimanan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam menempuh kehidupan yang lebih bermakna.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian UniSZA

07/06/2026

ANUGERAH TOKOH SISWA UniSZA 2026

TARIKH : 7 JUN 2026 (AHAD)
MASA: 3.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN PERDANA, UniSZA KAMPUS GONG BADAK

Dirgahayu Tuanku!Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
31/05/2026

Dirgahayu Tuanku!

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026 yang disambut pada 1 Jun 2026 (bersamaan 15 Zulhijjah 1447H)

Semoga Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar terus bersemayam di atas takhta dengan penuh kedaulatan, kesejahteraan, dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Daulat Tuanku!

Sembah takzim daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian UniSZA

πŸ•‹βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸ•‹10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026 hadir membawa pengertian pengorbanan, keikhlasan dan...
26/05/2026

πŸ•‹βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸ•‹

10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026 hadir membawa pengertian pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha ini menyemai nilai kasih sayang, kesyukuran serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kehidupan kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian UniSZA

πŸŒ™ Salam Hari Arafah 1447H πŸŒ™26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijjah 1447H merupakan hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan un...
25/05/2026

πŸŒ™ Salam Hari Arafah 1447H πŸŒ™

26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijjah 1447H merupakan hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan untuk umat Islam memperbanyakkan doa, zikir serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Semoga Hari Arafah ini menjadi ruang untuk kita memperkukuhkan keimanan, mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menghayati nilai keikhlasan dan pengorbanan dalam kehidupan.

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,πŸ” PANDUAN PENGGUNAAN PASSWORD UniSZA IDπŸ†” UniSZA ID merupakan identiti digital rasmi ...
24/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

πŸ” PANDUAN PENGGUNAAN PASSWORD UniSZA ID

πŸ†” UniSZA ID merupakan identiti digital rasmi untuk akses ke sistem penting seperti Portal Pelajar, Portal Staf dan Sistem Aplikasi.

πŸ›‘οΈ Amalan Keselamatan Password
🚫 Jangan kongsi kata laluan dengan orang lain
πŸ” Gunakan kata laluan yang kuat dan sukar diteka
πŸ”„ Tukar kata laluan setiap 3 – 6 bulan

βœ… Ciri Kata Laluan Selamat
πŸ”‘ Minimum 12 aksara
πŸ”  Gabungan huruf besar & kecil
πŸ”’ Mengandungi nombor
πŸ”‘ Menggunakan aksara khas (! @ # $ %)
🚫 Elakkan guna nama atau tarikh lahir

⚠️ Risiko Keselamatan Siber
πŸ‘‰ Akaun digodam
πŸ‘‰ Kebocoran maklumat
πŸ‘‰ Kecurian identiti digital

πŸ›‘οΈ Tips Keselamatan
πŸ“© Jangan klik emel/pautan mencurigakan
πŸ”„ Kemaskini sistem & antivirus
πŸšͺ Sentiasa log keluar selepas penggunaan
πŸ“ž Laporkan aktiviti mencurigakan kepada Bahagian Rangkaian Dan Keselamatan ICT, PPIR UniSZA

🎯 KESELAMATAN BERMULA DENGAN ANDA : Lindungi akaun anda, lindungi maklumat anda.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT / Helpdesk
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian, UniSZA

πŸ“ž 09-819 8899
πŸ“§ [email protected]
🌐 ppir.unisza.edu.my

πŸ“šβœ¨ Selamat Hari Guru 2026 βœ¨πŸ“š16 Mei 2026 diraikan sebagai penghargaan buat seluruh insan pendidik yang tidak pernah jemu ...
16/05/2026

πŸ“šβœ¨ Selamat Hari Guru 2026 βœ¨πŸ“š

16 Mei 2026 diraikan sebagai penghargaan buat seluruh insan pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membimbing dan membentuk generasi masa hadapan.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru terus dihargai serta menjadi inspirasi dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak.

β€œGuru Bitara Nadi Negara”

Ikhlas daripada:
Pengarah & Seluruh Warga
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian UniSZA

Address

Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096688998

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian - PPIR UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share