22/08/2026
WINGS MOTOR GANG SOCIETY (WMGS) ACROSS TANAH AIR MERDEKA RIDE 2026 KE PORT PADANG GARAM
Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin hadir meraikan konvoi Wings Motor Gang Society (WMGS) Chapter Kuala Lumpur & Selangor yang menjayakan WAT 69 – WMGS Across Tanah Air Merdeka Ride 2026, sempena jelajah merentasi seluruh Malaysia, di Kubang Rotan, Kuala Kedah.
Konvoi WMGS ASEAN yang diketuai Timbalan Presiden, Syed Kamaruzaman Syed Mahmood, terlebih dahulu meluangkan masa menikmati suasana santai bersama komuniti di Port Padang Garam, Kuala Kedah, antara destinasi baharu yang semakin mendapat perhatian sebagai tarikan pelancongan di kawasan Kuala Kedah.
Lebih menarik, konvoi ini turut disertai Rider Harley Kedah, yang bersama-sama memeriahkan perjalanan dan mengeratkan hubungan antara komuniti permotoran dari pelbagai negeri.
Kehadiran konvoi motosikal berkuasa tinggi memeriahkan lagi suasana di Port Padang Garam, dengan deruman enjin motosikal yang menarik perhatian pengunjung. Dalam masa yang sama, kemeriahan pengunjung yang hadir turut menyerlahkan potensi lokasi ini sebagai ruang rekreasi dan destinasi santai yang mampu menarik lebih ramai pelancong dan komuniti permotoran.
Usai santai di Port Padang Garam, konvoi WMGS kemudiannya meneruskan perjalanan ke Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah, bagi meneruskan pengisian program.
Kehadiran konvoi ini bukan sekadar sebuah perjalanan bermotosikal merentasi negeri-negeri di seluruh Malaysia, tetapi membawa mesej yang jauh lebih besar iaitu semangat persaudaraan, perpaduan, persahabatan dan kecintaan terhadap tanah air.
Perjalanan ini membuktikan bahawa dunia permotoran bukan hanya tentang jentera dan perjalanan, tetapi turut menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan hubungan antara chapter serta menyatukan ahli-ahli WMGS dari pelbagai negeri dalam satu keluarga besar.
Lebih membanggakan, kunjungan WMGS pada hari ini turut diserikan dengan satu usaha murni apabila Wings Motor Gang Society turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas, Kubang Rotan, yang berlangsung di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah.
Sumbangan tersebut menjadi bukti bahawa semangat permotoran bukan sekadar mengenai perjalanan, jentera dan persahabatan, tetapi turut disulami nilai keprihatinan, kebajikan dan tanggungjawab kepada masyarakat.
Semoga kunjungan WMGS ke Kubang Rotan ini bukan sahaja meninggalkan kenangan indah, malah terus membuka ruang kerjasama dan hubungan erat antara komuniti permotoran dengan masyarakat setempat.
Satu jentera, satu perjalanan, satu persaudaraan.
Terima kasih dan selamat meneruskan jelajah WAT 69 – WMGS Across Tanah Air Merdeka Ride 2026.
DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA
[ ADMIN ]
Sumber Dato Salleh Saidin