Nor Afizah Aziz

Nor Afizah Aziz Pegawai Keselamatan Sosial

2026 #125
28/07/2026

2026 #125

๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐”๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐‹๐š๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข

Apabila badan tidak sihat, perkara pertama yang terlintas di fikiran pastinya mendapatkan rawatan agar segera sembuh dan dapat kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Namun, bagi Prem Raja, perjalanan ke klinik pada 8 Jun lalu bertukar menjadi satu ujian yang tidak pernah disangka.

Ketika menunggang motosikal menuju ke Klinik Kesihatan Menglembu, beliau telah dilanggar sebuah kereta yang keluar secara tiba-tiba dari arah kanan jalan. Kemalangan itu menyebabkan Prem Raja patah pada bahagian paha kanan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Saya dimaklumkan bahawa Prem Raja masih bujang dan merupakan seorang operator kilang di Sam Hoe Sdn. Bhd. Hasil siasatan mendapati beliau layak menerima perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO. Selain Faedah Hilang Upaya Sementara sepanjang tempoh cuti sakit, PERKESO akan menampung bayaran kos implan yang digunakan dalam pembedahan menerusi tunturan Bayaran Ganti Belanja mengikut kelayakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Negeri Perak yang telah mengambil tindakan pantas membantu melengkapkan urusan tuntutan serta menziarahi Prem Raja ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

28/07/2026

2026 #124

2026 #123
28/07/2026

2026 #123

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐Š๐ข๐ซ๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐๐ข ๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ก ๐’๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ฒ๐š

Tiada siapa pernah menyangka sebuah kiriman di media sosial menjadi titik mula kepada berita yang paling sukar diterima oleh sebuah keluarga.

Ketika berada di Melaka, kakak kepada Allahyarham Daud Irwansyah terlihat satu hantaran mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Tun Mustapha. Hatinya mula dilanda resah apabila terpandang rantai kunci yang pernah dihadiahkannya kepada adik tersayang berada di lokasi kejadian. Beliau segera menghubungi telefon bimbit adiknya berkali-kali sebelum panggilan itu akhirnya dijawab oleh orang awam yang memintanya menghubungi ahli keluarga untuk segera ke lokasi. Tidak lama kemudian, berita yang paling ditakuti akhirnya disahkan. Adik kesayangannya telah kembali ke rahmatullah di tempat kejadian.

Allahyarham yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Bataras Supermarket merupakan seorang anak dan adik yang menjadi harapan keluarga. Beliau masih belum berumah tangga dan pemergiannya meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi, terutama buat kedua ibu bapanya.

Alhamdulillah, hasil semakan PERKESO mendapati Allahyarham merupakan pencarum yang layak menerima perlindungan PERKESO. Selain Faedah Pengurusan Jenazah bagi membantu menguruskan urusan pengebumian, kedua ibu bapa Allahyarham juga layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebagai kesinambungan perlindungan sosial kepada keluarga yang ditinggalkan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Labuan, khususnya Pengurus Pejabat PERKESO Labuan, Encik Sylvester Candy Anak Pai atas keprihatinan dan komitmen dalam membantu menguruskan kebajikan serta urusan tuntutan faedah bagi waris Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham Daud Irwansyah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

2026 #122
28/07/2026

2026 #122

๐“๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐œ๐ข๐ซ ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ค๐ž ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ง๐š๐ฆ๐ฎ๐ง ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข

Rutin harian yang bermula seperti biasa boleh berubah dalam sekelip mata. Itulah yang dialami oleh Melanie Jane apabila beliau tergelincir ketika bersiap untuk ke tempat kerja kerana tidak menyedari keadaan lantai rumah yang licin.

Akibat kejadian itu, Melanie mengalami keretakan pada pergelangan kaki dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaan mendapati beliau perlu menjalani pembedahan bagi memastikan kecederaan tersebut dapat dirawat dan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Hasil semakan mendapati Cik Melanie yang bertugas sebagai penasihat jualan layak menerima perlindungan di bawah Skim Lindung 24Jam. Bayaran faedah Hilang Upaya Sementara akan disalurkan berdasarkan tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor bagi membantu meringankan beban sepanjang beliau menjalani rawatan dan pemulihan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Kuching yang telah menziarahi Cik Melanie di kediamannya bagi menyampaikan maklumat mengenai faedah yang layak diterima serta memberikan sokongan kepada beliau dan keluarga. Semoga Cik Melanie diberikan kesembuhan segera.

"Kan dah cakap... benda ni bukan sekadar caruman. Ini backup hidup...Selama 8 tahun kami perjuangkan supaya rakyat Malay...
23/07/2026

"Kan dah cakap... benda ni bukan sekadar caruman. Ini backup hidup...
Selama 8 tahun kami perjuangkan supaya rakyat Malaysia dapat perlindungan yang lebih menyeluruh. Akhirnya, Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam berjaya direalisasikan dan telah diperkenalkan bermula 1 Jun 2026.

Kenapa kami di PERKESO beria sangat? Sebab malang tak pernah hantar calendar invite. Ia boleh berlaku bila-bila masa, walaupun di luar waktu kerja.

Dua kisah ini jadi bukti.
1- Insiden bot candat sotong karam
Seorang penjawat awam Muhammad Farris Zakwan Mohd Ibrahim, 33, yang cedera layak menerima perlindungan LINDUNG 24 Jam. Bukan setakat kos rawatan ditanggung, malah beliau turut menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sebagai gantian pendapatan dengan bayaran berjumlah RM1,368. sepanjang tempoh cuti sakitnya serta rawatan fisioterapi sehingga pulih.

2- Insiden pokok tumbang
Allahyarham Mohd Amir Shazwan Saion, 43, merupakan pencarum aktif LINDUNG Kendiri.
Kecaknaan Allahyarham mengenai kelangsungan hidup insan tersayang, seandainya ditimpa bencana ketika mencari rezeki sebagai pemandu kereta sewa akhirnya menyaksikan isteri tercinta bakal menerima faedah berupa pencen bulanan untuk sepanjang hayat.
Isterinya, Zam Zureena Mohd Rani layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berupa pencen bulanan RM837 sepanjang hayat.

Saya nak beritahu kat sini. Itulah bezanya bila ada perlindungan sosial.
Bila ditimpa musibah, bukan sekadar bantuan kewangan yang hadir. Ada sistem yang membantu meringankan beban diri dan keluarga ketika saat paling sukar.
LINDUNG 24 Jam ni akan melindungi anda daripada kemalangan yang berlaku di luar waktu dan tempat kerja. Walaupun kini bersifat pilihan, perlindungan ini boleh menjadi penyelamat apabila perkara yang tidak dijangka berlaku.

Memanglah kita harap tak perlu guna... tapi kalau suatu hari nanti diperlukan, anda pasti bersyukur kerana memilikinya.

Jangan tunggu sampai berita sedih itu melibatkan diri sendiri atau orang tersayang. Pastikan caruman PERKESO sentiasa aktif dan lengkapkan perlindungan anda. Okey?

PERKESO  #121
23/07/2026

PERKESO #121

Perkeso #120
23/07/2026

Perkeso #120

2026 #119
18/07/2026

2026 #119

2026 #117
18/07/2026

2026 #117

๐‡๐š๐ฌ๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ข๐š๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง

Sesekali meluangkan masa bersama keluarga pastinya menjadi saat yang dinanti. Begitulah juga hasrat Mustaqim pada petang 5 Jun lalu apabila beliau merancang untuk beriadah di Taman Rekreasi Tasik Puteri bersama keluarga.

Namun, dalam perjalanan ke sana motosikal yang ditunggangnya telah melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang keluar dari satu simpang secara tiba-tiba. Akibat kemalangan itu, Mustaqim mengalami kecederaan serius termasuk patah paha kanan, patah lengan kiri, patah kedua-dua rahang serta kecederaan pada bahagian kepala. Beliau kini masih menjalani proses pemulihan selepas menerima rawatan di Hospital Kemaman dan diberikan cuti sakit selama 33 hari.

Hasil semakan mendapati Mustaqim merupakan pencarum aktif PERKESO yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau layak menerima perlindungan di bawah Skim Lindunga 24 Jam bagi membantu meringankan beban sepanjang tempoh pemulihan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Dungun yang telah menziarahi Mustaqim di kediamannya serta menyampaikan Kotak Prihatin. Semoga Mustaqim kembali sembuh untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama keluarga yang sentiasa berada di sisinya.

Address

Wisma PERKESO
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nor Afizah Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share