01/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ . ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
DUNGUN, 1 SEPTEMBER 2026 โ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu telah menerima kunjungan kerja YBhg. Datoโ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) dalam rangka lawatan kerja bagi meninjau perkembangan projek-projek pembangunan JPS di Negeri Terengganu, khususnya yang melibatkan aspek pengurusan sumber air, tebatan banjir, hakisan pantai serta pemuliharaan sungai.
Lawatan kerja yang berlangsung di Pejabat Tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun ini turut menjadi platform bagi pihak JPS Negeri Terengganu untuk menyampaikan pembentangan status projek pembangunan JPS Negeri Terengganu, merangkumi kemajuan pelaksanaan projek serta isu-isu dan cabaran yang dihadapi di lapangan.
Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada status semasa projek, isu pelaksanaan serta langkah-langkah penyelesaian yang perlu diambil bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.
Selain itu, sesi bersama komuniti nelayan turut diadakan bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas secara langsung daripada golongan yang bergantung kepada kawasan muara dan perairan sebagai sumber pendapatan. Sesi ini penting dalam memastikan aspek keperluan komuniti setempat turut diambil kira dalam perancangan serta pelaksanaan projek-projek JPS.
Lawatan kerja kemudiannya diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Daerah Dungun, Terengganu. Perbincangan ini memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh pengurusan dan pemuliharaan kawasan muara sungai bagi memastikan fungsi sungai dapat dikekalkan serta isu-isu berkaitan sedimentasi dan perubahan morfologi muara dapat ditangani secara berkesan.
Sebagai pengisian akhir lawatan, YBhg. TKSU (Air) turut berkesempatan melakukan lawatan tapak ke Muara Sungai Dungun bagi meninjau sendiri keadaan beting pasir semasa air surut. Lawatan lapangan ini turut melibatkan tinjauan di beberapa lokasi yang dicadangkan, termasuk D**e 2, atas Jambatan Kuala Dungun serta tinjauan menggunakan bot, bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan fizikal muara dan kawasan sekitarnya.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan JPS dalam memastikan setiap projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur sumber air dilaksanakan secara terancang, berkesan dan berimpak tinggi, selaras dengan keperluan semasa serta kepentingan rakyat.
Melalui pemantauan berterusan di lapangan, perbincangan bersama pihak berkepentingan serta penglibatan komuniti setempat, JPS sentiasa berusaha memperkukuh pengurusan sumber air, meningkatkan tahap perlindungan daripada banjir dan hakisan serta memastikan kelestarian sungai dan kawasan pesisir pantai terus terpelihara.
JPS Negeri Terengganu terus komited dalam memperkasa infrastruktur, menangani isu banjir dan hakisan serta menjamin kesejahteraan rakyat.