15/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
KUALA NERUS, 14 Mei 2026 โ Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu telah menjayakan lintas langsung rancangan Program Wanita Cukup Berani 2026 menerusi kolaborasi bersama TV3 melalui rancangan Wanita Hari Ini, dengan kerjasama strategik Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu bertempat di Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak.
Program yang menghimpunkan seramai 250 peserta itu menampilkan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk sesi perkongsian ilmu, demonstrasi masakan tradisional serta sesi bual bicara berkaitan pemerkasaan wanita dan kesejahteraan komuniti.
Antara pengisian utama ialah demonstrasi masakan yang melibatkan empat menu kuih dan lauk tradisional Terengganu sebagai usaha memartabatkan warisan makanan negeri serta memperkukuh kemahiran bidang masakan dalam kalangan peserta kursus KEMAS.
Slot pertama bertajuk Wanita Hebat, Jiwa Kuat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Sultan Zainal Abidin.
Manakala slot kedua bertajuk Wanita Bangkit: Melakar Harapan, Membina Keyakinan disampaikan oleh Puan Ezlin Sakinah binti Mat Sepin, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu yang turut memberi penekanan terhadap kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita.
Program turut diserikan dengan sesi bual bicara yang menampilkan panel jemputan iaitu YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Datoโ Azril serta Mentor Maggi, manakala sesi dikendalikan oleh Puan Fiza Sabjahan.
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Kemahiran Bidang Masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Kuala Nerus sempena program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Seri Dr. Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Komuniti KEMAS Daerah Kuala Nerus.
Turut hadir YBrs. Encik Mohd Madrisham bin Mokhtar, Penolong Pengarah Kanan Kewangan & Pembangunan yang menjalankan tugas Pengarah KEMAS Negeri Terengganu serta YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati binti Mohd, Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik UniSZA.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dalam memperkasa wanita melalui pendidikan kemahiran, pembangunan komuniti dan jaringan strategik bersama pelbagai agensi demi melahirkan masyarakat yang lebih berdaya saing dan sejahtera.