Ann Idris

Ann Idris * JOM JANA PENDAPATAN HINGGA 5K SEBULAN
* WANITA BANGKIT DENGAN BISNES ONLINE

24/08/2022

Saat ini, semua ujian sedang memuncak. Dari yang simpan duit di bank, esok harinya boleh hilang macam itu je. Ada yang buka gerai tepi jalan, jualan tiada. Ada juga bekerja, diberhentikan tiba-tiba. Ekonomi p**a menguncup dan kos sara diri meningkat.

Namun, bertahanlah. Katakan begini setiap hari kalian.

"Saya akan bertahan sampai saya berjaya.
Saya akan tetap berusaha. Bertindak dengan bijaksana.

Saya akan selalu mengambil langkah seterusnya. Bila tiada langkah lain, saya akan cari solusi lain.

Realitinya, satu langkah demi satu langkah tidaklah begitu susah. Saya yakin bahawa walau sekecil apa pun usaha kita, jika dilakukan berulangkali, ia tetap menyempurnakan segala hal demi kejayaan abadi"

Sematkan ayat ini sebagai pembakar semangat kita untuk tetap bertahan dan berjuang dalam getirnya sebuah ujian.

Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Terus berjuang!

28/06/2022

Ya Allah Ya Jalil, Engkau cukupkanlah rezeki kami dalam setiap apa yang kami lakukan. Engkau kurniakan kebahagiaan berpanjangan dalam keluarga kami.

17/06/2022

Assalamualaikum Selamat pagi semua.
Dah sarapan?

03/10/2021

Rezeki itu bukan tentang apa yg kita miliki tetapi tentang rasa yg kita nikmati. Syukur selalu atas segala pemberianNya.
Assalamualaikum semua 🥰

30/09/2021

Ya Allah terima kasih di atas rezeki yang Engkau kurniakan untuk kami terus sujud padaMu. Berikanlah kami kekuatan dalam mencari rezeki yang halal pada hari ini. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Promo gaisss....grab it now!!!
24/09/2021

Promo gaisss....grab it now!!!

24/08/2021

Jika perjalanan kejayaan kamu lambat tak mengapa, asalkan kamu tidak berhenti dan menoleh ke belakang. Bangkit lah kerana Allah. Allah adalah sebaik-baik pelindung bagi kita semua. ❤️
Assalamualaikum & pagi

23/08/2021

Ya Allah Ya Mujib, Engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami agar dapat kami menyampaikan manfaat kepada mereka yang memerlukan. Aminn YRA.

22/08/2021

USAHAWAN PEKAK, BUTA DAN BISU

1. Usahawan pekak - dia tak dengar apa orang lain kata. Nak perli, perlilah. Nak ejek, ejeklah. Nak gosip tentang bisnes dia, silakan. Dia jalan terus.

2. Usahawan buta - dia tak nampak perkara negatif apa orang lain buat. Dia fokus kepada bisnes dia. Dia buat sampai jadi.

3. Usahawan bisu - dia tutup mulut, dia tak bercakap perkara buruk tentang bisnes orang lain. Kalau dia nak cakap mengenai bisnes orang lain, dia bercakap yang baik-baik saja.
Dalam kehidupan juga begitu, jadilah orang yang:

1. PEKAK dari mendengar kata-kata sumbang yang hanya ingin menjatuhkan atau menghukum secara buta tuli.

2. BUTA akan perkara negatif yang berlaku di sekitar yang tidak memberi manfaat malah menyumbang dosa jika melihat.

3. BISU, bercakap hanya perkataan yang baik-baik sahaja. Lebih baik diam dari bicara yang boleh menyakitkan hati orang lain.

Semoga bermanfaat😊

18/08/2021

Salah satu bentuk rezeki Allah kpd kita, Dia kelilingi kita dgn orang yg baik-baik dan sgt supportive. Macam awak yg tengah baca status ni.🥰

Assalamualaikum, selamat pagi semua sahabat positive.

17/08/2021

Assalamualaikum & pagi !! 🔥

Salah satu kunci bahagia ialah SYUKUR. Melihat apa yang kita ada, apa yang kita dapat membuatkan kita lebih bersyukur..Dan siapa yang bersyukur Allah akan tambah lebih banyak nikmat.

'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Melihat apa yang kita belum ada sebagai inspirasi untuk kita tanamkan impian bukannya buatkan kita merungut dengan apa yang kita takde.

Teruskan usaha dan buat yang terbaik dalam hidup! 💪🏻

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ann Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category