JKKP / DOSH Pahang

JKKP / DOSH Pahang Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pahang

SEMPURNAKAN TUGASAN RASMI TERAKHIR SEBELUM BERSARA, PENGARAH JKKP PAHANG SERTAI MINGGU KESELAMATAN BASF PETRONAS CHEMICA...
13/08/2026

SEMPURNAKAN TUGASAN RASMI TERAKHIR SEBELUM BERSARA, PENGARAH JKKP PAHANG SERTAI MINGGU KESELAMATAN BASF PETRONAS CHEMICALS

GEBENG, KUANTAN, 8 OGOS 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang merakamkan detik bersejarah apabila Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang, menyempurnakan Majlis Perasmian dan Sambutan Global Safety Days 2026 bertempat di BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd. (BPC), Gebeng, hari ini.

Penganjuran program ini menjadi lipatan sejarah bermakna buat jabatan kerana ia merupakan penampilan rasmi dan perasmian terakhir Encik Ahmad Fauzi sebelum beliau melangkah ke alam persaraan pada 10 Ogos 2026. Kehadiran beliau ke majlis berprestij sektor petrokimia ini menterjemahkan komitmen tinggi serta iltizam berterusan beliau terhadap pemerkasaan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Negeri Pahang sehingga ke penghujung perkhidmatan.

πŸ›οΈ PENGLIBATAN LEBIH 1,600 PESERTA DI FOSILITI PETROKIMIA GEBENG

Program mega yang mengangkat tema "Think Safe, Act Safe, Win Together!" ini bertujuan memperkukuh budaya keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan di tempat kerja. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 1,600 orang peserta merangkumi warga kerja BASF PETRONAS Chemicals, ahli keluarga, pempamer, serta pengusaha booth jualan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan BPC, Encik Aik Meam Tan, yang menegaskan komitmen syarikat dalam membudayakan persekitaran kerja selamat menerusi pelbagai inisiatif berterusan.

Turut hadir memeriahkan majlis:
πŸ‘€ Ir. Hj. Shahruny Mohd Akil (Pengarah Operasi dan Perkhidmatan Tapak, BPC)
πŸ‘€ Encik Mohd Helmy bin Mohamed Yatim (Pengarah Jabatan Seni Bina, Majlis Bandaraya Kuantan)
πŸ‘€ Encik Amiruddin Abu Bakar (Pengurus Besar, HSEQ & Corporate Protection & Enforcement, BPC)

🫑 PENGHARGAAN BUAT LEGASI KEPIMPIMAN PENGARAH JKKP PAHANG

Penglibatan terus Encik Ahmad Fauzi bin Awang dalam program industri berskala besar ini mencerminkan falsafah kepimpinan beliau yang sentiasa mengutamakan pendekatan turun padang dan kerjasama rapat antara jabatan penguatkuasaan dengan sektor industri.

Seluruh warga JKKP Pahang dan pihak pengurusan BASF PETRONAS Chemicals merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan, dedikasi, serta sumbangan besar yang telah dicurahkan oleh Encik Ahmad Fauzi sepanjang penerajuannya di JKKP Pahang.

Jasa dan bakti beliau dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan para pekerja di Negeri Pahang sentiasa terjamin akan sentiasa dihargai dan dikenang.

πŸ’¬ "Selaras dengan tema 'Think Safe, Act Safe, Win Together!', amalan keselamatan perlu diterjemahkan menerusi tindakan harian bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan produktif buat semua."

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

JKKP PAHANG SANTUNI WARGA FELDA BUKIT GOH MELALUI PROGRAM ROLL CALL PERDANAFELDA BUKIT GOH, 12 OGOS 2026 – Jabatan Kesel...
13/08/2026

JKKP PAHANG SANTUNI WARGA FELDA BUKIT GOH MELALUI PROGRAM ROLL CALL PERDANA

FELDA BUKIT GOH, 12 OGOS 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Pahang terus memperkasakan pendekatan turun padang dengan memenuhi jemputan Rancangan FELDA Bukit Goh bagi menyampaikan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja sempena Program Roll Call Perdana yang berlangsung di Dewan Semai Bakti, FELDA Bukit Goh, hari ini.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat, khususnya yang terdedah dengan aktiviti pekerjaan berisiko. Penglibatan peserta merangkumi kontraktor ladang, pekerja ladang, pemandu lori, serta warga FELDA Bukit Goh secara keseluruhannya.

Dalam program berkenaan, JKKP Pahang telah diwakili oleh Penolong Pengarah JKKP Pahang merangkap Ketua Seksyen Promosi dan Sumber, Puan Nor Azera binti Ismail, yang bertindak menyampaikan taklimat khusus berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada para peserta.

Taklimat tersebut memberi penekanan utama terhadap kepentingan mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa melaksanakan tugas harian, terutamanya dalam sektor perladangan, pemanduan kenderaan berat, serta kerja-kerja lapangan. Pendekatan kesedaran sebegini amat kritikal bagi memastikan setiap individu memahami tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Bagi memantapkan pengisian majlis, program turut diserikan dengan sesi soal jawab interaktif dan acara cabutan bertuah. Selain itu, pendedahan berkenaan perlindungan rumah peneroka turut disampaikan menerusi Taklimat Insurans Rumah Peneroka – KPF Niaga (MyFire Plus).

Atur cara program yang serba lengkap ini dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi Negaraku, Negeri Pahang, dan Semai Bakti FELDA, disusuli bacaan doa, sesi minum pagi, penyampaian cenderahati, serta sesi rumusan penutup.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan JKKP Pahang dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui perkongsian ilmu secara terus kepada komuniti akar umbi. Pihak jabatan berharap agar kesedaran yang diterapkan dapat diterjemahkan dalam amalan kerja harian bagi mengurangkan risiko kemalangan, seterusnya memastikan kebajikan serta keselamatan pekerja sentiasa diberi keutamaan.

- TAMAT -

πŸ’¬ "Keselamatan Tanggungjawab Bersama, Pekerja Sihat, Komuniti Sejahtera."

πŸ“’ KENYATAAN MEDIA: PROGRAM VENDOR CONNECT 2026 (ZON TIMUR)SAMBUTAN OSH WEEK 2026 (SEKTOR INDUSTRI & PERNIAGAAN)150 Tahun...
13/08/2026

πŸ“’ KENYATAAN MEDIA: PROGRAM VENDOR CONNECT 2026 (ZON TIMUR)

SAMBUTAN OSH WEEK 2026 (SEKTOR INDUSTRI & PERNIAGAAN)
150 Tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: "Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat"

KUANTAN, 30 JULAI 2026 – Dalam masa yang sama ketika Siri Jelajah OSH Week 2026 melabuhkan tirainya di tanah tinggi Cameron Highlands, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang terus membuktikan iltizam tinggi apabila turut memenuhi jemputan penting di Kuantan bagi menyampaikan ceramah keselamatan sempena program Vendor Connect 2026 (Zon Timur).

Program anjuran F.P.M. Academy of Management and Excellence (F.A.M.E.) melalui Pertumbuhan Kebajikan Pekerja FPM (PKPFPM) dengan kerjasama FELDA Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB) ini berlangsung dari 29 hingga 30 Julai 2026 bertempat di AC Hotel by Marriott, Kuantan, Pahang.

πŸ“Œ BUTIRAN PENGLIBATAN JKKP PAHANG

Program ini beroperasi sebagai platform dialog dua hala yang menghimpunkan lebih kurang 300 orang peserta merangkumi wakil vendor, agensi kerajaan, serta syarikat berkaitan FELDA.

Pada 30 Julai 2026 (Khamis), jam 9.30 pagi – 10.30 pagi, JKKP Pahang telah diwakili oleh:

πŸ‘¨β€πŸ« Penceramah: Encik Mohd Khairi bin Mokhtar (Penolong Pengarah, Seksyen Siasatan & Pendakwaan, JKKP Pahang)
πŸ—£οΈ Tajuk Ceramah (Sesi 5): "Memperkasa Budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Kalangan Vendor FPM"

🀝 SYNERGI BERSAMA AGENSI KERAJAAN & RAKAN STRATEGIK

Program berimpak tinggi ini turut menampilkan wakil daripada pelbagai agensi utama seperti PERKESO, MSPO, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, LHDN, JTK Pahang, dan KWSP.

Penglibatan pelbagai agensi ini selaras dengan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam mempromosikan budaya keselamatan, kesihatan, dan pematuhan perundangan pekerjaan yang berterusan.

πŸ’¬ "Utamakan Keselamatan, Hargai Kehidupan. KKP Budaya Kita, Tanggungjawab Bersama."

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

πŸ“’ JELAJAH OSH WEEK 2026 JKKP PAHANG MELABUHKAN TIRAI DENGAN IMPAK FENOMENAL!"150 TAHUN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA...
13/08/2026

πŸ“’ JELAJAH OSH WEEK 2026 JKKP PAHANG MELABUHKAN TIRAI DENGAN IMPAK FENOMENAL!

"150 TAHUN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN: BERSAMA MEMASTIKAN PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL KERJA YANG SIHAT"

Selama 4 HARI MARATON (27 – 30 JULAI 2026), JKKP Pahang di bawah pimpinan Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang, telah merentasi Genting Highlands hingga ke Cameron Highlands bagi mengemudi 12 KERJASAMA STRATEGIK BERIMPAG TINGGI bersama gergasi industri negara!

🌐 JEJAK IMPAK JELAJAH (27 - 30 JULAI 2026)

πŸ—οΈ 27 JULAI (GENTING HIGHLANDS): Menyasar sektor pembinaan & perladangan menerusi kerjasama TME Builders (~500 pekerja), China State Construction (~200 pekerja), Genting Malaysia Berhad, dan FGV Palm Industries.

πŸƒ 28 JULAI (CAMERON HIGHLANDS): Memperkasakan KKP lapangan di Cameron Valley Tea (100 pekerja) bersama gimik penanaman pokok teh & perkhidmatan sanitasi awam Alam Flora Sdn. Bhd.

πŸ† 29 JULAI (KEMUNCAK NEGERI & SEKTOR TENAGA): Acara Kemuncak OSH Week 2026 Peringkat Negeri Pahang bersama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB - 100+ peserta) di Heritage Hotel, disusuli lawatan teknikal ke Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bawah Tanah TNB Ulu Jelai (382 MW).

πŸ›— 30 JULAI (PERLADANGAN & KOMERSIAL): Sesi awal pagi bersama BOH Plantations (Sungei Palas) dan demonstrasi keselamatan fasiliti lif/eskalator bersama LBS Bina Group, Dover Elevators & Centrum Mall.

πŸ’₯ PENCAPAIAN KESELURAHAN
πŸ‘₯ 1,000+ Tenaga Kerja didampingi secara fizikal merangkumi pelbagai sektor.
🀝 12 Organisasi Utama memeterai komitmen keselamatan.
πŸ›‘οΈ Satu Misi Utama: Membudayakan Keselamatan, Kesihatan, dan Kesejahteraan Pekerja Menuju Sifar Kemalangan Pekerjaan!
πŸ’¬ "Siri jelajah OSH Week 2026 mungkin berakhir, namun komitmen JKKP Pahang dalam melahirkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat akan terus melangkah tanpa henti!"

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

JELAJAH OSH WEEK 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN GEMILANG: JKKP PAHANG TAWAN SEKTOR PERLADANGAN DAN KOMERSIAL KEBANGSAANCAM...
13/08/2026

JELAJAH OSH WEEK 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN GEMILANG: JKKP PAHANG TAWAN SEKTOR PERLADANGAN DAN KOMERSIAL KEBANGSAAN

CAMERON HIGHLANDS, 30 JULAI 2026 – Siri Jelajah Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2026 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung selama empat hari secara maraton (27 hingga 30 Julai 2026) telah melabuhkan tirainya hari ini dengan kejayaan cemerlang menerusi dua Kerjasama Strategik berimpak tinggi di Cameron Highlands.

Mengangkat tema "150 Tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat", hari terakhir jelajah menyaksikan komitmen luar biasa JKKP Pahang dalam menyasarkan dua sektor pentingβ€”sektor perladangan teh ikonik negara serta sektor komersial dan keselamatan fasiliti awam.

πŸŒ… SEBELAH PAGI: KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA BOH PLANTATIONS SDN. BHD.

⏰ Masa & Lokasi: 6.30 Pagi – 10.00 Pagi | Sungei Palas Tea Garden, Brinchang
πŸ‘₯ Penyertaan: Kira-kira 50 orang pekerja perladangan BOH Plantations.
πŸƒ Perjalanan Program & Pengisian Utama:

6.30 Pagi: Ketibaan Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang bersama pegawai jabatan di Checkpoint Sunrise, BOH Sungei Palas bagi sesi fotografi khas berlatarbelakangkan keindahan ladang teh.

7.00 Pagi: Program rasmi bermula dengan sesi roll call pekerja, disusuli Taklimat KKP oleh pihak BOH dan Taklimat Khusus 150 Tahun KKP oleh pegawai DOSH.

Sesi Perasmian & Sektor Lapangan: Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JKKP Pahang, penyerahan cenderahartis, serta lawatan kerja ke kilang pemprosesan dan menyaksikan aktiviti pemetikan daun teh (tea plucking) secara langsung oleh tenaga kerja ladang.

πŸ™οΈ SEBELAH PETANG: KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA LBS BINA GROUP BERHAD, DOVER ELEVATORS (M) SDN. BHD. & CENTRUM MALL

⏰ Masa & Lokasi: 10.30 Pagi – 4.40 Petang | Cameron Centrum Mall, Brinchang
πŸ‘₯ Penyertaan: Dihadiri oleh kira-kira 30 orang tenant (penyewa) serta pengunjung pusat beli-belah.
πŸ›— Perjalanan Program & Pengisian Utama:

Sesi Pagi (10.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari): Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan wakil LBS Bina Group Berhad dan Dover Elevators, ceramah keselamatan penggunaan elevator/eskalator oleh Competent Person (CP) Dover Elevators, serta ucapan perasmian oleh Pengarah JKKP Pahang. Sesi diserikan dengan kuiz keselamatan dan penyampaian hadiah.

Sesi Petang (2.00 Petang – 4.40 Petang): Aktiviti hebahan KKP dan interaksi terus bersama orang awam. Merangkumi demonstrasi fungsi mekanikal eskalator, penerangan zon bahaya, penggunaan butang kecemasan (emergency stop), serta visual impak keselamatan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kawalan risiko ketika menggunakan fasiliti lif dan eskalator.

πŸ† PENUTUP SAKSI KEJAYAAN JELAJAH OSH WEEK 2026

Penutupan Jelajah OSH Week 2026 ini menterjemahkan kesungguhan JKKP Pahang yang sentiasa proaktif mendampingi rakan industri daripada pelbagai latar belakangβ€”daripada sektor pembinaan, hospitaliti, perladangan, tenaga hidroelektrik, sehinggalah ke sektor pengurusan pusat beli-belah dan pengangkutan mekanikal awam.

Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik industri, agensi kerajaan, dan seluruh tenaga kerja yang telah memberikan kerjasama menjayakan jelajah berjarah ini.

πŸ’¬ "Siri jelajah ini mungkin melabuhkan tirainya hari ini, namun perjuangan membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah usaha berterusan tanpa titik noktah. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah Tanggungjawab Bersama."

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

- TAMAT -

JELAJAH OSH WEEK 2026 HARI KEDUA: JKKP PAHANG GEGAR CAMERON HIGHLANDS, PERKUKUH PERADABAN KKP SEKTOR PERLADANGAN DAN PEN...
13/08/2026

JELAJAH OSH WEEK 2026 HARI KEDUA: JKKP PAHANG GEGAR CAMERON HIGHLANDS, PERKUKUH PERADABAN KKP SEKTOR PERLADANGAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

CAMERON HIGHLANDS, 28 JULAI 2026 – Meneruskan kehangatan siri jelajah berimpak tinggi sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2026 Peringkat Negeri Pahang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang kini 'menawan' pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands bagi menjayakan dua Kerjasama Strategik utama bersama gergasi industri perladangan dan pembersihan.

Siri jelajah hari kedua ini menampakkan komitmen padu JKKP Pahang dalam memastikan budaya keselamatan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, malah merentasi pelbagai medan pekerjaan termasuk perladangan dan perkhidmatan sanitasi awam.

πŸƒ LOKASI 1: KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA CAMERON VALLEY TEA (BHARAT GROUP)

⏰ Masa & Tempat: 7.00 Pagi | TS 1, Tea Shop 1 Bharat, Cameron Highlands
πŸ‘₯ Penyertaan: Dihadiri seramai 100 orang pekerja sektor perladangan.
🌟 Pengisian Berimpak & Momen Utama:

Program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan sesi roll call pekerja dan taklimat KKP berasaskan faktor ergonomik serta amalan kerja selamat di ladang.

Ucapan aluan oleh wakil syarikat serta Ucapan Perasmian oleh Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang.
Gimik Penanaman Pokok Teh: Acara simbolik penanaman pokok teh oleh Pengarah JKKP Pahang bersama pengurusan syarikat sebagai tanda komitmen kelestarian, keselamatan, dan kesejahteraan warga kerja perladangan.

Demonstrasi Kerja & Inovasi: Peserta menyaksikan demonstrasi praktikal memetik daun teh menggunakan cutter, penggunaan jentera secara selamat, serta lawatan ke tapak kilang memproses teh baharu yang sedang dalam pembinaan bagi memastikan risiko di tempat kerja dikawal ketat.

πŸ—‘οΈ LOKASI 2: KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ALAM FLORA SDN BHD

⏰ Masa & Tempat: 2.30 Petang | Zenith Hotel Cameron, Tanah Rata
πŸ‘₯ Penyertaan: Dihadiri oleh warga kerja serta barisan pengurusan Alam Flora Sdn Bhd.
🌟 Pengisian Berimpak & Momen Utama:

Ucapan aluan oleh Encik Mohd Taufik bin Mohd Idris (Wakil Syarikat Alam Flora Sdn Bhd) yang menegaskan komitmen tinggi syarikat terhadap aspek KKP.

Taklimat khas sempena 150 Tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Pegawai JKKP Pahang bagi memberi pendedahan sejarah serta pencapaian KKP negara.

Ucapan Perasmian dan Gimik Pelancaran oleh Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang sebagai penanda aras pembudayaan KKP yang lebih utuh dalam sektor pengurusan sisa dan perkhidmatan.

Sesi perkongsian amalan terbaik (Best Practices) dan inisiatif keselamatan daripada pihak Alam Flora Sdn Bhd demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan lestari.

πŸ’₯ MEMPERKASA BUDAYA KKP TANPA COMPROMISE

Siri jelajah maraton di Cameron Highlands ini membuktikan pendekatan proaktif JKKP Pahang yang sentiasa mendampingi sektor-sektor berisiko dan berprestij tinggi. Kerjasama rapat bersama Cameron Valley Tea (Bharat Group) serta Alam Flora Sdn Bhd ini menekankan bahawa kesejahteraan pekerja, amalan ergonomik, dan kawalan risiko merupakan tunjang utama produktiviti sesebuah organisasi.

JKKP Pahang akan terus melangkah gagah meneruskan siri Jelajah OSH Week 2026 ke lokasi-lokasi seterusnya di seluruh Pahang sehingga 30 Julai 2026.

πŸ’¬ "Utamakan Keselamatan, Amalkan KKP, Lindungi Diri, Hargai Nyawa."

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

- TAMAT -

JELAJAH OSH WEEK 2026: JKKP PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GERGASI INDUSTRI DEMI MENCAPAI SIFAR KEMALANGANG...
13/08/2026

JELAJAH OSH WEEK 2026: JKKP PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GERGASI INDUSTRI DEMI MENCAPAI SIFAR KEMALANGAN

GENTING HIGHLANDS, 27 JULAI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam memperkasakan agenda keselamatan pekerjaan menerusi pelancaran Jelajah Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2026 Peringkat Negeri Pahang. Siri jelajah berimpak tinggi ini dijadualkan berlangsung bermula 27 Julai sehingga 30 Julai 2026 bagi menyemarakkan budaya kerja selamat di seluruh negeri.

Sebagai pembuka tirai jelajah pada hari pertama (27 Julai 2026), JKKP Pahang yang diketuai sendiri oleh Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang bersama barisan pegawai jabatan telah 'menawan' zon industri Genting Highlands dan wilayah sekitarnya. Sebanyak empat (4) lokasi strategik sektor pembinaan, hospitaliti, dan perladangan telah dilawati secara maraton seawal jam 8.30 pagi hingga lewat petang:

πŸ›οΈ RANGKUMAN JEJAK JELAJAH HARI PERTAMA (27 JULAI 2026)

πŸ—οΈ Kerjasama Strategik 1: TME Builders Sdn. Bhd. (Genting Permai)

Empat Momen: Disertai secara gelombang besar-besaran oleh lebih kurang 500 orang pekerja tapak pembinaan merangkumi pihak pengurusan, kontraktor, dan tenaga kerja pelbagai kategori. Program disiarkan dengan majlis perasmian oleh Pengarah JKKP Pahang, gimik perasmian, serta sesi lawatan tapak sebagai simbolik komitmen padu pihak syarikat.

🏒 Kerjasama Strategik 2: China State Construction Engineering (M) Sdn. Bhd. (Genting Highlands)

Empat Momen: Menghimpunkan lebih 200 orang pekerja tapak di Projek Tropicana Avalon. Pengisian merangkumi ceramah kesedaran KKP, Majlis Pelancaran Minggu KKP 2026, sesi menandatangani Ikrar KKP (Safety Pledge) bersama pengurusan projek, hingga ke penganugerahan Pekerja Terbaik dan Kuis Keselamatan.

πŸ”οΈ Kerjasama Strategik 3: Genting Malaysia Berhad (Resorts World Awana / Genting)

Empat Momen: Melibatkan kira-kira 50 orang pimpinan dan warga kerja Bahangan Pembinaan. Turut dihadiri Naib Presiden Genting Malaysia Berhad. Program diisi dengan ceramah 'Hierarki Kawalan Risiko' bagi memantapkan kaedah pencegahan bahaya di tempat kerja bertaraf antarabangsa.

🌴 Kerjasama Strategik 4: FGV Palm Industries Sdn. Bhd. – Kilang Sawit Tersang (Jelai Inn Boutique Hotel, Sg. Koyan)

Empat Momen: Menyasar sektor perladangan dengan penglibatan menyeluruh barisan kepimpinan tertinggi zon/regional (Regional Controller, Regional SHO), Head Safety & Health Unit (FGVPI), hingga ke Pengurus-Pengurus Kilang (Mill Managers). Program dirasmikan oleh Pengarah JKKP Pahang sebagai pendorong pematuhan perundangan KKP sektor komoditi utama.

πŸ’₯ KOMITMEN TEGAS & ASPIRASI JKKP PAHANG

Penganjuran Jelajah OSH Week 2026 ini menterjemahkan tindakan proaktif JKKP Pahang yang tidak hanya bertindak sebagai badan penguatkuasa, malah menjadi rakan strategik utama industri. Langkah agresif mendampingi sektor pembinaan, hospitaliti, dan perladangan ini penting bagi memastikan pematuhan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Pengarah JKKP Pahang menegaskan, sokongan padu dan penyertaan padu ratusan pekerja pada hari pertama jelajah ini membuktikan bahawa pihak industri bersedia mendukung aspirasi negara menuju Sifar Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan.

πŸ’¬ "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan BUKAN sekadar retorik, tetapi merupakan TANGGUNGJAWAB BERSAMA. Keutamaan kita adalah memastikan setiap pekerja melangkah keluar ke tempat kerja dengan selamat, dan pulang ke pangkuan keluarga dengan sihat."

Jelajah OSH Week 2026 JKKP Pahang akan meneruskan momentum pemerkasaan ini di lokasi-lokasi seterusnya sehingga 30 Julai 2026.

- TAMAT -

πŸ“’ SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH WEEK) 2026: SEKTOR PERHOTELANKUANTAN, 23 JULAI 2026 – Jabatan...
13/08/2026

πŸ“’ SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH WEEK) 2026: SEKTOR PERHOTELAN

KUANTAN, 23 JULAI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang telah memenuhi jemputan sempena Sambutan OSH Week 2026 bagi Sektor Perhotelan yang bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort, Teluk Cempedak.

Program ini dianjurkan khas untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan warga perhotelan demi mewujudkan persekitaran kerja yang Selamat, Sihat, Sejahtera, dan Produktif.

πŸ“Œ RINGKASAN PROGRAM
πŸ—“οΈ Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 Petang (Tempoh: 2 Jam)
πŸ“ Lokasi: Hyatt Regency Kuantan Resort, Teluk Cempedak
πŸ‘¨β€πŸ« Penceramah: Encik Ahmad Fakhri bin Mohammad Yusoff (Ketua Seksyen Penguatkuasaan JKKP Pahang)
πŸ—£οΈ Tajuk Ceramah: "AKKP Pindaan dan OSHWA"
πŸ‘₯ Penyertaan: Seramai 20 orang staf hotel daripada pelbagai bahagian.
πŸ’‘ KOMITMEN BERSAMA
Penerapan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama. Pihak JKKP Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga Hyatt Regency Kuantan Resort atas kerjasama serta komitmen padu yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

πŸ’¬ "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tanggungjawab Bersama, Budaya Kerja Selamat, Perhotelan Cemerlang."

BEKERJA DENGAN SELAMAT, PULANG DENGAN SELAMAT.

JKKP PAHANG & W. R. GRACE KOMITED PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMAT, SIHAT DAN SEJAHTERAKUANTAN, 21 JULAI 2026 – Jabatan Kes...
13/08/2026

JKKP PAHANG & W. R. GRACE KOMITED PERKUKUH BUDAYA KERJA SELAMAT, SIHAT DAN SEJAHTERA

KUANTAN, 21 JULAI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang dengan kerjasama W. R. Grace Specialty Chemicals (M) Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan program Safety Stand Up Day (SSUD) 2026 sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2026 Peringkat Negeri Pahang.

Program yang berlangsung di premis syarikat berkenaan di Gebeng, Kuantan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping memupuk kesejahteraan psikososial di tempat kerja demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan produktif.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah JKKP Pahang, Encik Ahmad Fauzi bin Awang. Turut hadir menyampaikan ucapan aluan ialah Pengurus Loji (Plant Manager) W. R. Grace Specialty Chemicals (M) Sdn Bhd. Program ini mendapat sambutan amat baik dengan penglibatan kira-kira 60 orang pekerja syarikat berkenaan.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dilaksanakan. Antaranya termasuk sesi SSUD Talk oleh Pengurus Loji bertajuk "Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat", ceramah kesihatan oleh KPJ Specialist Hospital, serta AED Awareness Talk oleh pihak ZOLL. Program turut diselangi dengan pameran keselamatan dan kesihatan serta sesi bergambar bersama.

Pengarah JKKP Pahang menegaskan bahawa komitmen berterusan daripada pihak industri seperti W. R. Grace amat penting dalam membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, selaras dengan pemantapan nilai bersama iaitu Selamat, Sihat, Sejahtera, dan Produktif.

TAMAT -

πŸ’¬ "Keselamatan Bermula Dengan Saya, Budaya Selamat Tanggungjawab Kita Bersama."

JKKP PAHANG PERKASA PEMULIHARAAN PENDENGARAN MELALUI PROGRAM HEARING CONSERVATION ADMINISTRATOR (HCA) BERSAMA LKPPKUANTA...
13/08/2026

JKKP PAHANG PERKASA PEMULIHARAAN PENDENGARAN MELALUI PROGRAM HEARING CONSERVATION ADMINISTRATOR (HCA) BERSAMA LKPP

KUANTAN, 21 JULAI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang meneruskan agenda pemerkasaan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan sempena Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2026 melalui pelaksanaan Program Hearing Conservation Administrator (HCA) bagi LKPP Corporation Sdn. Bhd.

Program separuh hari yang berlangsung pada 21 Julai 2026, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, LKPP Corporation Sdn. Bhd. ini memberi penekanan terhadap kepentingan pengurusan pendedahan bunyi bising di tempat kerja serta usaha pemuliharaan pendengaran dalam kalangan pekerja.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Timbalan Besar LKPP Corporation Sdn. Bhd., Encik Ahmad Shahrir bin Mazlan, sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JKKP Pahang, YBrs. Tuan Ahmad Fauzi bin Awang. Turut hadir ialah Pengurus Ladang Bahagian Pengurusan Risiko & Kelestarian serta Pegawai-pegawai JKKP Pahang yang bertindak sebagai penceramah.

Program ini turut memberi tumpuan kepada golongan Pegawai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) yang memainkan peranan penting dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan secara berkesan di pusat-pusat operasi LKPP.

Dalam sesi perkongsian ilmu, Pegawai JKKP Pahang menyampaikan penerangan berkaitan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Bunyi Bising) 2019 serta Tataamalan Industri bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerjaan dan Pemuliharaan Pendengaran 2019. Pengisian ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berhubung keperluan perundangan, tanggungjawab majikan serta kaedah pengurusan pendedahan bunyi bising di tempat kerja.

Penganjuran program ini amat signifikan memandangkan risiko Noise-Induced Hearing Loss (NIHL) merupakan antara cabaran utama penyakit pekerjaan. Berdasarkan teks ucapan Pengarah JKKP Pahang, hampir 90% daripada pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan yang diterima Jabatan adalah berkaitan pendedahan kepada bunyi bising atau NIHL.

Program ini juga menjadi platform interaksi dua hala antara JKKP Pahang dan pihak LKPP bagi memperkukuh pelaksanaan, pemantauan serta pematuhan Hearing Conservation Programme (HCP) di pusat-pusat operasi LKPP yang mempunyai pelbagai tahap risiko pekerjaan.

JKKP Pahang merakamkan penghargaan kepada LKPP Corporation Sdn. Bhd. atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sebagai sebahagian daripada Sambutan OSH Week 2026. Inisiatif seumpama ini mencerminkan komitmen bersama antara kerajaan dan industri dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

β€œKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tanggungjawab Bersama.”

Address

Tingkat 2, Wisma PERKESO, Jalan Mat Kilau
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Pahang:

Shortcuts

Share