16/02/2025
Biar sederhana, asalkan bermakna.
Srikandi Keadilan Negeri Pahang hari ini berpeluang menyampaikan sumbangan Back To School kepada anak-anak yatim dengan kerjasama Pertubuhan Progresif Masyarakat Kuantan dan Persatuan Komuniti Pendaki Pahang di Pusat Jagaan Chahaya, Kuantan. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, semoga ia dapat meringankan persiapan sekolah anak-anak ini dan memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar dengan penuh tekad.
Pendidikan adalah kunci masa depan, semoga anak-anak ini berjaya mencapai impian masing-masing. Teruskan usaha, jadilah anak yang cemerlang dan bersahsiah tinggi.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.