Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan

Pusat Latihan Kenegaraan  Bukit Sagu Kuantan Facebook Rasmi Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri.

๐’๐„๐’๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐€๐†๐”๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐…๐ž๐›๐ซ...
13/02/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐€๐†๐”

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ | ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐’๐š๐ ๐ฎ

Satu Sesi Santuni bersama Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang, YBrs. Tuan Mohd Kamal Affandi telah diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Bukit Sagu hari ini melibatkan seluruh warga kerja pusat tersebut.

Penganjuran sesi ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri dan kakitangan di peringkat pelaksana selain menjadi ruang penyelarasan hala tuju organisasi. Pendekatan bersemuka ini dilihat signifikan dalam memastikan mesej,aspirasi dan perancangan jabatan dapat difahami serta digerakkan secara bersama.

Di samping itu, sesi berkenaan turut memberi penekanan terhadap pengukuhan budaya kerja profesional, keseronokan bekerja melalui semangat sepasukan dan komitmen berterusan dalam menjayakan agenda latihan kenegaraan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Program diakhiri dengan sesi ramah mesra serta tinjauan ringkas sekitar fasiliti pusat latihan.









KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARANTarikh: 1 DISEMBER 2025Masa: 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hariTempat: Dewan Terbuka PLK Bukit Sa...
01/12/2025

KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN

Tarikh: 1 DISEMBER 2025
Masa: 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Terbuka PLK Bukit Sagu
Anjuran: Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKKP
Bilangan Peserta: 22 orang

---

1.0 PENGENALAN

Kursus Pencegahan Kebakaran ini dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga organisasi mengenai risiko kebakaran serta langkah-langkah pencegahan yang betul. Program ini juga bertujuan memastikan semua peserta memahami tatacara menghadapi kecemasan dan penggunaan peralatan pemadam api dengan betul.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk:

1. Memberikan pendedahan mengenai punca-punca kebakaran.

2. Mengajar kaedah pencegahan dan langkah keselamatan di tempat kerja.

3. Melatih peserta menggunakan alat pemadam api.

4. Memberikan panduan tindakan kecemasan serta cara menyelamatkan diri semasa kebakaran.

5. Meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua kakitangan.

3.0 KANDUNGAN KURSUS

Kursus merangkumi sesi teori dan praktikal seperti berikut:

3.1 Sesi Teori

Pengenalan kepada kebakaran

Segitiga api dan klasifikasi kebakaran

Punca-punca kebakaran di tempat kerja

Sistem Pencegahan Kebakaran

Prosedur tindak balas kecemasan

Pengenalan kepada alat pemadam api dan jenis-jenisnya

3.2 Sesi Praktikal

Demonstrasi penggunaan alat pemadam api

Latihan memadam kebakaran kecil

Latihan berkumpul di titik perhimpunan (Assembly Point)

Address

Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan
Kuantan
25740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share