24/07/2026
SEKITAR PROGRAM ZUMBA KESUKEP 2026
Alhamdulillah, Program Zumba KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP Pejabat SUK Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2026 (Jumaat) di Dewan Blok C, SUK Pahang.
Program yang berlangsung selama satu jam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SUK Pahang yang hadir bagi menyertai aktiviti senaman sihat dalam suasana yang penuh ceria dan bertenaga.
Selain membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Sihat Bersama, Ceria Selamanya!