Jabatan Pengurusan Akademik Unipsas

Jabatan Pengurusan Akademik Unipsas Jabatan Pengurusan Akademik UniPSAS bertanggungjawab terhadap semua aktiviti berkaitan pengurus

Selamat menduduki peperiksaan akhir Sem 2 Sesi 2023/2034 kepada siswa/siswi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pern...
29/01/2024

Selamat menduduki peperiksaan akhir Sem 2 Sesi 2023/2034 kepada siswa/siswi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Master of Education Teaching English As A Second Language (TESL) dan Asasi Sains Kemanusiaan
~29 Januari 2024 hingga 09 Februari 2024~

USAHA, DOA DAN TAWAKAL
SEMOGA BERJAYA

Jom jumpa UnIPSAS ,👍👍👍👍
13/05/2022

Jom jumpa UnIPSAS ,👍👍👍👍

UnIPSAS berada di lokasi anda.

Temui UnIPSAS sempena Karnival Pendidikan MyUni seperti berikut :

Tarikh : 14-15 Mei 2022 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi 1 :
Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah
(017-9878865 - Syafira)

Lokasi 2 :
Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
(010-8670374 - Yatt)

Dapatkan maklumat terkini peluang-peluang menyambung pengajian di UnIPSAS pada peringkat Asasi, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.

Hadiah menarik menanti pengunjung-pengunjung bertuah.

Jumpa anda di sana.

06/04/2022

*MAKLUMAN MESRA*
*BORANG DEKLARASI RISIKO COVID-19*

Assalamualaikum WRT WBT.

YH Dato'/ YBrs. Prof. Madya/ Dr./ Tuan/Puan.,
Semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat Allah jua dan merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, atas inisiatif HEA dan HEP satu borang deklarasi khusus bagi semua penuntut UnIPSAS akan digunakan dan dikuatkuasakan mulai 07 April 2022 (Khamis). Hebahan akan dilaksanakan menerusi beberapa medium aplikasi sosial media bermula pada hari ini.

Borang ini *WAJIB* digunakan oleh semua penuntut yang ingin mendapatkan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan di kampus UnIPSAS mahupun untuk mendapatkan sesi rundingan dan konsultasi bersama pensyarah atau untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling UnIPSAS.

Walau bagaimanapun, untuk sesi rundingan dan konsultasi pensyarah serta Unit Bimbingan dan Kaunseling penuntut perlu membuat temujanji/pemakluman lebih awal dengan unit-unit berkaitan sebelum hadir ke kampus UnIPSAS bagi memastikan urusan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Oleh itu, bermula pada 07 April 2022 tiada lagi proses tempahan slot menerusi aplikasi pick time dilaksanakan dan jika tempahan telah dibuat sebelum 07 April 2022 tempahan tersebut secara automatik terbatal dan penuntut perlu mengisi *Borang Deklarasi Risiko COVID-19 (Penuntut UnIPSAS)* dan hadir ke kampus UnIPSAS dan tunjukkan bukti lengkap kepada Pegawai Keselamatan UnIPSAS di pintu masuk.

*Borang Deklarasi Risiko COVID-19 (Penuntut UnIPSAS)*
*Capaian* : https://forms.office.com/r/3Dcka4VnfJ

Terima kasih atas perhatiannya,
Jazakumullahu Khairal Jaza'
Sekian dimaklumkan, Wassalam.

*‘TAKAMUL, TARBIAH, TAJDID’*

Saya yang menjalankan amanah,

Penolong Pendaftar
Jabatan Pengurusan Akademik
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Km 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum WRT WBTSemoga semuanya berada di dalam rahmat Allah jua dan merujuk kepada perkara dibawah.Makluman kepa...
10/02/2022

Assalamualaikum WRT WBT

Semoga semuanya berada di dalam rahmat Allah jua dan merujuk kepada perkara dibawah.

Makluman kepada semua penuntut UniPSAS, Jabatan Hal Ehwal Akademik Unipsas telah menetapkan bahawa sebarang pertemuan dengan para pensyarah dan juga bersama-sama staf JPA proses tempahan slot masa perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko keberjangkitan COVID-19 di dalam kampus UniPSAS;-

Syarat-syarat tempahan slot;
1) Lengkap dua (2) dos vaksin.

2) Permintaan janji temu perlu dibuat sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh cadangan pertemuan.

3) UniPSAS akan menyaring permintaan janji temu mengikut keperluan. Hanya seorang (1) orang pelawat sahaja dibenarkan hadir bagi setiap janji temu. Setiap pertemuan dihadkan maksimum selama 30 minit tertakluk kepada perkara yang perlu dibincangkan. Pelawat perlu tiba 10 minit lebih awal sebelum slot temujanji.

4) Pengesahan/ perubahan / pembatalan janji temu akan dimaklumkan melalui e-mel.

Tarikh mula berkuatkuasa;- 14 Februari 2022/ 12 Rejab 1443

Capaian tempahan perkhidmatan;- https://www.picktime.com/jpaunipsas

"PERTEMUAN TANPA TEMUJANJI ADALAH TIDAK DIBENARKAN"

Terima kasih atas keperihatinan semua,
Jazakumullahu Khairal Jaza'
Sekian, dimaklumkan. Wassalam

Selamat memulakan pengajian semester 2 sesi 2021/2022.Sila dapatkan jadual pembelajaran (secara arus perdana dan Program...
25/01/2022

Selamat memulakan pengajian semester 2 sesi 2021/2022.

Sila dapatkan jadual pembelajaran (secara arus perdana dan Program Luar Kampus) melalui pautan di bawah:

🟩 Makluman HEPA🟩 16 Januari 2022🟩 Semua pelajar UnIPSAS🟩 Bil 004/2022🟩 PER : Hal berkaitan kemasukan ke Asrama = = = = =...
16/01/2022

🟩 Makluman HEPA
🟩 16 Januari 2022
🟩 Semua pelajar UnIPSAS
🟩 Bil 004/2022
🟩 PER : Hal berkaitan kemasukan ke Asrama

= = = = = = = = = =

🟢 Dimaklumkan bahawa *TIADA kemasukan ke asrama* pada hari esok 17 Januari 2022 (Isnin).

🟢 Pelajar yang telah memohon untuk tinggal di asrama atas faktor pelajar berkeperluan telahpun dihubungi pihak HEPA dan telah dimaklumkan tarikh, masa dan kaedah kemasukan.

🟢 Pelajar yang TIDAK dihubungi oleh pihak HEPA *TIDAK dibenarkan hadir ke asrama* .

🟢 *Pelajar hanya DIBENARKAN masuk ke asrama setelah mendapat KELULUSAN berkaitan.*

🟢 *Jika ada pelajar hadir secara _walk-in_, pelajar akan diminta untuk pulang semula ke rumah* masing-masing kerana penempatan hanya diperuntukkan kepada yang memohon dan diluluskan.

🟢 Kemasukan ke asrama adalah terhad bagi memastikan risiko kepada penyebaran Covid-19 dapat dikawal sebaiknya.

🟢 Pelajar-pelajar berkeperluan yang tidak tersenarai untuk tinggal di asrama boleh memohon semula untuk fasa seterusnya dan kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan asrama dan perlaksanaan SOP COVID-19 di asrama.

🟢 Sebarang makluman lanjut boleh hubungi :
En. Abi Sofian
Penolong Pendaftar HEPA di talian Whatspp : 📲 www.wasap.my/60136288144/masukasramaberperingkat

🟢 Pihak HEPA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat perlaksanaan prosedur-prosedur berkaitan.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Program Tazkiyah Annafs (Penyucian Jiwa) Klien AADK Daerah Pekan.28 dan 29 Disember 2021Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah A...
05/01/2022

Program Tazkiyah Annafs (Penyucian Jiwa) Klien AADK Daerah Pekan.
28 dan 29 Disember 2021
Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan

31/12/2021
28/12/2021

📍PEMAKLUMAN PENUKARAN ALAMAT EMAIL PENGGUNA SISWA MICROSOFT OFFICE 365

Assalamualaikum WRT WBT

Pelajar semua,
Semoga berada di dalam limpahan rahmat Allah jua dan merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan kepada Siswa/Siswi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).
Jabatan Pengurusan Teknologi Maklumat kini sedang mengemaskini akaun Microsoft Office 365 dan akan menukarkan alamat email Siswa/Siswi yang sedia ada daripada
kuipsas.edu.my kepada unipsas.edu.my. Akaun yang terkesan dengan penukaran alamat email ini adalah seramai 4800 pengguna akaun.

*Login :[email protected]*
kepada
*Login :[email protected]*
Katalaluan masih kekal tiada perubahan

Kerja-kerja mengemaskini ini melibat kesemua akaun siswa/siswi.
Penukaran domain mengambil masa 1 – 2 hari running time dan mengikut batch kemasukkan pelajar bermula daripada batch 2014/2015 sehingga 2021/2022. Terdapat gangguan email semasa penukaran domain berlaku dan *pemegang akaun Microsoft Office365 tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan email dan akaun Microsoft Office365* semasa migrasi ini dijalankan.

Berikut adalah tarikh dan jangka masa gangguan email akan berlaku.

*Tarikh : 14hb Disember 2021 (Selasa) – 21 hb Disember 2021 (Selasa)*
Batch 2014/2015 (14 Dis 2021)
Batch 2015/2016 (15 Dis 2021)
Batch 2016/2017 (16 Dis 2021)
Batch 2017/2018 (17 Dis 2021)
Batch 2018/2019 (18 Dis 2021)
Batch 2019/2020 (19 Dis 2021)
Batch 2020/2021 (20 Dis 2021)
Batch 2021/2022 (21 Dis 2021)

▶️▶️LANGKAH-LANGKAH LOGIN KE AKAUN MICROSOFT OFFICE 365 MENGGUNAKAN AKAUN unipsas.edu.my ([email protected])

1. Pastikan pengguna signout/logout akaun Microsoft Office 365 [email protected] di semua peranti/device (handphone|laptop|tablet)
2. Clear all history browser (Chrome | Mozila | Bing |Safari) - bagi mengelak cache browser masih menyimpan [email protected]
3. Taip url : https://portal.office.com di new tab browser
4. Login [email protected] dan katalaluan (katalaluan masih kekal tiada perubahan) pengguna masih boleh menggunakan katalaluan asal.

Nota : Penggunaan akaun [email protected] tidak lagi valid selepas ini. Namun, pengirim masih lagi boleh mengirim email kepada [email protected]. Dan pengguna akaun [email protected] masih boleh menerima email seperti biasa.

Jazakumullahu Khairal Jaza'
Sekian, terima kasih. Wassalam.

'BERILMU, BERTAQWA'
Saya yang menjalankan amanah

NORFAZIAH BINTI MOHD REJAB
Pegawai Teknologi Maklumat

AssalamualaikumDimaklumkan bahawa semester 2 sesi 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 3 Januari 2022 ditangguhkan ke...
28/12/2021

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa semester 2 sesi 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 3 Januari 2022 ditangguhkan ke 17 Januari 2022. Perubahan ini disebabkan berlakunya bencana banjir baru-baru ini yang memberi kesan kepada kampus UnIPSAS, para kakitangan dan pelajar.

Perubahan tarikh permulaan semester 2 sesi 2021/2022 ini tidak memberi kesan kepada perjalanan program Asasi dan Latihan Industri (yang dijadualkan bermula pada 3 Januari 2022).

Sekian dimaklumkan, Jazakumullahu Khairal Jaza'

Address

Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095535555

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengurusan Akademik Unipsas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengurusan Akademik Unipsas:

Share