PAS Cawangan Balok Perdana

PAS Cawangan Balok Perdana DITUBUHKAN PADA 17 FEB 2016 Religion Organisasi

25/07/2026

KENYATAAN MEDIA

DHPP: JANGAN MANIPULASI UCAPAN YAB MENTERI BESAR KEDAH, JANGAN GUGAT KEHARMONIAN RAKYAT

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mengambil maklum mengenai polemik yang timbul susulan ucapan YAB Menteri Besar Kedah berhubung ungkapan “Cina ada China, India ada India” yang kini dipetik dan ditafsirkan di luar konteks sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

DHPP ingin menegaskan bahawa ucapan tersebut tidak seharusnya dimanipulasi seolah-olah YAB Menteri Besar merujuk kepada masyarakat Cina dan India yang merupakan rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita semua memahami bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Masyarakat Cina dan India di Malaysia adalah sebahagian daripada rakyat negara ini dan mempunyai hak yang sama untuk hidup, bekerja dan menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Oleh itu, DHPP menyeru semua pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada isu ini dengan memutarbelitkan kenyataan atau mengeluarkan ucapan daripada konteks sebenar. Sebarang perbezaan pandangan hendaklah dibincangkan secara matang dan berlandaskan fakta, bukannya dijadikan bahan untuk mencetuskan sentimen perkauman dan perpecahan.

DHPP juga berpandangan bahawa tindakan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat atau mengambil tindakan hanya berdasarkan petikan kenyataan yang telah ditafsirkan secara tertentu perlu dipertimbangkan dengan penuh tanggungjawab. Kita tidak seharusnya membiarkan perbezaan politik menjadi punca kepada usaha menggugat keharmonian masyarakat.

Sebagai DHPP, kami sentiasa komited untuk memperkukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kami percaya bahawa Malaysia adalah milik bersama semua rakyatnya, tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Kami menyeru agar semua pihak menghentikan budaya memanipulasi kenyataan demi kepentingan politik sempit. Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian, menghormati perbezaan dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai keutamaan.

Jangan kerana perbezaan politik, keharmonian rakyat menjadi taruhan.

Kumaresan BK
Ketua
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat

25/07/2026
25.07.2026Orang bekerja kita pun bekerja jugak..Tak apa bersaung dengan sihat..
25/07/2026

25.07.2026
Orang bekerja kita pun bekerja jugak..
Tak apa bersaung dengan sihat..

14.07.2026Rangkaian Ziarah Prihatin PAS Cawangan Balok Perdana bersama YB Dato' Haji Andansura bin Rabu dan isteri, Dati...
14/07/2026

14.07.2026
Rangkaian Ziarah Prihatin PAS Cawangan Balok Perdana bersama YB Dato' Haji Andansura bin Rabu dan isteri, Datin Hajah Nor Azni binti Wahab, sebagai tanda keprihatinan dan mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat.

Bismillahirrahmanirrahim

اللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِحِفْظِكَ، وَوَفِّقْنَا لِطَاعَتِكَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَعْمَارِنَا وَأَرْزَاقِنَا، وَارْزُقْنَا الصِّحَّةَ وَالْعَافِيَةَ، وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. آمِينَ.

"Ya Allah, peliharalah kami dengan perlindungan-Mu, berilah kami taufik untuk mentaati-Mu, berkatilah umur dan rezeki kami, kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan, serta akhiri kehidupan kami dengan husnul khatimah. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka."

Amin.

Bermesyuarat kita hari ni..
12/07/2026

Bermesyuarat kita hari ni..

Penduduk Johor telah menolak PH. 🌟 Alhamdulillah, misi Jemaah Islam telah mencapai kejayaan. 🇲🇾🤝✨
12/07/2026

Penduduk Johor telah menolak PH. 🌟 Alhamdulillah, misi Jemaah Islam telah mencapai kejayaan. 🇲🇾🤝✨

Address

Kuantan
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Balok Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share