17/05/2026
Allahuakbar !!!
[ SEBAGAI SAYAP HADAPAN, PEMUDA WAJIB PALING SEDIA BERKORBAN! ]
Mengimbau sirah Perang Khandaq, menggali parit dalam cuaca sejuk melampau dan kelaparan yang mencengkam menuntut pengorbanan fizikal yang luar biasa daripada para sahabat Rasulullah SAW. Ibrah (pengajaran) besar ini mendidik kita ertinya sebuah perjuangan.
Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Zulkifli Mohammad (Timb. Ketua Pemuda DPPN Pahang / AJK DPPM) sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan Kali Ke-42:
"Sebagai sayap hadapan parti, Pemuda wajib menjadi jentera yang paling kuat bekerja, paling awal turun ke lapangan, dan paling sedia berkorban harta, masa, serta tenaga demi gerak kerja jemaah."
Ayuh Pemuda, teruskan mara ke hadapan dengan penuh iltizam! Sentiasa bersedia, sentiasa berkhidmat.