07/08/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ (๐๐๐) ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
4 Ogos 2026 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, diiringi YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datoโ Sri Nazri bin Abu Bakar telah hadir dan menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2026.
Turut hadir ialah YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato' Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH Dato' Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH Datoโ Ali Syahbana bin Sabaruddin, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Penganjuran majlis ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun penilaian 2025, di samping menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Seramai 60 orang warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (PSUK Pahang) telah menerima APC yang disertakan dengan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan insentif wang tunai berjumlah RM1,000. Manakala enam orang pesara menerima sijil penghargaan, cenderamata serta saguhati persaraan berjumlah RM600 sebagai tanda penghargaan dan mengenang segala jasa, pengorbanan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis turut diserikan dengan amanat daripada YAB Menteri Besar Pahang yang menekankan kepentingan setiap penjawat awam untuk terus memperkukuh integriti, profesionalisme dan komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Pahang.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC. Semoga segala pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PSUK Pahang untuk terus melakar kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
Pautan untuk gambar majlis: https://drive.google.com/drive/folders/1k6qipTX8Yv9qT2FMVXPt4pPqV6bP9yFD?usp=sharing