09/08/2026
π½οΈ PROGRAM EDUKASI PELABELAN MAKANAN BERSAMA AGENSI DI DAERAH TEMERLOH
π
Tarikh: 9 Ogos 2026
β° Masa: 9.00 pagi β 11.00 pagi
π Tempat: Pekan Sehari Temerloh
Program Edukasi Pelabelan Makanan telah dilaksanakan di Pekan Sehari Temerloh dengan penglibatan KPDN, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan UKKM Zon Tengah yang melibatkan daerah Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran.
π― Objektif program adalah untuk:
1. Memberikan pendidikan dan meningkatkan kesedaran berkaitan pelabelan makanan kepada semua peniaga yang terlibat dalam perniagaan makanan, khususnya mengenai kepentingan penyediaan label yang lengkap, jelas dan tepat.
2. Meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap keperluan pelabelan makanan serta lain-lain keperluan pematuhan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, khususnya di bawah KPDN dan MPT.
3. Meningkatkan kesedaran peniaga terhadap tanggungjawab dalam memastikan makanan yang dijual mematuhi aspek keselamatan, kualiti dan peraturan yang ditetapkan.
4. Memperkukuhkan kerjasama antara agensi melalui pendekatan pendidikan dan advokasi secara bersama bagi meningkatkan pematuhan serta memastikan makanan yang dijual kepada masyarakat adalah bersih, selamat dan berkualiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KPDN, MPT serta UKKM Zon Tengah atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini. π€
Bersama kita tingkatkan kesedaran, pematuhan dan budaya keselamatan makanan dalam kalangan peniaga demi memastikan makanan yang selamat dan berkualiti untuk masyarakat. π₯β¨
JKN Pahang & UKKM Zon Tengah