Klinik Pergigian UTC Kuantan

Klinik Pergigian UTC Kuantan Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat :8-9 mlm
Sabtu-Ahad: 8-5 ptg
Hari Kelepasan Am : TUTUP

*NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PENGOPERASIAN KLINIK PERGIGIAN UTC PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026*Untuk mak...
17/03/2026

*NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PENGOPERASIAN KLINIK PERGIGIAN UTC PAHANG SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026*

Untuk makluman semua, mengambil kira Hari Kelepasan Am Persekutuan dan pengumumum cuti tambahan oleh YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026,
Kementerian Kewangan (M*F) bersetuju meluluskan penutupan pengoperasian
Pusat Transformasi Bandar (UTC) selama *empat (4) hari* mulai *20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 23 Mac 2026 (Isnin).*

Klinik akan kembali beroperasi pada 24 Mac 2026 (Selasa).

Mohon semua pesakit peka terhadap sebarang perubahan temujanji di aplikasi mysejahtera. Sebarang masalah sila hubungi klinik di nombor 09-5124014.

Kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨

26/02/2026
26/02/2026

Sempena bulan febuari ialan bulan kesedaran kanser mulut,
jom jalani pemeriksaan pergigian secara berkala.
Mencegah lebih baik daripada merawat.







Klinik Pergigian UTC Kuantan

19/02/2026

✨ PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KETIKA BERPUASA 🦷🌙

"Dr, bolehkah saya buat rawatan pergigian pada bulan puasa?"

Ramai yang beranggapan bahawa apabila berpuasa, rawatan pergigian dan memberus gigi perlu dielakkan.

Rawatan asas pergigian tidak akan membatalkan puasa selagi anda tidak menelan apa-apa di dalam mulut dengan sengaja.

Berpuasa bukan alasan untuk mengabaikan kesihatan pergigian. Jika dibiarkan, masalah kecil boleh menjadi lebih serius dan memerlukan rawatan yang lebih rumit. Walaupun di bulan Ramadan, penjagaan pergigian tetap perlu diambil berat supaya gigi sihat dan bersih!

💡 Ingat:
• Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari (selepas sahur & selepas berbuka)
• Amalkan flos gigi
• Kurangkan makanan dan minuman manis
• Ambil peluang bulan puasa untuk berhenti merokok

Selamat Menyambut bulan Ramadhan!



Pergigian Pahang

MOUTH CANCER AWARENESS MONTHFEBRUARI 2026PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN UTCPELBAGAI AKTIVITI DI SEDIAKANCERAMAHPAMERANSESI S...
19/02/2026

MOUTH CANCER AWARENESS MONTH
FEBRUARI 2026

PERINGKAT KLINIK PERGIGIAN UTC

PELBAGAI AKTIVITI DI SEDIAKAN

CERAMAH
PAMERAN
SESI SOAL JAWAB

📣Notis Pemberitahuan Waktu Operasi Klinik Pergigian UTC pada Bulan RamadhanUntuk makluman waktu operasi kp utc semasa bu...
18/02/2026

📣Notis Pemberitahuan Waktu Operasi Klinik Pergigian UTC pada Bulan Ramadhan

Untuk makluman waktu operasi kp utc semasa bulan Ramadhan adalah seperti dibawah.

Mohon semua pesakit peka terhadap perubahan temujanji di aplikasi mysejahtera. Sebarang masalah sila hubungi klinik di nombor 09-5124014.

Segala kesulitan amat disekali dan didahului dengan terima kasih.

21/11/2025

MAKLUMAN
Klinik Pergigian UTC
kembali beroperasi seperti biasa
SILA TEMPAH TEMUJANJI ANDA

*HEBAHAN*Klinik PERGIGIAN UTC Pahang DITUTUP bermula pada 👉🏻2 November 2025 hingga makluman seterusnya untuk memberi lal...
01/11/2025

*HEBAHAN*

Klinik PERGIGIAN UTC Pahang DITUTUP
bermula
pada 👉🏻2 November 2025 hingga makluman seterusnya untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf klinik. Kerja naiktaraf ini adalah perlu untuk memastikan klinik kami berada dalam keadaan optimum, selamat dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih stabil dan berkualiti pada masa akan datang. Sekiranya perlu rawatan segera semasa tempoh ini, sila pergi ke klinik berdekatan.

Sebarang pertanyaan, sila email ke [email protected].

Dimaklumkan juga telefon klinik pergigian turut tergendala juga buat masa ini.
Kerjasama dan kesabaran anda amat dihargai. Mohon maaf atas segala kesulitan.

Segala kesulitan amatlah dikesali

MOHON SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA

10/08/2025

Tahukah Anda Bagaimana Measles (Demam Campak) Merebak?

Gejala campak biasanya muncul 7 hingga 14 hari selepas dijangkiti (tempoh inkubasi). Pada hari 7-10, gejala awal seperti demam, batuk, dan hidung berair akan muncul. Pada hari 10-12, muncul tompok putih dengan latar merah di bahagian dalam p**i. Kemudian pada hari 12-14, ruam campak yang khas akan muncul bermula dari muka hingga seluruh badan. Jangan tunggu sehingga dijangkiti. Bertindak segera dengan menempah slot bagi imunisasi Measles Rubella (MR) untuk perlindungan tambahan kepada anak-anak anda (umur 6 bulan hingga 59 bulan) secara PERCUMA, hanya di aplikasi MySejahtera!

 

Pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan untuk mempromosikan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Tahun 2025 ak...
08/07/2025

Pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan untuk mempromosikan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Tahun 2025 akan sepanjang 7-13 Julai 2025.
Antara aktiviti yang di sediakan ialah
- Ceramah
- Pameran sudut info
- Sudut Bergambar
- teka silangkata dewasa dan kanak kanak
- cabutan bertuah setiap penyertaan
- permainan padan dan suai

Jom sama-sama lakukan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan pergigian untuk memberikan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan individu dan komuniti.

Address

Klinik Pergigian 1 Malaysia, Bangunan UTC, Jalan Stadium
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095124014

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian UTC Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Pergigian UTC Kuantan:

Share