17/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐
ROMPIN, 17 OGOS 2026 (ISNIN) โ Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Encik Khairul Amri bin Ahmad, bersama pegawai-pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin Ziarah Kasih bagi menyantuni waris mangsa insiden kebakaran di Desa Mawar 2, Muadzam Shah, Rompin.
Ziarah ini bertujuan untuk menyantuni keluarga mangsa serta meninjau sendiri keadaan lokasi kejadian. Tragedi berkenaan telah meragut nyawa tiga ahli keluarga, iaitu Allahyarhamah Siti Zaleha binti Aluha, Allahyarham Mohd Kahurolaizam bin Mokhtar, dan Allahyarham Muhamad Putra Rayqal bin Mohd Kahurolaizam.
Bagi membantu meringankan beban dan urusan keluarga berkenaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang telah menyalurkan Tabung Malapetaka Daerah sebanyak RM2,000.00 bagi membantu waris mangsa. Pihak JKM juga akan terus memantau perkembangan keluarga mangsa serta menyediakan sokongan perlindungan dan psikososial yang diperlukan.
Seluruh warga JKM Negeri Pahang mendoakan agar roh kesemua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆๆ
ง่ฑ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Pahang
Dato' Sabariah Saidan
Khairul Amri Hj Ahmad
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin