24/07/2026
LAWATAN AKADEMIK KE KILANG SEMBELIHAN AYAM JAYA GADING FARM SDN. BHD.
17&24 Julai 2026-Lawatan Akademik ke Kilang Sembelihan Ayam Jaya Gading Farm Sdn. Bhd. Seramai 77 orang pelajar Diploma Pengajian Halal (DMH) 3A dan 3B .
Objektif Program
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses penyembelihan ayam secara komersial, memahami pelaksanaan prosedur penyembelihan yang mematuhi Syariah serta keperluan Pensijilan Halal Malaysia. Selain itu lawatan bertujuan
menghubungkan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan amalan sebenar di industri.
Seterusnya meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai aspek kebersihan, keselamatan makanan dan jaminan halal dalam industri pemprosesan ayam.