13/04/2023
12/4/2023 - Selaras dengan pengumuman Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2023 yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 4 April 2023 yang lepas, sebuah Majlis Penyampaian Bantuan Khas Aidilfitri 2023 telah dijalankan bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan.
Sebilangan penerima yang hadir ke majlis tersebut adalah merupakan kategori penjawat awam negeri, pesara kerajaan negeri, ibu tunggal, anak yatim berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pengerusi JPKK, Timbalan Pengerusi JKKR, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK, Imam, Bilal dan Siak Masjid.
YAB Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa bayaran kepada semua penerima yang layak untuk setiap kategori ini dijangka selesai sebelum tibanya Aidilfitri. Kaedah pembayaran p**a adalah bergantung kepada kesesuaian pelaksanaan sama ada secara bersemuka atau membuat tuntutan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing.