Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Bermula dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP Negeri Pahang) ditubuhkan pada 15 November, 1969.

TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN PKPPSekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen PKPP atas kejayaan meraih Tempat...
01/09/2026

TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN PKPP

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen PKPP atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam perbarisan bagi Kategori Kontinjen Kesejahteraan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 yang berlangsung di Dataran Kemunting, Kuantan.

Pencapaian ini membuktikan semangat juang, disiplin, kerjasama dan komitmen tinggi seluruh anggota kontinjen dalam membawa nama serta imej Kumpulan PKPP.

Lebih bermakna, kejayaan ini selari dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang mencerminkan iltizam PKPP untuk terus bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negeri Pahang.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2026Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKP...
01/09/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2026

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) terus menyemarakkan semangat patriotisme menerusi penglibatan Kontinjen PKPP dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026 yang telah diadakan di Dataran Kemunting, Kuantan pada 31 Ogos 2026.

Dengan kekuatan seramai 36 orang Anggota Perkhidmatan PKPP yang tampil penuh bersemangat, berdisiplin dan berjiwa patriotik bagi memeriahkan sambutan bersejarah ini. Kontinjen PKPP pada tahun ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Fadzrin Bin Mohd Ferhat.

Selari dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, setiap langkah Kontinjen PKPP bukan sekadar tanda semangat menyambut kemerdekaan, tetapi membawa satu tekad untuk terus melangkah bersama rakyat, menyumbang kepada pembangunan negeri dan melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi. Bagi anggota perkhidmatan PKPP, kemerdekaan bukan hanya untuk diraikan, tetapi untuk dihargai, dipelihara dan diterjemahkan melalui khidmat yang memberi manfaat kepada rakyat serta memastikan kesejahteraan dapat terus dinikmati bersama.

Setulus ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpul...
30/08/2026

Setulus ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air, di samping terus mempertahankan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara.

# Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

TAHNIAH PASUKAN BADMINTON PKPPSyabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Badminton PKPP atas kejayaan muncul sebagai Na...
27/08/2026

TAHNIAH PASUKAN BADMINTON PKPP

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Badminton PKPP atas kejayaan muncul sebagai Naib Juara Kejohanan Badminton Pesta Sukan S-GLC Pahang 2026.

Pencapaian ini membuktikan semangat juang, kesungguhan, disiplin serta kekuatan kerja berpasukan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada Pengurus Pasukan, Encik Muhamad Amirul Bin Suffari, serta seluruh pemain dan barisan pasukan yang telah mengharumkan nama Kumpulan PKPP.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PKPP SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-69  Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PKPP sempena...
27/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PKPP SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-69

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PKPP sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 telah diadakan di Dewan ILI, Kuantan pada 26 Ogos 2026.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim yang menyerahkan bendera kepada Ketua Kontinjen, Encik Muhammad Fadzrin bin Mohd Ferhat.

Penyerahan bendera ini melambangkan amanah, kepercayaan dan tanggungjawab yang digalas oleh kontinjen PKPP dalam menyertai perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Lebih daripada sekadar simbol rasmi, bendera tersebut menjadi lambang kesatuan hati, semangat juang dan iltizam anggota perkhidmatan PKPP untuk membawa nama organisasi dengan penuh maruah serta kebanggaan.

Penyertaan kontinjen PKPP dalam perbarisan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan sebuah acara rasmi, malah mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan, kekitaan dan kecintaan anggota perkhidmatan PKPP terhadap tanah air. Setiap langkah yang diatur dan setiap barisan yang dibentuk membawa mesej jelas bahawa anggota perkhidmatan PKPP sentiasa bersedia menyumbang tenaga, menggalas amanah dan berdiri teguh bersama-sama dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Semoga penyertaan kontinjen PKPP pada tahun ini terus menyuntik semangat kebersamaan, memperkukuh jati diri anggota perkhidmatan dan menjadi inspirasi kepada seluruh anggota perkhidmatan PKPP untuk terus berbakti kepada organisasi, negeri dan negara.

TAHNIAH PASUKAN TENPIN BOLING PKPPSyabas dan tahniah kepada Pasukan Tenpin Boling PKPP atas kejayaan menjuarai Kejohanan...
26/08/2026

TAHNIAH PASUKAN TENPIN BOLING PKPP

Syabas dan tahniah kepada Pasukan Tenpin Boling PKPP atas kejayaan menjuarai Kejohanan Boling sempena Pesta Sukan S-GLC Pahang 2026, sekali gus melakar kejayaan hatrik apabila muncul juara buat kali ketiga berturut-turut!

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, kerjasama dan konsistensi tinggi seluruh pasukan.

25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpula...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadi inspirasi untuk terus mencontohi akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

LAWATAN YBHG. DATO’ DR. ROSLAN BIN MAHMOOD KE PROJEK AGROTOURISM PAYA LAKA, ROMPINYBhg. Dato’ Dr. Roslan Bin Mahmood, Ti...
20/08/2026

LAWATAN YBHG. DATO’ DR. ROSLAN BIN MAHMOOD KE PROJEK AGROTOURISM PAYA LAKA, ROMPIN

YBhg. Dato’ Dr. Roslan Bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama delegasi telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Agrotourism Paya Laka, Rompin pada 18 Ogos 2026.

Turut hadir Pengarah KKDW Pahang, Y.M. Tengku Khairul Zahirah Binti Tengku Kamaludin serta pegawai-pegawai kanan KKDW.

Rombongan telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKPP, YBrs. Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, YBrs. Tuan Haji Ahmad Hisham Bin Abdul Halim serta Pengurusan Tertinggi PKPP.

Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan semasa projek serta meneliti isu-isu pelaksanaan selain memperkukuhkan komitmen pihak berkaitan terhadap pelaksanaan projek.

Sebagai agensi pelaksana, PKPP komited memastikan projek yang dibangunkan melalui peruntukan kerajaan ini bukan sekadar siap dari aspek fizikal, malah dapat dimanfaatkan sepenuhnya, berdaya maju serta memberi impak positif kepada masyarakat dan pembangunan ekonomi setempat.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara PKPP dan KKDW dalam memastikan Agrotourism Paya Laka dapat beroperasi secara optimum dan mencapai objektif pembangunan yang ditetapkan.

Address

Bangunan PKPP Jalan Gambut
Kuantan
25900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang:

Shortcuts

Share