I Am MizzNina

I Am MizzNina Explore the beauty behind every scene of my life and career

Bismillah...My new journey has startedMay Allah ease my way
04/02/2025

Bismillah...

My new journey has started

May Allah ease my way

TERIMA KASIH BANYAK² DATO SRI DIRAJA HAJI Wan Rosdy bin Wan Ismail Kami x tengok lain dah...bonus tu je 🤭 Alhamdulillah....
30/11/2024

TERIMA KASIH BANYAK² DATO SRI DIRAJA HAJI Wan Rosdy bin Wan Ismail

Kami x tengok lain dah...bonus tu je 🤭 Alhamdulillah...seribu rahmat buat Kerajaan Pahang

Bkn la menda, bonus tu msuk sblm sekoloh bukok pada 17 Feb 2025, lepas tu awal Mac 2025 dah msuk ramadan, hjg mac raya pulok, pemberian sgt² bermakna buat penjawat awam di bwah pebtadbiran Kerajaan Pahang

Hasil bertambah, bonus x pernah miss 🤲🏻 mana la tau thn depan hasil bertambah, bonus pon tmbah jugek...ye dok 🤭

28/11/2024

LAPORAN PARAS AIR SUNGAI UTAMA DI DAERAH LIPIS

Tarikh : 28 November 2024 (Khamis)
Masa : 08:00 am

Sg Jelai @ Kuala Medang
PARAS SEMASA : 81.90m
(NORMAL)
TREND : Menaik
Paras Normal : 79.50m
Paras Waspada : 82.50m
Paras Amaran : 83.50m
Paras Bahaya : 84.50m

Sg Jelai @ Bukit Betong
PARAS SEMASA : 67.35m
(NORMAL)
TREND : Statik
Paras Normal : 66.00m
Paras Waspada : 70.00m
Paras Amaran : 71.00m
Paras Bahaya : 72.00m

Sg Jelai @ Jeti Lipis
PARAS SEMASA : 61.20m
(NORMAL)
TREND : Menurun
Paras Normal : 59.00m
Paras Waspada : 62.00m
Paras Amaran : 64.00m
Paras Bahaya : 65.50m

Sg Jelai @ Jeram Bongor
PARAS SEMASA : 56.51m
(NORMAL)
TREND : Menurun
Paras Normal : 55.00m
Paras Waspada : 58.00m
Paras Amaran : 60.00m
Paras Bahaya : 62.00m

Sg Lipis @ Benta
PARAS SEMASA : 71.79m
(NORMAL)
TREND : Menaik
Paras Normal : 70.00m
Paras Waspada : 73.50m
Paras Amaran : 74.00m
Paras Bahaya : 75.00m

Sg Tanum @ Jambatan Chegar Perah
PARAS SEMASA : 96.98m
(WASPADA)
TREND : Menaik
Paras Normal : 95.00m
Paras Waspada : 96.50m
Paras Amaran : 97.25m
Paras Bahaya : 98.00m


Sg Kechau @ Kg. Dusun
PARAS SEMASA : 80.07m
(WASPADA)
TREND : Menaik
Paras Normal : 79.00m
Paras Waspada : 80.00m
Paras Amaran : 81.00m
Paras Bahaya : 82.50m

Sg Tembeling @ Kuala Tahan, Jerantut
PARAS SEMASA : 67.65m
(AMARAN)
TREND : Menaik
Paras Normal : 60.00m
Paras Waspada : 64.00m
Paras Amaran : 66.00m
Paras Bahaya : 68.00m

Sg Pahang @ Kuala Tembeling, Jerantut
PARAS SEMASA : 46.50m
(WASPADA)
TREND : Menurun
Paras Normal : 45.00m
Paras Waspada : 49.00m
Paras Amaran : 51.00m
Paras Bahaya : 53.00m

Status Taburan Hujan

Sehingga jam 8.00 pagi jumlah hujan yg direkodkan di daerah Lipis adalah antara 0.5 - 19.5mm.
Data terkini menunjukkan hujan renyai di beberapa tempat antaranya Merapoh, Chegar Perah.

Sekian.

JPS Daerah Lipis

|Infografik| DUA PROJEK NAIK TARAF JALAN DI PAHANG ▪️Kerajaan sentiasa komited dalam menggiatkan usaha-usaha menaiktaraf...
24/11/2024

|Infografik| DUA PROJEK NAIK TARAF JALAN DI PAHANG

▪️Kerajaan sentiasa komited dalam menggiatkan usaha-usaha menaiktaraf infrastruktur bagi kemudahan rakyat dan terbaharu dua projek penaiktarafan jalan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan peruntukan sebanyak RM224.820 juta.



ISU KESESAKAN LEBUHRAYA KUALA LUMPUR-KARAK DIJANGKA SELESAI 2027Rilek ok...Kerajaan Pahang sentiasa komited selesaikan s...
23/11/2024

ISU KESESAKAN LEBUHRAYA KUALA LUMPUR-KARAK DIJANGKA SELESAI 2027

Rilek ok...Kerajaan Pahang sentiasa komited selesaikan setiap isu rakyat, jgn cepat sgt melatah

Dah kabo 2027 akan siap keje naik taraf, kang bln depan ada la yg bising psl isu sama lg....rilek ok



MIHAS ni sbnrnya platform utk usahawan perkenal produk halal ke peringkat antarabangsaSemoga thn berikutnya lebih ramai ...
23/11/2024

MIHAS ni sbnrnya platform utk usahawan perkenal produk halal ke peringkat antarabangsa

Semoga thn berikutnya lebih ramai peserta sertai acara bertaraf dunia mcm ni

Oleh : Fansurina Abdullah KUANTAN, 23 NOVEMBER 2024 : Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai yang berlangsung baru-baru ini merupakan platform terbaik usahawan tempatan untuk melebarkan sayap perniagaan ke pasaran dunia. Ahli Lembaga Pengarah Matrade, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsu...

Tahniah kpd enam peserta dari Pahang yang menyertai MIHAS@Dubai 👏🏻👏🏻👏🏻
23/11/2024

Tahniah kpd enam peserta dari Pahang yang menyertai MIHAS@Dubai 👏🏻👏🏻👏🏻

KENYATAAN MEDIA

KEJAYAAN PAVILION PAHANG DI MIHAS@DUBAI

Pahang telah mencatatkan kejayaan luar biasa melalui penyertaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai, baru-baru ini dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak USD63.9 juta.

Kejayaan ini adalah hasil usaha enam peserta pameran dari Pahang, yang berjaya mengetengahkan produk halal berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.

Daripada jumlah ini, USD8.7 juta merupakan hasil jualan sebenar, manakala USD55.2 juta p**a adalah potensi jualan yang diunjurkan.

Prestasi ini jelas membuktikan bahawa produk halal dari Pahang mempunyai daya saing dan keupayaan untuk memenuhi permintaan pasaran global.

Acara MIHAS@Dubai telah menjadi platform strategik untuk mempromosikan produk halal Pahang yang berkualiti tinggi, inovatif, dan berdaya saing.

Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyokong usahawan tempatan dalam menembusi pasaran antarabangsa, selaras dengan aspirasi Pahang sebagai peneraju dalam industri halal.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan ini.

Syabas dan tahniah juga kepada MATRADE yang dipengerusikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas kejayaan menganjurkan MIHAS@Dubai yang penuh bermakna ini.

Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan kepada usahawan tempatan agar mereka dapat memanfaatkan peluang yang lebih luas di peringkat global.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Pahang, tetapi turut membuktikan potensi besar negeri ini sebagai pusat pengeluaran dan inovasi halal.

Insya-Allah, pada tahun hadapan saya berharap agar lebih ramai pengusaha dan syarikat dari Pahang menyertai MIHAS untuk mengambil peluang menerokai industri halal di luar negara.

YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
22 November 2024

Tunaikan tanggungjawab anda pemilik² tanahAndalah penyumbang kepada pembangunan negeri
23/11/2024

Tunaikan tanggungjawab anda pemilik² tanah

Andalah penyumbang kepada pembangunan negeri

Oleh: Norhafizan Zulkifli RAUB, 23 NOVEMBER 2024: Pemilik tanah di negeri ini diingatkan untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar cukai tanah demi pembangunan Negeri Pahang dan generasi akan datang. Justeru pemilik tanah dijemput untuk hadir ke Karnival Tanah Pahang Peringkat Negeri Pa...

Alhamdulillah....melebihi sasaranAnother one month to go, Disember pasti bole capai lebih 👏🏻👏🏻👏🏻
23/11/2024

Alhamdulillah....melebihi sasaran

Another one month to go, Disember pasti bole capai lebih 👏🏻👏🏻👏🏻

Oleh: Norhafizan Zulkifli RAUB, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Negeri Pahang berjaya memperoleh kutipan hasil sebanyak RM1,144,476,281.93 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM1.137 bilion atau bersamaan 100.66 peratus. YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ism...

17/11/2024

Setiap hjg mggu je, mesti Kuantan akan jammed...sbb apa? Of course la kerana jadi tumpuan pelancong kan sbb ktn senang diakses dari seluruh Semenanjung Malaysia, sistem jalan yg mudah, apatah lg kemudahan lain.

Nak tau tak, suatu ketika dulu, Kuantan bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil.

Nama "Kuantan" dikatakan berasal daripada perkataan Siam "Kuan Tan," yang bermaksud kawasan berhampiran muara sungai.

Pada akhir abad ke-19, Kuantan menjadi tarikan utama untuk pedagang dari Sumatera, China, dan India kerana lokasinya yang strategik di tepi Sungai Kuantan dan berdekatan dengan Laut China Selatan.

Pada awal abad ke-20, pembangunan ekonomi Kuantan berkembang pesat dengan penemuan bijih timah & getah sebagai komoditi utama.

Hal ini menarik ramai imigran, terutamanya orang Cina, untuk menetap dan berniaga di sini.

Kuantan juga dikenali dengan keindahan alamnya, seperti pantai-pantai cantik iaitu Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Sepat, Pantai Kempadang, Pantai Cempaka serta kawasan semula jadi seperti air terjun Sungai Pandan. (Eh b*k lg lah kalau nak list kt sini)

Hari ini, Kuantan telah berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat dengan ekonomi berasaskan industri & pelancongan, sambil mengekalkan pesona tradisionalnya.

Moh la melancong ke Pahang!

Memandangkan anak syurga kakak sgt kagum kpd pahlawan Mat Kilau (sebab guru besar dia cucu Mat Kilau), so kakak buat pos...
17/11/2024

Memandangkan anak syurga kakak sgt kagum kpd pahlawan Mat Kilau (sebab guru besar dia cucu Mat Kilau), so kakak buat posting pasal pahlawan hebat ni...

🌟 Mat Kilau: Pejuang Kebebasan Tanah Air 🌟

Mat Kilau, nama yang sentiasa diingati sebagai simbol keberanian dan perjuangan. Lahir sekitar 1865 di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, beliau adalah anak kepada Imam Rasu (Tok Gajah).

Dalam usaha mempertahankan tanah air daripada penjajahan British, Mat Kilau memimpin pemberontakan bersama tokoh-tokoh lain seperti Datuk Bahaman dan Tok Janggut.

Beliau terkenal dengan kepintaran strategi gerila, menyerang musuh secara mengejut di kawasan hutan tebal Pahang.

Walaupun dikecam hebat oleh penjajah, semangat juangnya tidak pernah luntur, dan beliau terus menggerakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat.

Selepas bertahun-tahun dilaporkan 'hilang' atau 'gugur', Mat Kilau mengejutkan seluruh negara apabila muncul kembali pada tahun 1969, mengisytiharkan dirinya dan akhirnya diakui sahih oleh kerajaan sebagai wira bangsa.

✨ Mat Kilau adalah inspirasi bagi generasi muda untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dan menghargai erti perjuangan.

Kerajaan Pahang sentiasa berusaha utk mendekati rakyat dgn pelbagai cara.Antaranya ialah melaksanakan Program Moh Karniv...
17/11/2024

Kerajaan Pahang sentiasa berusaha utk mendekati rakyat dgn pelbagai cara.

Antaranya ialah melaksanakan Program Moh Karnival Makmur 2024 di setiap 11 daerah di Pahang.

Ianya merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mendekati rakyat dan mempromosikan pelbagai aspek pembangunan komuniti.

Karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran, gerai jualan, sukan rakyat, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan serta banyak lagi mengikut daerah.

Tujuan program ini adalah untuk menggerakkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan penglibatan komuniti melalui aktiviti yang melibatkan usahawan kecil dan jabatan kerajaan​​​​.

Siang tadi, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkesempatan bercemar duli ke Karnival Makmur Pekan.

Address

Unit Komunikasi Strategik
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199373901

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I Am MizzNina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to I Am MizzNina:

Share