27/07/2026
MAJLIS PERASMIAN PENANGGUHAN BULAN ZAKAT & WAKAF NEGERI PAHANG 2026
Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian Penangguhan Bulan Zakat & Wakaf Negeri Pahang 2026 di Masjid Al-Munawwarah, Taman Setia Jasa, Temerloh.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah disusun sepanjang hari antaranya:
β’ Kuliah Subuh
β’ Kuliah Dhuha
β’ Cakna Asnaf
β’ OPS Salam Bisnes
β’ Pameran & Kaunter Agensi
β’ Taklimat Agensi Pembayar
β’ Sukaneka
β’ Tausiyah Khas "Saham Akhirat" yang akan disampaikan oleh YH Maulana Dato' Haji Cik Wan Helmi bin Wan Mohamed, DIMP., Ahli Majlis MUIP.
Majlis pada sebelah malam akan disempurnakan oleh YH. Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, DSAP., DIMP., SAP., AMP., PKC., Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
π Masjid Al-Munawwarah, Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang
Bagi masyarakat sekitar Temerloh dan kawasan berdekatan, marilah hadir beramai-ramai bersama keluarga serta sahabat handai untuk memeriahkan program ini. Rebut peluang mengikuti pelbagai pengisian ilmu dan mendapatkan perkhidmatan di Kaunter Zakat & Wakaf yang turut dibuka sepanjang program.
Jom berzakat dan berwakaf di www.zakatdanwakaf.myβ