Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP, Government Organization, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, Kuantan.
(3)

Laman Rasmi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP

Nombor Rasmi : +60 9-551 2777 / 2888
Hotline Rasmi : +60 19-900 4777
E-mel Rasmi : [email protected]

14/08/2026
14/08/2026

Oleh: Ain Nadhirah BashaFoto: Shahrizar Azdhar MARAN, 14 OGOS 2026 : Penyerahan kunci rumah Program Residensi Rakyat (PRR) di Taman Sungai Kemap Indah simbol berakhirnya penantian dan bermulanya kehidupan yang lebih selesa bersama keluarga. Pasangan penerima, Encik Mohd Rosli Abu Amir, 51, dan Puan....

14/08/2026
PENYERAHAN PERALATAN ELEKTRIK RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) FASA 5 DUN D**GBukan sekadar sebuah kediaman, penerima Rumah Rak...
14/08/2026

PENYERAHAN PERALATAN ELEKTRIK RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) FASA 5 DUN D**G

Bukan sekadar sebuah kediaman, penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) turut menerima peralatan elektrik bernilai RM2,000 bagi membantu melengkapkan keperluan di rumah baharu mereka.

Penyerahan peralatan elektrik kepada penerima RRP Fasa 5 DUN D**g telah disampaikan oleh YB Dato’ Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN D**g.

Penyerahan melibatkan penerima di Kampung Gali Hilir, Sungai Pasu, Durian Sebatang, Ulu Lepar, Kuala Gali, Kuala Keloi, Bukit Pampong dan Pamah Kulat.

Setiap penerima sebelum ini menerima kediaman RRP bernilai RM75,000 yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Inisiatif Rumah Rakyat Pahang yang dilaksanakan di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat kediaman yang selesa, di samping membantu meringankan beban rakyat.




MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN DAN CABUTAN UNDI LOT PPRM KAMPUNG BARIS DAN PRR DESA BARIS IDAMANSeramai 28 penerima men...
11/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN DAN CABUTAN UNDI LOT PPRM KAMPUNG BARIS DAN PRR DESA BARIS IDAMAN

Seramai 28 penerima menerima Surat Tawaran melibatkan Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM) Kampung Baris dan Program Residensi Rakyat (PRR) Desa Baris Idaman, Mukim Pelangai, Bentong.

Daripada jumlah tersebut, 24 penerima melibatkan PRR Desa Baris Idaman, manakala empat penerima lagi bagi PPRM Kampung Baris. Majlis turut disusuli dengan sesi cabutan undi lot bagi penerima yang terlibat.

Majlis yang berlangsung di Balai Raya Simpang Pelangai itu dihadiri oleh YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, yang turut menyampaikan surat tawaran kepada para penerima. Atur cara rasmi turut menetapkan sesi penyerahan surat tawaran dan cabutan undi lot sebagai acara utama majlis.

Penyerahan ini menjadi satu lagi langkah dalam pelaksanaan inisiatif perumahan negeri bagi menyediakan kediaman kepada penerima yang telah disahkan layak, seterusnya membantu mereka ke arah memiliki kediaman sendiri.




MESYUARAT PENYELARASAN ISU TUNGGAKAN BIL TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI PENYEWA PAKRIsu tunggakan bil TNB melibatkan akaun ...
10/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN ISU TUNGGAKAN BIL TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI PENYEWA PAKR

Isu tunggakan bil TNB melibatkan akaun penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) menjadi fokus dalam sesi penyelarasan antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim turut dihadiri Pengurus Besar TNB, YH Dato’ Affendi bin Abdul Rahman, bersama pegawai-pegawai daripada kedua-dua pihak.

Perbincangan memberi tumpuan kepada status semasa akaun yang terlibat, termasuk urusan pertukaran nama akaun oleh penyewa. Perkara berkaitan pelaporan data terkini dan kaedah penyelesaian tunggakan turut menjadi agenda perbincangan.

Sesi ini menjadi platform LPHP dan TNB Pahang untuk menyelaras maklumat serta meneliti tindakan berkaitan pengurusan akaun yang terlibat secara lebih teratur.




PERBINCANGAN LPHP BERSAMA SJKP MENJELANG PEMETERAIAN MoULembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan se...
07/08/2026

PERBINCANGAN LPHP BERSAMA SJKP MENJELANG PEMETERAIAN MoU

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) di pejabat Prokhas Sdn Bhd di Bukit Damansara, Kuala Lumpur bagi menyelaras persiapan menjelang Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Delegasi LPHP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH Dato' Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim. Manakala pihak Prokhas Sdn. Bhd., syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang menguruskan SJKP, diwakili oleh Pengurus Besarnya, Encik Mohammad Fairuz Hashim. Turut hadir mewakili Prokhas Sdn. Bhd. ialah Puan Shireen Zaharudin, Encik Ardy Rizal Zubairi dan Puan Nor Azlina Jaafar.

Perbincangan ini memberi fokus kepada persediaan dan penyelarasan perkara berkaitan sebelum pemeteraian MoU di antara LPHP dan SJKP yang bakal berlangsung.

Kerjasama ini bakal menjadi satu lagi langkah ke hadapan dalam memperluas usaha LPHP bersama rakan strategik bagi menyokong agenda perumahan di Negeri Pahang.




Address

Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6095512777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP:

Shortcuts

Share