Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Bomba & Penyelamat Negeri Pahang Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

🌙 SELAMAT MEMPERINGATI MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W. 1448H / 2026M 🌙Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Mu...
24/08/2026

🌙 SELAMAT MEMPERINGATI MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W. 1448H / 2026M 🌙

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. terus menyemarakkan semangat untuk membina peribadi yang luhur, memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang, amanah dan keprihatinan dalam setiap langkah kehidupan.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada

YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim
Pengarah
serta seluruh warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Pahang

Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad






UCAPAN TAHNIAH | YS TPjB DATUK ABDUL RAZAK BIN MUDASetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YS TPjB Datuk Abdul Razak bi...
24/08/2026

UCAPAN TAHNIAH | YS TPjB DATUK ABDUL RAZAK BIN MUDA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YS TPjB Datuk Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan cemerlang yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan serta kepada masyarakat.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada
YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim
Pengarah serta seluruh warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

MANGSA LEMAS DITEMUI SELEPAS OPERASI SAR TIGA HARITEMERLOH, 21 Ogos 2026 – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang dilapork...
21/08/2026

MANGSA LEMAS DITEMUI SELEPAS OPERASI SAR TIGA HARI

TEMERLOH, 21 Ogos 2026 – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang dilaporkan disyaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjalankan aktiviti memancing di kawasan berhampiran Klinik Desa Kampung Lebak Seberang, ditemui pagi ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan selama tiga hari.

Mangsa, Muhamed Hanifa bin Mammu, 47, ditemui oleh pasukan operasi JBPM pada jam 7.05 pagi, kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Operasi SAR yang melibatkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Bukit Angin, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Unit K9 Bomba telah dilaksanakan secara berperingkat sejak 19 Ogos 2026.

Pada hari kedua operasi, pasukan PPDA telah menjalankan operasi selaman di lokasi kejadian pada kedalaman kira-kira 2.5 meter, selain pencarian secara permukaan air dan bantuan Unit K9 Bomba.

Pagi ini, pasukan PKO BBP Bukit Angin meneruskan pencarian menggunakan sebuah bot aluminium bersama enam anggota sebelum berjaya menemukan mangsa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Operasi SAR turut mendapat perhatian dan pemantauan oleh Pengarah JBPM Negeri Pahang, YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim, bersama pegawai-pegawai kanan JBPM yang hadir di lokasi kejadian.

Operasi melibatkan kekuatan PPDA Bukit Angin seramai sembilan anggota, Unit K9 Bomba seramai tiga anggota bersama seekor anjing pengesan, serta bantuan BBP Temerloh seramai lapan anggota.

JBPM menzahirkan penghargaan kepada semua agensi dan pasukan yang terlibat dalam operasi SAR sehingga mangsa berjaya ditemui.

LELAKI DISYAKI LEMAS KETIKA MEMANCING DI KAMPUNG LEBAK SEBERANGTEMERLOH, 20 Ogos 2026 – Seorang lelaki berusia 47 tahun ...
20/08/2026

LELAKI DISYAKI LEMAS KETIKA MEMANCING DI KAMPUNG LEBAK SEBERANG

TEMERLOH, 20 Ogos 2026 – Seorang lelaki berusia 47 tahun disyaki lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di kawasan berhampiran Klinik Desa Kampung Lebak Seberang, Temerloh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pasukan BBP Bukit Angin, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta bantuan BBP Temerloh. Operasi turut menggunakan aset seperti bot aluminium, FRT, lori dan kenderaan utiliti.

Pengarah JBPM Negeri Pahang,YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim, bersama pegawai kanan turut hadir di lokasi bagi memantau perkembangan operasi.

Pasukan PPDA telah menjalankan operasi selaman di kawasan kejadian bagi mengesan mangsa. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Tahniah & Selamat Menjalankan AmanahSETINGGI-TINGGI TAHNIAH YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood atas pelantikan sebagai...
17/08/2026

Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan semoga YAS Datuk Ts. Nazili terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan pemerkasaan JBPM dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Tahniah YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood

Ikhlas daripada
YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim
Pengarah
serta seluruh warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

SELAMAT BERSARA, YAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAH Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAS Dato’ O...
16/08/2026

SELAMAT BERSARA, YAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAH

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAS Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas segala khidmat bakti, pengabdian, dedikasi serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menabur bakti kepada Jabatan dan negara.

Segala jasa, pengalaman dan teladan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi serta kenangan buat seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga YAS Dato’ dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan, serta menikmati fasa persaraan bersama keluarga tercinta dengan penuh keberkatan.

Selamat bersara dan selamat menikmati kehidupan baharu.

🫡 Jasa Dikenang, Bakti Disanjung.

Ikhlas daripada
YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim
Pengarah serta seluruh warga kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

15/08/2026

KENYATAAN MEDIA

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

14 OGOS 2026

TIGA MAUT, DUA CEDERA DALAM KEBAKARAN DUA RUMAH DI MUADZAM SHAHMUADZAM SHAH, 15 Ogos 2026 – Tiga mangsa maut manakala du...
15/08/2026

TIGA MAUT, DUA CEDERA DALAM KEBAKARAN DUA RUMAH DI MUADZAM SHAH

MUADZAM SHAH, 15 Ogos 2026 – Tiga mangsa maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman di Lorong Sekolah Kanan 2A, Desa Mawar 2, Muadzam Shah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi kejadian.

Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi pada jam 4.17 pagi, kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan dengan jarak perjalanan lebih kurang lima kilometer.

Bantuan turut digerakkan dari BBP Chini melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan tiba di lokasi pada jam 4.45 pagi.

Setibanya pasukan bomba, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah yang terletak bersebelahan, masing-masing sebuah rumah kediaman berstruktur kayu berkeluasan kira-kira 20 x 30 kaki dan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 30 x 40 kaki.

Rumah berstruktur kayu musnah terbakar hampir keseluruhannya dengan anggaran kemusnahan 100 peratus, manakala rumah separuh kekal mengalami kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa dari rumah pertama disahkan meninggal dunia, terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Dua lagi mangsa yang merupakan anak kepada keluarga berkenaan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, kesemua enam penghuni rumah kedua dilaporkan selamat.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.05 pagi dan pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemantauan serta pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bara api atau punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Turut hadir ke lokasi kejadian bagi meninjau situasi serta mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi ialah YAS Dato' Haji Nordin bin Pauzi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, bersama Pengarah JBPM Negeri Pahang dan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pahang.

Kehadiran barisan kepimpinan JBPM di lokasi mencerminkan keprihatinan serta komitmen jabatan dalam memastikan pengurusan insiden berimpak tinggi dilaksanakan dengan sebaiknya, selain mendapatkan gambaran secara langsung mengenai keadaan mangsa, operasi pemadaman serta tindakan susulan yang diperlukan.

Dalam pada itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Forensik JBPM. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca kejadian sehingga siasatan selesai.

JBPM Negeri Pahang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan mendoakan agar dua mangsa yang cedera diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

JBPM sentiasa mengingatkan masyarakat supaya mengambil serius aspek keselamatan kebakaran di kediaman, termasuk memastikan pendawaian elektrik berada dalam keadaan baik, tidak meninggalkan peralatan elektrik tanpa pengawasan serta memastikan setiap ahli keluarga mengetahui laluan keluar dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

14/08/2026
11/08/2026

Address

Jalan Bomba, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba & Penyelamat Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share