BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PAHANG
PENGENALAN
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup. SEJARAH
Perkhidmatan Kesiha
tan Pergigian bermula sebagai Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah sejak awal tahun 1950an. Pelbagai strategi telah diambil bagi memperkembangkan lagi perkhidmatan ini kesegenap lapisan masyarakat. VISI
Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal. MISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti. OBJEKTIF
Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara. STRATEGI
1. Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna
2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran.
3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan
4. Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang sesuai agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej jabatan.
5. Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi sesuai.
6. Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang kesihatan pergigian.
7. Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi maklumat.
8. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan & kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pergigian