Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang Department of Industrial Relation (Pahang), Ministry of Human Resource Malaysia.

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA ditubuhkan bertujuan untuk memupuk serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni diantara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana Perhubungan Perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara. Visi: Mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif dalam negara

Misi: Menggalak dan mengekalkan

perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemjuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Tahniah & Selamat datang kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Puan Betty binti Hasan. Ikhlas D...
28/07/2026

Tahniah & Selamat datang kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Puan Betty binti Hasan. Ikhlas Dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang.

Wacana Perhubungan Perusahaan (WAPP) 2026.
29/06/2026

Wacana Perhubungan Perusahaan (WAPP) 2026.

15/01/2026

*KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI IBU PEJABAT KONTIJEN (IPK) NEGERI PAHANG KE ATAS PENGARAH JABATAN PERHUBUNGAN PAHANG (JPP) NEGERI PAHANG*

```Pahang | 15 Januari 2026``` - Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Negeri Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai IPK Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dua orang pegawai & anggota dari Cawangan Khas. Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah JPP Negeri Pahang, Puan Rohizah binti Mohamad Razali, beserta dua orang pegawai kanan jabatan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim serta berkongsi maklumat berkenaan fungsi dan peranan JPPM, dan juga sebarang bentuk kerjasama bersama PDRM. Pertemuan dua hala ini juga diharap dapat memupuk kolaborasi strategik dalam semua aktiviti jabatan, terutamanya dalam menjaga keharmonian perusahaan diantara majikan, pekerja & kesatuan sekerja di Negeri Pahang.

JPPM khususnya JPP Pahang dan PDRM akan sentiasa mengekalkan hubungan baik berterusan bagi menyokong segala aktiviti dan kerjasama di masa hadapan.








Pencarian peserta bagi Program Bimbingan Peningkatan Produktiviti melalui  PLWS bagi tahun 2026 telah dibuka.Program ada...
08/01/2026

Pencarian peserta bagi Program Bimbingan Peningkatan Produktiviti melalui PLWS bagi tahun 2026 telah dibuka.
Program adalah secara percuma. Tebuka kepada kategori syarikat keci, sederhana & Besar. 7 sebab kenapa anda perlu menyertai program ini:
1. Meningkatkan kecekapan kerja
Peserta dibimbing untuk mengenal pasti kelemahan dalam aliran kerja, mengurangkan pembaziran masa, kos dan tenaga, serta mengoptimumkan proses kerja sedia ada.
2. Mewujudkan sistem kerja yang lebih teratur
PLWS menekankan susunan kerja yang sistematik, jelas dan berfokus, sekali gus membantu pekerja bekerja dengan lebih tersusun dan konsisten.
3. Meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja
Melalui bimbingan berstruktur, pekerja mampu menghasilkan output yang lebih berkualiti dalam masa yang lebih singkat, tanpa menjejaskan standard kerja.
4. Memperkasa kemahiran dan sikap pekerja
Program ini membantu membina mindset produktiviti, disiplin kerja, kemahiran menyelesaikan masalah serta rasa tanggungjawab terhadap prestasi kerja.
5. Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan
PLWS memupuk budaya continuous improvement, di mana pekerja sentiasa mencari cara untuk memperbaiki proses dan prestasi kerja dari semasa ke semasa.
6. Meningkatkan daya saing organisasi
Apabila produktiviti meningkat, organisasi menjadi lebih kompetitif, mampan dan bersedia menghadapi cabaran perubahan industri.
7. Meningkatkan kepuasan dan motivasi pekerja
Sistem kerja yang jelas dan efisien mengurangkan tekanan kerja, seterusnya meningkatkan motivasi, kepuasan dan kerjasama dalam pasukan.

Jom Sertai Sekarang!!!!

Address

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
Kuantan
25532

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095164785

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang:

Shortcuts

Share