05/09/2026
📚 TAHNIAH PARA JUARA KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME! 🇲🇾
KUANTAN, 5 SEPTEMBER 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) berbesar hati menjadi rakan kerjasama dalam menjayakan Pertandingan Akhir Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 September 2026 di Kuantan, Pahang.
Kemuncak pertandingan diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung di Auditorium Sudirman, Kompleks JKKN Pahang dan telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang selaku wakil rasmi YAB. Menteri Besar Pahang.
🏆 TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PEMENANG:
🥇 Johan
SBPI Selandar, Melaka
🥈 Naib Johan
SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
🥉 Tempat Ketiga
SM Sains Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
🏅 Tempat Keempat
SM Sains Kota Tinggi, Johor
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya menampilkan pengetahuan, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan.
Tidak dilupakan, syabas kepada semua peserta, guru pembimbing, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Bagi PPAP, penglibatan dalam program seperti ini amat bermakna kerana sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu dipelajari, difahami dan diwariskan kepada generasi akan datang. Kuiz Sejarah dan Patriotisme menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap sejarah, memperkukuh jati diri serta menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
PPAP berbesar hati dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada usaha memartabatkan ilmu, sejarah dan patriotisme di peringkat kebangsaan.
Tahniah kepada semua pemenang!
Teruskan mencintai sejarah, menghargai warisan dan menyemarakkan semangat patriotisme. 🇲🇾📚