13/08/2026
MARAN, 13 OGOS 2026 – Kerajaan Negeri Pahang melalui ORACO meneruskan Program Penyerahan Bakul Makanan kepada masyarakat Orang Asli di DUN Luit, Maran sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup serta memastikan kebajikan komuniti terus terpelihara.
Penyerahan bakul makanan di kawasan DUN Luit telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Jisshaelyz Hamzah, Penyelaras DUN Luit, melibatkan seramai 27 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada KOA Kampung Embus.
Kerajaan Negeri Pahang melalui ORACO akan terus komited dalam memastikan bantuan disalurkan secara teratur kepada masyarakat Orang Asli, selaras dengan Inisiatif Makmur Pahang.
Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan.