31/08/2026
Warga JPNP Bersemangat Menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69
Kontinjen Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, Kemunting, Kuantan.
Seramai 50 warga perhutanan menyertai acara perbarisan dan perarakan kenderaan milik agensi berkenaan dalam menjalankan tugas seharian. Selain motosikal berkuasa besar turut sama pacuan empat roda dan lori.
Timbalan Pengarah (Operasi) JPNP, Dr Grippin Akeng yang memangku jawatan pengarah JPNP menerima tabik hormat kontinjen ketika melalui pentas utama.
Cuaca panas tidak sedikitpun menjejaskan semangat warga JPNP yang menyertai acara terbesar peringkat negeri itu, berbekalkan displin selain membawa imej jabatan mereka tampil dengan penuh keyakinan selepas menjalani latihan selama dua minggu.
Sambutan Hari Kebangsaan kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 150 kontinjen membabitkan 87 kontinjen berjalan kaki dan 63 kontinjen berkenderaan.