UPWS

UPWS UNIT PEMBANGUNAN WANITA DAN SOSIAL
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

20/08/2026
πŸ’œ KAMI SEDANG MENCARI 20 WANITA YANG SERIUS NAK TAMBAH INCOME.WANDA Sentuhan Anggun, Program Terapis Wanita Pahang bukan...
20/08/2026

πŸ’œ KAMI SEDANG MENCARI 20 WANITA YANG SERIUS NAK TAMBAH INCOME.

WANDA Sentuhan Anggun, Program Terapis Wanita Pahang bukan untuk mereka yang sekadar nak belajar ilmu urutan.

Program ini khas untuk wanita yang betul-betul mahu kuasai kemahiran terapi urutan dan menggunakannya untuk menjana pendapatan.

Kalau anda memang ada niat untuk:
πŸ’° Buat servis urutan dari rumah
πŸ’° Menawarkan servis secara mobile
πŸ’° Mencari dan bina pelanggan sendiri
πŸ’° Menjadikan kemahiran ini sebagai side income
πŸ’° Atau membina kerjaya dalam bidang terapi & wellness

Anda adalah calon yang kami cari.

⚠️ Tempat TERHAD kepada 20 peserta sahaja dan kami mahu beri peluang ini kepada wanita yang benar-benar serius untuk belajar, praktis dan mula menjana income.

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Pahang Women Centre, Kuantan

Kalau anda bukan sekadar nak ada ilmu, tetapi nak jadikan ilmu ini sebagai satu kemahiran yang boleh *menghasilkan pendapatan*.
Whatsapp disini :

www.wasap.my/60194749844/WandaSentuhanAnggun

Kami akan berikan maklumat lanjut.

20 tempat. Untuk yang betul-betul serius. πŸ’œ

🌸 SURITEKNO: KE ARAH SURIRUMAH CELIK DIGITAL (EDISI BENTONG)Unit Pembangunan Wanita & Sosial Pahang dengan kerjasama UCY...
19/08/2026

🌸 SURITEKNO: KE ARAH SURIRUMAH CELIK DIGITAL (EDISI BENTONG)

Unit Pembangunan Wanita & Sosial Pahang dengan kerjasama UCYP University dan CODEX menjemput para suri rumah untuk menyertai Program SuriTekno, sebuah inisiatif pemerkasaan digital yang memberi fokus kepada literasi teknologi, pemasaran digital, keselamatan siber serta aplikasi teknologi dalam pendidikan anak-anak.

πŸ—“οΈ Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Tempat: Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
πŸ‘₯ Penyertaan: Terhad kepada *40 peserta* sahaja
πŸ’‘ Yuran: *PERCUMA*

🍽️ Makan & minum disediakan
πŸ“œ Sijil penyertaan akan diberikan

πŸ“² Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR.
ATAU Klik link pendaftaran : https://forms.gle/KwgPsLf4iqikcngD6
Tempat adalah terhad β€” siapa cepat, dia dapat!

©️2026, Center of Digital Excellence, UCYP University

Telah berlangsung Penyampaian Sumbangan secara one-off di Kafe Hotel Seri Malaysia, Kuantan kepada 17 orang pesakit kron...
17/08/2026

Telah berlangsung Penyampaian Sumbangan secara one-off di Kafe Hotel Seri Malaysia, Kuantan kepada 17 orang pesakit kronik di bawah Persatuan Cancer Survivors Pahang (CSP) yang melibatkan penerima dari sekitar Pahang (Kuantan, Raub, Lipis dan Temerloh).

Sumbangan secara one-off ini disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pesakit kronik dalam menghadapi cabaran kehidupan serta meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Majlis dihadiri oleh Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Pahang (UPWS) Puan Siti Muslihah binti Zakaria dan Pengerusi Cancer Survivors Pahang (CSP), Puan Hajah Zaridah binti Hashim.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan suntikan semangat kepada para penerima serta keluarga untuk terus tabah dan kuat menghadapi dugaan. πŸ’

14/08/2026
Telah berlangsung Program Anggun Suri (Perkahwinan Beramai-Ramai) Parlimen Bentong pada 8 Ogos 2026 di Dewan Jubli Perak...
11/08/2026

Telah berlangsung Program Anggun Suri (Perkahwinan Beramai-Ramai) Parlimen Bentong pada 8 Ogos 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong

Majlis ini telah dihadiri oleh Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan , Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Turut hadir bersama YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang dan YH Dato’ Haji Muhammad Shahid bin Ismail, Pegawai Daerah Bentong.

Seramai 8 pasangan telah diraikan dalam majlis ini.
Tahniah dan selamat pengantin baharu kepada semua pasangan Program Anggun Suri Parlimen Bentong. Semoga ikatan yang dibina kekal utuh, saling melengkapi dan menjadi keluarga yang membawa kebahagiaan kepada masyarakat dan negeri.





Address

Lot 2-9, Tingkat 2, Bangunan Utc Kuantan
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPWS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share