JSJ IPD Kuantan

JSJ IPD Kuantan FACEBOOK RASMI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IBUPEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN
(2)

21/07/2026

🚨 Tiada siapa mengatasi undang-undang.

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun.

PDRM menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang jenayah terhadap kanak-kanak. Jangan berdiam diri. Setiap laporan mampu menyelamatkan mangsa.

18/07/2026

🚨 KEJAYAAN BSJ IPD KUANTAN TUMPASKAN KES KECURIAN DI PENCAWANG TELEKOMUNIKASI 🚨

Hasil risikan dan tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan, seorang suspek berjaya diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian kabel dan komponen di pencawang telekomunikasi.

Perbuatan mencuri aset telekomunikasi bukan sahaja mengakibatkan kerugian, malah menjejaskan rangkaian komunikasi yang menjadi keperluan masyarakat.

βš–οΈ Kes disiasat di bawah:
β€’ Seksyen 379 Kanun Keseksaan
β€’ Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Jangan jadikan harta awam sebagai sasaran jenayah. Bersama kita pelihara keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

🚨 Mencuri kabel di pencawang telekomunikasi bukan sekadar jenayah, tetapi mengganggu kehidupan masyarakat.Hukuman menant...
17/07/2026

🚨 Mencuri kabel di pencawang telekomunikasi bukan sekadar jenayah, tetapi mengganggu kehidupan masyarakat.

Hukuman menanti, bukan keuntungan. Bersama kita lindungi infrastruktur negara.

πŸ“ž Salurkan maklumat kepada 999 atau balai polis berhampiran.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

16/07/2026

🚨PECAH RUMAH: SEORANG DIPENJARA, SEORANG LAGI MINTA DIBICARAKAN

Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 Kuantan hari ini atas pertuduhan berkaitan kes pecah rumah.

Tertuduh pertama mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 14 bulan penjara serta denda RM3,000, manakala tertuduh kedua mengaku tidak bersalah dan kes akan disebut semula pada 29 Julai 2026.

PDRM kekal komited membanteras jenayah demi keselamatan masyarakat.

10/07/2026

🚨 2 lelaki tempatan ditahan, beberapa kes kecurian komponen penghawa dingin di Kuantan berjaya diselesaikan.

Polis turut merampas motosikal yang digunakan suspek serta komponen penghawa dingin yang dipercayai dicuri. Siasatan mendapati barangan tersebut dijual ke premis besi buruk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Polis percaya penahanan ini akan membantu menyelesaikan beberapa lagi kes kecurian komponen penghawa dingin di sekitar daerah Kuantan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš”

10/07/2026

🚨 KES CABUL TERHADAP KANAK-KANAK

Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 7 pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis Diraja Malaysia memandang serius jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Bersama kita lindungi mereka dan segera laporkan sebarang perlakuan yang mencurigakan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

08/07/2026

🚨 KES KHIANAT – SIMBAH CAT

Dua lelaki tempatan telah direman selama 4 hari (8–11 Julai 2026) selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sivil Kuantan bagi membantu siasatan kes khianat menyimbah cat ke sebuah rumah di Kuantan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

❌ Jangan selesaikan pertikaian dengan merosakkan harta benda orang lain.

βœ… Hormati undang-undang, laporkan jenayah kepada pihak polis, dan bersama-sama kita kekalkan keamanan serta keselamatan masyarakat.

04/07/2026

🚨 KES SELESAI KURANG 24 JAM!

BSJD IPD Kuantan berjaya menahan 4 lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes curi beg silang yang ditinggalkan di dalam lori di Taman Tas, Kuantan.

Pelbagai barang kes berjaya dirampas termasuk beg milik mangsa dan kenderaan yang digunakan suspek.

⚠️ Jangan tinggalkan beg atau barang berharga di dalam kenderaan walaupun seketika. Peluang kecil kepada anda adalah peluang besar kepada penjenayah.

03/07/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan yang menerima sijil penghargaan daripada...
18/06/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan yang menerima sijil penghargaan daripada YDH Ketua Polis Pahang sempena Lawatan Kerja dan Penyampaian Amanat ke IPD Kuantan pada 18 Jun 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mengekalkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Address

Ibupejabat Polis Daerah Kuantan
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSJ IPD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share