ICU JPM Pahang

ICU JPM Pahang Laman Facebook ini adalah laman Facebook rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

31/05/2026
30/05/2026





📌 Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Jeransang, Lipis, Pahang📅 24 Mei 2026 | AhadTelah berlangsung M...
26/05/2026

📌 Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Jeransang, Lipis, Pahang

📅 24 Mei 2026 | Ahad

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Jeransang, Lipis, Pahang yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar melalui pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM Pahang.

Semoga pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI ini dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan merancakkan pembangunan komuniti di Kampung Jeransang, Lipis.

📌 Program i-Suri KWSP Bersama Peserta eKasih Negeri Pahang📅 19 Mei 2026Telah berlangsung Program i-Suri Kumpulan Wang Si...
26/05/2026

📌 Program i-Suri KWSP Bersama Peserta eKasih Negeri Pahang

📅 19 Mei 2026

Telah berlangsung Program i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama peserta eKasih Negeri Pahang yang telah dirasmikan oleh YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM Pahang.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan suri rumah mengenai kepentingan simpanan persaraan dan perlindungan sosial melalui inisiatif i-Suri KWSP.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Suhaizam bin Ismail, Head of Department (HOD) Physical Channel serta Encik Rahmat bin Ali, Pengarah KWSP Wilayah Timur.

Semoga program seumpama ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya peserta eKasih di Negeri Pahang.

LAWATAN KERJA PENGARAH ICU JPM PAHANG BAGI INTERVENSI PROJEK RMK-Kerja-Kerja Pasang Pulih Kapal TLDM KD Ganyang-30 April...
30/04/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH ICU JPM PAHANG BAGI INTERVENSI PROJEK RMK
-Kerja-Kerja Pasang Pulih Kapal TLDM KD Ganyang

-30 April 2026-

Pengarah ICU JPM Pahang, YH. Dato' Razihan bin Adzharuddin telah mengadakan lawatan kerja bagi Projek Kerja-Kerja Pasang Pulih Kapal TLDM KD Ganyang di Limbungan MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd., Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Lawatan ini mencerminkan kesungguhan ICU JPM Pahang dalam mengambil tanggungjawab yang diberi oleh YAB Perdana Menteri untuk memantau perkembangan projek RMK terutama projek yang menjadi keutamaan di peringkat nasional untuk disiapkan.

Sepanjang lawatan, YH. Dato' Razihan bin Adzharuddin berpeluang meninjau kerja di lapangan, berinteraksi dengan kontraktor serta melihat dengan lebih jelas keadaan progres fizikal penyiapan Kapal TLDM KD Ganyang.

Turut hadir bersama, Laksamana Muda Azman bin Rabani, Panglima Wilayah Laut, TLDM, Laksamana Pertama Dato' Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin, Panglima Logistik Barat, TLDM, Puan Kogila Devi A/P Radakrishnan, Ketua Penolong Setiausaha MINDEF, Pegawai dari Seksyen Pemantauan ICU JPM Pahang, dan pihak Kontraktor Utama (MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd.)





ROMPIN, PAHANG | 22 April 2026 (Rabu)YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM Pahang, hadir menyantuni mangsa ...
22/04/2026

ROMPIN, PAHANG | 22 April 2026 (Rabu)

YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM Pahang, hadir menyantuni mangsa kebakaran di daerah Rompin sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib dan kebajikan mereka yang terkesan.

Turut hadir bersama ialah wakil YH Dato’ Supol kepada YAB Perdana Menteri, Pegawai Daerah Rompin, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rompin, Penghulu Mukim serta Tok Empat kawasan.

Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

ZIARAH KASIH MADANI ICU JPM PAHANGTemerloh, 20 April 2026 (Isnin) — YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM P...
21/04/2026

ZIARAH KASIH MADANI ICU JPM PAHANG

Temerloh, 20 April 2026 (Isnin) — YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Pengarah ICU JPM Pahang telah mengadakan Ziarah Kasih MADANI kepada mangsa kebakaran di daerah Temerloh sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga terlibat.

Turut hadir bersama ialah wakil YH Dato’ SUPOL kepada YAB Perdana Menteri, Pegawai Daerah Temerloh, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Temerloh serta Penghulu Mukim yang terlibat.

Semoga sumbangan dan sokongan yang disampaikan dapat meringankan beban mangsa serta memberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, YH. Dato’ Razihan bin Adzharuddin telah mengadakan Program Ziarah Kasih MADANI anjur...
01/04/2026

Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, YH. Dato’ Razihan bin Adzharuddin telah mengadakan Program Ziarah Kasih MADANI anjuran ICU JPM Pahang di daerah Temerloh.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyantuni mangsa kebakaran di Taman Seri Semantan, Temerloh bagi menyampaikan sumbangan serta sokongan moral kepada keluarga yang terlibat. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah serta memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban dan memberi kekuatan kepada mangsa untuk bangkit semula.

Address

Wisma Belia Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICU JPM Pahang:

Share