26/08/2026
ππππππ πππππ πππππ ππππππππππ πππππππ ππππ πππππ πππππ ππ-ππ ππππππ ππππππππ πππππππ
KUANTAN, 23 Ogos 2026 β Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Hari Ulang Tahun Ke-19 MK AB dalam suasana penuh istiadat, tradisi dan semangat ketenteraan. Majlis tersebut bertambah bermakna dengan kehadiran Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datoβ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim bersama isteri, Datin Sri Haslinda binti Mohd Ali, Pengerusi BAKAT MK AB.
Dalam ucapannya, Panglima Angkatan Bersama menegaskan bahawa sambutan tersebut bukan sekadar meraikan usia organisasi, malah menjadi medan mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu serta memperbaharui tekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan MK AB. Selaras dengan tuntutan persekitaran operasi masa hadapan, seluruh warga diseru memperkukuh kesiapsiagaan, integrasi dan profesionalisme bagi membentuk Angkatan Masa Hadapan yang moden, tangkas, adaptif, bersepadu, berdaya tahan serta berkeupayaan menghasilkan ππ°πͺπ―π΅ ππ§π§π¦π€π΅.
Turut hadir menyerikan majlis ialah Ketua Staf MK AB, Mejar Jeneral Datoβ Khairul Anuar bin Abd Aziz, Asisten Ketua Staf J3 MK AB, Mejar Jeneral Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM, Asisten Ketua Staf J5 MK AB, Laksamana Muda Datuk Mohd Razib bin Tahir, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Haji Nohuddin, pegawai-pegawai kanan, para perwira, bintara serta pasangan masing-masing. Kehadiran seluruh warga angkatan bersama mencerminkan keutuhan semangat setiakawan, π¦π΄π±π³πͺπ΅ π₯π¦ π€π°π³π±π΄ dan kebersamaan dalam mendukung aspirasi MK AB untuk terus relevan, bersepadu dan berkesan demi mempertahankan kedaulatan serta kepentingan negara.