Lujnah Kebajikan Muslimat Pas Pahang

Lujnah Kebajikan Muslimat Pas Pahang Kebajikan Di kawasan Pahang

26/11/2022

Ampa rasa kami dok pikiaq apa? 🤔

📍Warung Pokok Petai Perlis

25/11/2022
25/11/2022
24/11/2022

Situasi politik terkini memerlukan kepada pemimpin yang amanah dan bersih untuk menstabilkan semula Negara. Bukannya mereka yang menipu institusi Raja dan terlibat dalam kes salah laku integriti, terutamanya kes rasuah.

Sejarah Islam dan dunia banyak mengajarkan kepada kita bagaimana sebuah negara, termasuklah empayar terbesar dunia jatuh angkara pemimpin yang korup dan gila kuasa.

Rasulullah S.A.W pernah ditanyakan oleh Abu Dzar tentang apakah maksud Baginda S.A.W apabila menyatakan sekiranya hilangnya sifat amanah, kemudian hadirnya pembalasan. Jawab Baginda S.A.W yang bermaksud :
"Sekiranya tampuk kepimpinan jatuh kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah hari pembalasan."

Beberapa hari ini, kelompok yang mempunyai bibit yang sama sedang giat memainkan naratif mensucikan kluster mahkamah dan seumpamanya demi kuasa.

Rakyat p**a seolah-olah lupa akan kenyataan wujudnya kluster-kluster ini kerana terpengaruh dengan naratif mereka.

Bagi PAS dan Perikatan Nasional, prinsip perjuangan kita jelas. Kita menolak mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku integriti. Kita akan kekal konsisten mentadbir Negara dengan prihatin, bersih dan stabil. Ini komitmen kita.

Oleh itu, saya memohon kepada semua ahli PAS dan Perikatan Nasional, termasuklah rakyat Malaysia yang mengundi Perikatan Nasional pada PRU-15 sehingga menghasilkan satu kemenangan luar biasa, terus bersemangat menantikan berita-berita baik yang akan diumumkan selepas ini.

Kita berikan sepenuh kepercayaan kepada institusi istana dan Majlis Raja-Raja yang dipimpin oleh kebijaksanaan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk menoktahkan kemelut yang melanda.

InshaAllah, pasti ada hikmah luar biasa untuk rakyat Malaysia. Teruskan berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Datuk Haji Idris Haji Ahmad.
Naib Presiden PAS.



24/11/2022

Pejam celik, pejam celik hari ini PAS mempunyai 4 Menteri Besar, 43 Ahli Parlimen, 117 ADUN dan 4 orang Senator.

Apakah rahsia kekuatan PAS? Apakah masa depan PAS dalam tempoh 30 tahun akan datang?

Jemput mengopi bersama kami malam ini !

SANTAI KOPI "SAMBUTAN 70 TAHUN PAS"

Tarikh : 24 November 2022
Masa : 09.30 PM

Tetamu Istimewa :

1. Tuan Haji Hussin Bin Ismail, Pengerusi Tetap
2. YB Datuk Ustaz Idris Bin Ahmad, Naib Presiden PAS



24/11/2022

Terima Kasih Muhyiddin Yassin . Jasa TS menjaga rakyat ketika pandemik akan kekal dalam ingatan. Tidak kira apa orang kata, MCO demi MCO banyak menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Jadilah Ketua Pembangkang yang tegas, bijak dan konsisten.

24/11/2022

Tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato Seri Anwar Ibrahim atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh. Semoga inayah dan petunjuk Allah sentiasa bersama dalam melaksanakan amanah.

Besar harapan saya untuk melihat kerajaan baru ini kekal istiqomah dengan prinsip menolak kebobrokan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya yakin dengan jiwa reformis Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau akan kekal berprinsip untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam institusi kehakiman, parlimen mahupun badan penguatkuasa seperti SPRM dan SPR.

Pastikan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh beberapa pimpinan kanan parti politik yang bersama dengan Dato Seri dalam membentuk kerajaan tidak diganggu apatah lagi digugurkan. Rakyat menuntut kejujuran ini.

InsyaAllah saya akan terus kekal bersama PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam menjadi semak imbang yang berkualiti untuk kerajaan di samping akan menjadi suara berkesan kepada warga Temerloh, agama Islam, kepentingan bangsa Melayu, kedaulatan dan keharmonian negara.

Buat warga Temerloh yang sentiasa dekat di hati saya, walau di mana pun kedudukan saya, samada bersama di dalam kerajaan mahupun pembangkang, agenda kebajikan dan kemajuan buat semua warga Temerloh tanpa mengenal latar belakang mahupun fahaman politik tetap menjadi keutamaan saya.

S**a saya menyeru untuk kita semua ketepikan seketika perbezaan dan bersama mencari titik persamaan untuk kita bersama memajukan dan menjaga kebajikan Temerloh dan warganya.

Moga kita semua sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan Allah di setiap masa dan dalam setiap tindakan kita.

“Temerloh Sejahtera, Gagasan Untuk Semua”

Kak Sal
Sg Gau, Temerloh
24112022
2230

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lujnah Kebajikan Muslimat Pas Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share