Promosi PKD Kuantan

Promosi PKD Kuantan Berita dan info terkini daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

16/08/2026

[SOROTAN VIDEO] PROGRAM PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN PAYA BESAR

Wanita merupakan antara tunjang utama dalam keluarga. Apabila seorang ibu sihat dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, ia secara tidak langsung dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak serta membentuk gaya hidup yang lebih sihat dalam keluarga.

"WANITA SIHAT, WANITA MERDEKA"

PROGRAM WANITA SIHAT, WANITA MERDEKA BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN PAYA BESAR
16/08/2026

PROGRAM WANITA SIHAT, WANITA MERDEKA BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN PAYA BESAR

16/08/2026
15/08/2026

Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026 & Hari Pendermaan Organ Sedunia

13 Ogos 2026 | "WARISKU, HORMATI IKRARKU"

Sukerelawan Agen MyChampion Kuantan mengucapkan Selamat Menyambut Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026 dan Hari Pendermaan Organ Sedunia yang disambut pada 13 Ogos 2026.

Tema tahun ini, "WARISKU, HORMATI IKRARKU", mengingatkan kita bahawa hasrat murni seseorang untuk menderma organ selepas meninggal dunia hanya dapat direalisasikan dengan sokongan dan penghormatan daripada waris.

Pendermaan organ merupakan satu amalan mulia yang mampu memberi harapan baharu serta menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan pemindahan organ. Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ, berbincang dengan ahli keluarga tentang hasrat tersebut, dan menghormati ikrar yang telah dibuat demi manfaat insan lain.

"WARISKU, HORMATI IKRARKU"

💚Satu ikrar, sejuta harapan. Bersama kita menyelamatkan nyawa 💚

15/08/2026

Selamat Menyambut Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026 dan Hari Pendermaan Organ Sedunia.

Di sebalik satu keputusan untuk menderma organ, tersimpan harapan baharu buat mereka yang sedang menanti peluang kedua untuk hidup.

Tema "WARISKU, HORMATI IKRARKU" menyeru setiap ahli keluarga agar menghormati hasrat murni insan tersayang yang telah berikrar untuk menjadi penderma organ.

Marilah kita bersama-sama menyebarkan kesedaran, berbincang dengan keluarga, dan menyokong budaya pendermaan organ demi menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Satu ikrar, sejuta harapan. Bersama kita menyelamatkan nyawa.

Dr. Mohd Hafeez bin Intiaz Hussein,
Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan

GOTONG-ROYONG BERSEPADU CEGAH DEMAM DENGGI DI KAMPUNG BALOK BARUTelah berlangsung Gotong-Royong Bersepadu Cegah Demam De...
15/08/2026

GOTONG-ROYONG BERSEPADU CEGAH DEMAM DENGGI DI KAMPUNG BALOK BARU

Telah berlangsung Gotong-Royong Bersepadu Cegah Demam Denggi di kawasan wabak demam denggi Kampung Balok Baru yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, sukarelawan serta wakil komuniti setempat. Program ini merupakan usaha bersepadu bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan demam denggi.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan, Dr. Mohd Hafeez bin Intiaz Hussein. Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Majlis Bandaraya Kuantan(MBK), Unit Kawalan Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), SWCorp Kuantan, Alam Flora Sdn Bhd, Sukarelawan Agen MyChampion Kuantan, serta barisan pemimpin dan wakil komuniti setempat.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran, penghapusan bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, pemeriksaan kawasan berisiko serta penyampaian pendidikan kesihatan kepada penduduk mengenai langkah-langkah pencegahan demam denggi.

Program ini bukan sekadar aktiviti membersihkan kawasan persekitaran, malah merupakan platform untuk mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan budaya menjaga kebersihan dan melaksanakan amalan Cari dan Musnah sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pencegahan demam denggi bukanlah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia atau pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama setiap individu, setiap keluarga dan seluruh komuniti. Kerjasama serta komitmen semua pihak amat penting dalam memastikan penularan penyakit ini dapat dibendung dengan berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat, para sukarelawan serta wakil komuniti yang telah berganding bahu menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat ini terus diperkukuhkan demi merealisasikan komuniti yang lebih bersih, sihat dan bebas daripada ancaman wabak demam denggi.

15 Ogos 2026 | Sabtu🚨 Makluman kepada warga Kuantan dan penduduk setempat. Terdapat 1 kes Demam Denggi dilaporkan hari i...
15/08/2026

15 Ogos 2026 | Sabtu

🚨 Makluman kepada warga Kuantan dan penduduk setempat. Terdapat 1 kes Demam Denggi dilaporkan hari ini.

Kes Demam Denggi masih menjadi ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan keluarga.

✅ Luangkan 10 minit setiap minggu untuk mencari dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
✅ Buang bekas yang boleh menakung air.
✅ Pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih.
✅ Gunakan aerosol untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa, terutama pada waktu pagi dan lewat petang.
✅ Jika mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit sendi atau sakit otot, segera dapatkan pemeriksaan di klinik.

🦟 Tiada Aedes, Tiada Denggi!
💪 Bersama kita cegah denggi, lindungi diri dan keluarga.

Address

Kuantan
25200

Telephone

+6095659222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi PKD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Promosi PKD Kuantan:

Shortcuts

Share