Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Pahang

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Pahang Peneraju Industri Nanas Negara
Jom Tanam Nanas! Jom Makan Nanas!

Tahniah kepada semua yang terlibat๐Ÿ
15/08/2026

Tahniah kepada semua yang terlibat๐Ÿ

LAWATAN JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM PEMERKASAAN AGROMAKANAN NEGARA (PPAN) LPNM NEGERI PAHANG13 Ogos 2026 | Khamis | Ro...
15/08/2026

LAWATAN JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM PEMERKASAAN AGROMAKANAN NEGARA (PPAN) LPNM NEGERI PAHANG

13 Ogos 2026 | Khamis | Rompin Pahang

Sekitar Lawatan Jawatankuasa Teknikal Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) LPNM Negeri Pahang yang melibatkan kehadiran Jawatankuasa Teknikal bagi menilai dan membuat pengesahan terhadap pelaksanaan serta keperluan projek di Ladang Nanas PCVC, Kampung Karpal Rompin Pahang.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Siti Hajar binti Ramlee Pengarah LPNM Negeri Pahang, serta Jawatankuasa teknikal yang terlibat.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut skop, spesifikasi dan ketetapan yang telah ditetapkan, di samping memperkukuhkan usaha dalam meningkatkan produktiviti serta pembangunan sektor agromakanan, khususnya dalam industri tanaman nanas ๐Ÿ.

Terima kasih kepada semua yang terlibat ๐Ÿ





Jumpa di Pavilion Pahang sempena MAHA 2026!
15/08/2026

Jumpa di Pavilion Pahang sempena MAHA 2026!

14/08/2026
13/08/2026

๐Ÿ’ง ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ž๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด & ๐—ž๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ! ๐ŸŒฌ๏ธ

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ“ MAEPS, Serdang

Cuaca panas bukan penghalang untuk anda terus menikmati kemeriahan MAHA 2026!

Pastikan anda sentiasa bersedia dengan membawa air kosong yang mencukupi dan kipas mini bagi membantu mengekalkan kesegaran sepanjang berada di kawasan pameran.

Walaupun pendingin hawa disediakan di dewan utama, pengunjung digalakkan mengambil langkah penjagaan diri, khususnya ketika melakukan aktiviti di luar dewan.

Jangan biarkan cuaca panas menghalang anda menerokai pelbagai pengalaman menarik di MAHA 2026.

Rancang kunjungan anda dan utamakan keselesaan agar setiap detik di MAHA 2026 dapat dinikmati dengan lebih bermakna!





LATIHAN MESIN PENGURUSAN SISA NANAS BAGI PROJEK PERINTIS PEMBANGUNAN INDUSTRI NANAS LPNM12 Ogos 2026/ Rompin PahangSekit...
13/08/2026

LATIHAN MESIN PENGURUSAN SISA NANAS BAGI PROJEK PERINTIS PEMBANGUNAN INDUSTRI NANAS LPNM

12 Ogos 2026/ Rompin Pahang

Sekitar Sesi Latihan Pengendalian Mesin Pengurusan Sisa Nanas bagi Projek Perintis Pembangunan Industri Nanas LPNM pada 12 Ogos 2026 telah dilaksanakan di Pusat Projek Perintis Sisa Nanas LPNM Ladang Nanas Rompine Kg Tanam, Rompin Pahang.

Turut hadir dalam sesi latihan ini ialah wakil daripada BKJ, LPNM Negeri Pahang serta kakitangan Rompin Integrated Pineapple Industry (RIPI).

Semoga sesi latihan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta serta membantu memastikan pengendalian mesin dan pengurusan sisa nanas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.

Tahniah kepada semua yang terlibat.





PERKONGSIAN RINGKAS LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) NEGERI PAHANG BERSAMA WAKIL PENGUSAHA TANAMAN NANAS DI NEGERI PAHA...
12/08/2026

PERKONGSIAN RINGKAS LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) NEGERI PAHANG BERSAMA WAKIL PENGUSAHA TANAMAN NANAS DI NEGERI PAHANG

๐Ÿ“… 12 Ogos 2026
๐Ÿ“ Kuantan, Pahang

Sekitar sesi perkongsian ringkas bersama Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Pahang yang telah diadakan bersama wakil pengusaha tanaman nanas serta kakitangan LPNM Negeri Pahang di Pejabat LPNM Pahang.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan aspek percukaian kepada para pengusaha, selaras dengan usaha memperkukuh pengurusan kewangan dan pematuhan dalam kalangan pemain industri nanas.

Turut hadir, Tuan Rosmizam bin Md Yusof, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman Nanas LPNM hadir memberi sokongan dan perkongsian bersama dalam usaha membantu usahawan kecil membuka ruang dalam industri nanas yang semakin berkembang.





12/08/2026

Ramai sangka nanas akan jadi lebih manis selepas dipetik. Sebenarnya, nanas tidak akan terus masak seperti pisang atau mangga. ๐Ÿ

Sebab itu, masa penuaian sangat penting bagi memastikan setiap buah mempunyai rasa yang manis dan berkualiti.

PUSAT PENGUMPULAN HASIL NANAS : LAWATAN  TEKNIKAL PERINGKAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA  BAGI PEMBINAAN PUSAT P...
06/08/2026

PUSAT PENGUMPULAN HASIL NANAS : LAWATAN TEKNIKAL PERINGKAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA BAGI PEMBINAAN PUSAT PENGUMPULAN NANAS DIBAWAH PEMBANGUNAN PEMASARAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

6 Ogos 2026/ Kuantan Pahang

Hari ini, satu Lawatan Teknikal bagi pembinaan Pusat Pengumpulan Nanas Di Bawah Pembangunan Pemasaran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah diadakan di Ladang Nanas Sweet Pine Damansara Kuantan Pahang.

Pembinaan Pusat Pengumpulan Nanas ini merupakan langkah penting dalam usaha memperkasakan industri nanas negara. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk menyediakan infrastruktur moden bagi menyokong pengumpulan, penyimpanan, dan pemasaran nanas yang diusahakan peserta yang berdaftar dan membantu mengoptimumkan hasil pengeluaran dan meluaskan pasaran.

Lawatan ini melibatkan wakil usahawan Nanas Sweet Pine , Pegawai Pemasaran Ibupejabat LPNM, Pegawai dari Bahagian Kejuteraan LPNM, Pegawai LPNM Pahang.
Turut bersama Pengarah LPNM Negeri Pahang, dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pemasaran LPNM dalam lawatan ini.





๐Ÿ NANAS MD2 TANAH MINERAL ๐Ÿ๐Ÿ“ Kg. Tanjung Besar, Temerloh, PahangNanas MD2 segar, manis & berkualiti terus dari ladang ๐ŸŒฟS...
06/08/2026

๐Ÿ NANAS MD2 TANAH MINERAL ๐Ÿ
๐Ÿ“ Kg. Tanjung Besar, Temerloh, Pahang

Nanas MD2 segar, manis & berkualiti terus dari ladang ๐ŸŒฟ
Sesuai untuk makan segar, jus, dessert & kegunaan perniagaan

Gred ditawarkan:
โœ”๏ธ AA
โœ”๏ธ A
โœ”๏ธ B
โœ”๏ธ C

๐Ÿ‘‰ Buah padat, manis semulajadi & tidak lidas
๐Ÿ‘‰ Permintaan tinggi kerana kualiti premium

๐Ÿ“ž Berminat? Hubungi / WhatsApp:
019-930 5151 (Hafizun)





Address

B 18, Tingkat 1, Lorong Pandan Perdana 1/2
Kuantan
25150

Telephone

+6095383264

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share