13/08/2026
PROGRAM LESTARI ALAM SEKITAR PERSISIR PANTAI 2026 SEMPENA HARI LAUT SEDUNIA
KUANTAN, Ogos 2026 – Program Lestari Alam Sekitar Persisir Pantai 2026 sempena sambutan Hari Laut Sedunia telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya warga sekolah, mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian ekosistem pesisir pantai.
Program ini melibatkan Kelab Pencinta Alam (KPA) sekolah-sekolah dengan kerjasama SWCorp Cawangan Kuantan dan Alam Flora Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memupuk budaya menjaga kebersihan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Antara pengisian utama program adalah aktiviti pembersihan kawasan pesisir pantai serta pendidikan alam sekitar yang memberi penekanan kepada pengurusan sisa pepejal, amalan 3R dan kepentingan mengurangkan pencemaran laut.
Penglibatan para pelajar dalam aktiviti ini turut menjadi platform pendidikan secara praktikal bagi membentuk generasi muda yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan cakna terhadap kelestarian alam sekitar.
SWCorp Cawangan Kuantan berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan dengan penglibatan lebih banyak pihak, sekali gus menyemarakkan semangat “Sayangi Laut, Pelihara Alam” demi memastikan kawasan pesisir pantai kekal bersih, indah dan lestari untuk generasi akan datang.