Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang

Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang Tempat berkongsi maklumat dan sejarah berkaitan Negeri Pahang Darul Makmur

10/06/2026

PEMBERITAHUANUntuk makluman, talian 09-5734343 tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Sila hubungi talian alternati...
09/06/2026

PEMBERITAHUAN

Untuk makluman, talian 09-5734343 tidak dapat dihubungi buat sementara waktu.

Sila hubungi talian alternatif di 09-5732149 untuk sebarang urusan. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

PEMAKLUMAN: PENUTUPAN DEWAN PENYELIDIKAN ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANGAdalah dimaklumkan bahawa operasi Dewan Peny...
25/05/2026

PEMAKLUMAN: PENUTUPAN DEWAN PENYELIDIKAN ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PAHANG

Adalah dimaklumkan bahawa operasi Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang akan DITUTUP sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong pada ketetapan berikut:

❌ Tarikh Tutup: 27 Mei 2026 (Rabu) hingga 2 Jun 2026 (Selasa).
✅ Tarikh Dibuka Semula: 3 Jun 2026 (Rabu).

Rancang penyelidikan anda lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Terima kasih ✨





12/05/2026

Program Sahabat Arkib merupakan inisiatif Arkib Negara Malaysia bagi memperluaskan kesedaran, advokasi serta penglibatan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan warisan dokumentari negara.

Penyertaan adalah terbuka kepada individu berumur 13 tahun dan ke atas daripada pelbagai latar belakang yang berminat dalam bidang sejarah dan warisan.

Ahli Sahabat Arkib berpeluang menyumbang secara langsung dalam usaha pemeliharaan warisan negara, di samping memperoleh latihan, pengetahuan, pengalaman serta jaringan kerjasama. Ahli juga akan menerima pengiktirafan dalam bentuk sijil penyertaan.

Orang awam yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan mengemukakan permohonan melalui imbasan kod QR pada infografik atau melalui pautan yang disediakan. Borang permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke alamat [email protected] menggunakan Borang Permohonan Menyertai Sahabat Arkib. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

“Bersama Kita Pelihara Sejarah”





11/05/2026

PENGURUSAN FAIL SEMASA TEMPOH BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Pengurusan fail dan rekod rasmi semasa tempoh Bekerja Dari Rumah (BDR) hendaklah dilaksanakan secara teratur bagi memastikan keselamatan, integriti dan kerahsiaan rekod kerajaan sentiasa terpelihara. Setiap pegawai perlu memastikan dokumen rasmi dikendalikan dengan cermat serta mematuhi tatacara pengurusan rekod yang telah ditetapkan oleh jabatan.

Amalan pengurusan fail yang baik membantu melancarkan urusan kerja, memudahkan capaian maklumat dan mengurangkan risiko kehilangan atau penyalahgunaan rekod rasmi. Penggunaan platform digital yang selamat dan sistematik juga mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan sepanjang tempoh BDR.





05/05/2026

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026 dan Arkib Komuniti Peringkat Kebangsaan akan disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 9 Mei 2026 bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka.

Sambutan pada kali ini juga mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan penerapan nilai Faham, Hormat, Terima dan Meraikan menuju keharmonian nasional.

Sambutan ini menjadi platform interaksi dan tapak integrasi untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta memperluas pengetahuan terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Datang eh, jangan tak datang! Jumpa kat sana nanti.

Mana lagi, Melaka lerrr..

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Melaka Hari Ini
Perpaduan Melaka
Kerajaan Negeri Melaka
Arkib Negara Malaysia





30/04/2026
23/04/2026

📌 Trivia Arkib: Fakta Ringkas!

Pernah tertanya, apa sebenarnya fungsi utama Arkib Negara? 🤔 Bukan sekadar simpan dokumen lama, tapi lebih besar daripada itu!

📚 Rekod terjaga, sejarah terpelihara, warisan negara terus kekal.





03/04/2026

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 kembali lagi!

Ayuh raikan kepelbagaian budaya, warisan dan keharmonian rakyat Malaysia bersama Kementerian Perpaduan Negara di lokasi seluruh negara:

📍 Zon Timur (Kelantan) | 9–11 April
📍 Zon Utara (Perak) | 23–26 April
📍 Sarawak (Miri) | 8–10 Mei
📍 Zon Selatan (Melaka) | 8–10 Mei
📍 Zon Tengah (Kuala Lumpur) | 15–17 Mei
📍 Peringkat Kebangsaan (Sabah) | 11–14 Jun

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti persembahan kebudayaan, pameran, makanan tradisional dan banyak lagi!

✨ “Bersama Membina Negara Bangsa”

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI





Notis Peringatan Penipuan - Scammer Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang (ANMNP) meminta agar semua warga sosial media be...
21/01/2026

Notis Peringatan Penipuan - Scammer

Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang (ANMNP) meminta agar semua warga sosial media berhati-hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan dinasihatkan supaya menghubungi ANMNP di talian 09 - 573 4343 sebelum membuat sebarang transaksi perbankan atau kewangan.

Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang

Address

Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota 14
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6095734343

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang:

Share