Polis Kuantan

Polis Kuantan Facebook Rasmi
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
| Hotline: 09-56522222 | kami mengalu-alukan masyarakat setempat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

sempena memperingati hari polis yang ke 205 tahun 2012, polis kuantan telah mewujudkan laman sosial facebook bagi memudahkan masyarakat setempat mengetahui dengan lebih dekat info-info semasa, kegiatan/aktiviti yang di jalankan oleh polis kuantan. Selain itu ianya juga bertujuan kepada masyarakat memberi komen/pandangan, membuat pertanyaan dan apa jua kemusykilan berkenaan rasa tidak puas hati dalam sesuatu hal demi kebaikan antara dua hala iaitu polis dan masyarakat tidak dapat di pisahkan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untu...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kedaulatan negara.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan terus berbakti demi Malaysia tercinta.
โ€œNegara Sejahtera, Rakyat Bersatu, Malaysia Gemilang.โ€

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada :

ACP Ashari bin Abu Samah, Ketua Polis Daerah Kuantan dan Puan Farah Nadiya binti Mohd Jalaludin, Pengerusi PERKEP IPD Kuantan serta seluruh warga kerja PDRM IPD Kuantan.

30/08/2026

๐Ÿšจ OP BERSEPADU PENCEGAHAN JENAYAH IPD KUANTAN โ€“ AMBANG MERDEKA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Ambang Merdeka 2026, IPD Kuantan telah melaksanakan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah pada 29 hingga 30 Ogos 2026 melibatkan seluruh kawasan pentadbiran IPD Kuantan.

Operasi dimulakan dengan taklimat penugasan yang disampaikan oleh DSP Ruzali bin Md Yusof, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Kuantan, dengan penekanan terhadap pelaksanaan pemeriksaan yang berkualiti, rondaan di kawasan hotspot, pemeriksaan kenderaan mencurigakan serta usaha membanteras kes kecurian kabel.

๐Ÿ’ช PDRM Kuantan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, khususnya menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

PDRM Kuantan โ€“ Bersama Membanteras Jenayah, Demi Keamanan Komuniti.

28/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Warga IPD Kuantan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’› Demi Malaysia tercinta!

Ikhlas daripada:
Warga IPD Kuantan

KUNJUNGAN HORMAT IPD Kuantan, 27 Ogos 2026 (Khamis) - ACP Ashari bin Abu Samah - Ketua Polis Daerah Kuantan hari ini tel...
27/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT

IPD Kuantan, 27 Ogos 2026 (Khamis) - ACP Ashari bin Abu Samah - Ketua Polis Daerah Kuantan hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Muhammad Nabil Luqman bin Nasrudin - Assistant Manager Business Development & Corporate Affair City University dan rombongan bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Kuantan.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak institusi pendidikan tinggi, khususnya dalam aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan kesejahteraan warga kampus.

KUNJUNGAN HORMAT MASJID IMAN ASH SHAFIE KOTASAS KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KUANTANIPD Kuantan, 27 Ogos 2026 โ€“ Ketua Poli...
27/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT MASJID IMAN ASH SHAFIE KOTASAS KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KUANTAN

IPD Kuantan, 27 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Daerah Kuantan, YDH ACP Ashari bin Abu Samah, telah menerima kunjungan hormat daripada Haji Izudin bin Haji Muhamad Amin - Pengerusi Masjid Iman Ash Shafie Kotasas (MAISK) bersama rombongan bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Kuantan.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak masjid, koperasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek keselamatan, pencegahan jenayah serta kesejahteraan komuniti setempat.

Pihak IPD Kuantan amat menghargai kesudian pihak Masjid Iman Ash Shafie Kotasas dan Koperasi Masjid Iman Ash Shafie Kotasas mengadakan kunjungan hormat ini dalam memperkukuh pendekatan polisi berorientasikan komuniti (community policing) serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap pasukan keselamatan.

26/08/2026

๐Ÿš” PENCEGAHAN JENAYAH SEKITAR BANDAR KUANTAN

Pasukan Polis Diraja Malaysia melalui Balai Polis Kuantan terus mempergiatkan rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar Bandar Kuantan sebagai langkah pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Kehadiran polis di lapangan dipertingkatkan bagi memberi rasa selamat kepada masyarakat serta mencegah sebarang perlakuan jenayah.

๐Ÿ“ข Jangan beri ruang kepada penjenayah.
Sekiranya melihat sesuatu yang mencurigakan, segera salurkan maklumat kepada pihak polis.

Bersama kita cegah jenayah. Bersama kita jayakan Bandar Kuantan yang lebih selamat.๐Ÿ’™

26/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ NOTIS PENUTUPAN & LENCONGAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA DI KU...
25/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ NOTIS PENUTUPAN & LENCONGAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA DI KUANTAN

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026, beberapa laluan di sekitar bandar Kuantan akan mengalami penutupan dan lencongan lalu lintas bagi memastikan kelancaran serta keselamatan orang ramai.

๐Ÿ“… 25 - 31 Ogos 2026
๐Ÿ“ Antara laluan terlibat:
โ€ข Jalan Teluk Sisek
โ€ข Laluan dari Pusat Bandar ke Jalan Tanah Putih
โ€ข Laluan dari Tanah Putih ke Bandar

โฐ Waktu penutupan/lencongan adalah seperti yang dinyatakan dalam notis.

๐Ÿš— Nasihat kepada pengguna jalan raya:
โœ… Rancang perjalanan lebih awal
โœ… Gunakan laluan alternatif
โœ… Patuhi arahan anggota polis trafik di lokasi
โœ… Elakkan meletakkan kenderaan di bahu jalan atau kawasan larangan
โœ… Bersabar dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan

Mohon kerjasama semua pengguna jalan raya bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung dengan lancar, selamat dan meriah. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Polis Trafik Kuantan โ€“ 09-515 6111

โ€œPatuhi Arahan, Rancang Perjalanan, Utamakan Keselamatan.โ€






SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026MYDH ACP Ashari bin Abu Samah - Ketua Polis Daerah Kuantan, Puan Farah Nadiya binti Mohd ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

YDH ACP Ashari bin Abu Samah - Ketua Polis Daerah Kuantan, Puan Farah Nadiya binti Mohd Jalaludin - Pengerusi PERKEP Kuantan serta seluruh warga IPD Kuantan mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya di dalam Daerah Kuantan.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

โ€œSesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(HR An-Nasai & Ibnu Hibban)

Semoga kita sentiasa memperkukuh keyakinan, mempertingkatkan kecintaan, meneladani akhlak, serta menghayati ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUANTANโ€ผ๏ธ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—šโ€ผ๏ธPihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sedang mengesan da...
20/08/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUANTAN

โ€ผ๏ธ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—šโ€ผ๏ธ

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai lokasi OH tersebut boleh terus menghubungi balai polis yang berdekatan atau menghubungi IPD Kuantan di talian Hotline : 09-5652089

Kerjasama masyarakat dalam membantu pihak PDRM amat diperlukan.

"๐™‹๐™ค๐™ก๐™ž๐™จ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™ž๐™จ๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™–๐™™๐™–"

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Polis Diraja
Kuantan
25000

Telephone

+6095652222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share