Politeknik METrO Kuantan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Politeknik METrO Kuantan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia PMKu Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling.

PENGENALAN

Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional socio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, samada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multinasional. Penubuhan Politek

nik METrO adalah seiring dengan agenda Transformasi Negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Pembelajaran di Politeknik Metro akan mengutamakan kaedah Online virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri. KONSEP POLITEKNIK METrO

Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan (SME& MNC)
Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialisation in the creation new courses and programmes)
Memenuhi keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa. Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education, OBE) yang memberi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. CIRI POLITEKNIK METrO

Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat. Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel. Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students
Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan individu bekerjaya yang seimbang. CIRI PROGRAM YANG DITAWARKAN

Mempunyai nilai pasaran tinggi
Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
Mendapat akreditasi MQA
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar
Penekanan kurikulum kepada latihan amali yang bersesuaian
Melibatkan komponen latihan dalam kerja


CIRI PELAJAR YANG DIHASILKAN

Berkemahiran dan berkeyakinan tinggi
Berpandangan global
Berkebolehpasaran tinggi
Berdaya keusahawanan
Versatile
Cekap berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa termasuk bahasa Malaysia

🌿 LAWATAN AKADEMIK & CSR | RIZAB HIDUPAN LIAR TENGKU HASSANAL 🐘Pada 19–20 Ogos 2026, seramai 44 orang pelajar Semester 5...
21/08/2026

🌿 LAWATAN AKADEMIK & CSR | RIZAB HIDUPAN LIAR TENGKU HASSANAL 🐘

Pada 19–20 Ogos 2026, seramai 44 orang pelajar Semester 5, Diploma Pengurusan Pelancongan telah menyertai lawatan akademik ke Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal bagi memenuhi keperluan kursus DTM50423 Sustainable Tourism.
Pelajar berpeluang bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan Negeri Pahang dan Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Gandah mendalami aspek konservasi hidupan liar, termasuk kaedah konservasi gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, di samping melaksanakan aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR).
Pelajar turut didedahkan kepada aplikasi zoning, carrying capacity dan Environmental Impact Assessment (EIA) dalam pengurusan pelancongan lestari. Selain itu, kunjungan ke perkampungan Orang Asli Che Wong memberikan pengalaman bermakna dalam memahami komuniti setempat, budaya dan hubungan antara masyarakat dengan alam sekitar.
Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta memperkukuh pemahaman pelajar terhadap amalan pelancongan lestari dan pemuliharaan alam sekitar. 🌱🐘



ππŽπ‹π˜π‚π‚ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πˆπππŽπ•π€π“πˆπŽπ 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ”19–21 OGOS 2026 |   CAMERON HIGHLAND, PAHANGKolej Komuniti Bera dengan ke...
21/08/2026

ππŽπ‹π˜π‚π‚ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πˆπππŽπ•π€π“πˆπŽπ 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ”

19–21 OGOS 2026 | CAMERON HIGHLAND, PAHANG

Kolej Komuniti Bera dengan kerjasama Unit Keusahawanan Zon Pahang dan Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menganjurkan Program POLYCC Pahang Digital Innovation Challenge 2026: Social Entrepreneurship, Video Pitching dan Apps Prototype Challenge.

Program ini menghimpunkan peserta daripada Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Pahang dalam usaha memperkasa kreativiti, inovasi serta kemahiran keusahawanan digital. Sepanjang program, peserta didedahkan kepada Social Entrepreneurship, Video Pitching, aplikasi AI dalam inovasi serta pembangunan prototaip aplikasi sebelum mengetengahkan idea dan hasil inovasi masing-masing.

Diharapkan program ini dapat menjadi platform terbaik dalam melahirkan generasi TVET yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, malah berani meneroka potensi teknologi digital serta menterjemahkan idea kepada penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat.

Tahniah kepada wakil PMKu, Muhammad Furqan Iman bin Mohd Hazmi dan Ahmad Hazim bin Romlee, bersama mentor Pn Rosmawati binti Saidin yang telah menjadi JUARA POLYCC PAHANG, dengan tajuk laman web INOREA dan penghasilan produk sabun berasaskan kopi, inai dan shea butter. TAHNIAHπŸ’ͺπŸ»πŸ’»

Inovasi bermula di sini!



PENYERTAAN PENSYARAH PMKU DALAM KURSUS DIGITAL TRANSFORMATION IN TEACHING & LEARNING: ENHANCING LECTURERS’ TEACHING METH...
20/08/2026

PENYERTAAN PENSYARAH PMKU DALAM KURSUS DIGITAL TRANSFORMATION IN TEACHING & LEARNING: ENHANCING LECTURERS’ TEACHING METHODS

Tahniah dan selamat berkursus diucapkan kepada
1. PUAN ZAITUN BINTI ISMAIL
2. MISS LEE PUI HAR
3. ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHAMED SAHAR,

pensyarah Politeknik METrO Kuantan (PMKU), atas penyertaan dalam Kursus KURSUS DIGITAL TRANSFORMATION IN TEACHING & LEARNING: ENHANCING LECTURERS’ TEACHING METHODS yang berlangsung di HOLIDAY VILLA CHERATING dari 18 Ogos 2026 hingga 20 Ogos 2026.

Semoga penyertaan ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi profesional serta memberi manfaat kepada pelajar, warga PMKU dan institusi.





TAHNIAH PMKU β€” NAIB JOHAN GARDENIA NUMEE GOURMET CHALLENGE!Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil Politeknik ME...
18/08/2026

TAHNIAH PMKU β€” NAIB JOHAN GARDENIA NUMEE GOURMET CHALLENGE!

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil Politeknik METrO Kuantan (PMKU) yang berjaya meraih NAIB JOHAN dalam Gardenia NuMee Gourmet Challenge!

Lebih membanggakan, kejayaan ini diraih dalam persaingan sengit melibatkan 21 pasukan daripada POLYCC dan Universiti Awam. Pencapaian ini membuktikan bahawa kreativiti, kemahiran kulinari, disiplin dan semangat juang pelajar PMKU mampu bersaing di pentas yang lebih luas.

πŸ‘©β€πŸ³ Wakil PMKU
πŸ₯ˆ Nur Aleeya Zulaikha binti Mahathir
πŸ₯ˆ Nik Nur Aqila Huda binti Hasim
Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Puan Nurullia Natasha binti Jamal, pensyarah pengiring serta barisan jurulatih yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan kepakaran dalam membimbing serta mempersiapkan pelajar menghadapi pertandingan ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada pihak Pengurusan PMKU atas kepercayaan, sokongan dan kemudahan yang diberikan. Sokongan berterusan inilah yang membuka ruang kepada pelajar untuk mengasah bakat, mencabar kemampuan diri dan membawa nama PMKU ke tahap yang lebih tinggi.

POLITEKNIK METrO KUANTAN
Melakar Kecemerlangan, Membina Juara 🌟

Kelas Komersial pelajar DHF Semester 4 minggu ini dibawah bimbingan Sir Syafiq dan Madam Syaida.
13/08/2026

Kelas Komersial pelajar DHF Semester 4 minggu ini dibawah bimbingan Sir Syafiq dan Madam Syaida.



Latihan amali 'Tourist Guiding Technique' pelajar DUP Semester 3 untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan dan teknik yang te...
12/08/2026

Latihan amali 'Tourist Guiding Technique' pelajar DUP Semester 3 untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan dan teknik yang telah dipelajari secara teori sebelum ini. Setiap pelajar diberikan tugasan untuk menjadi Pemandu Pelancong di kawasan Art Street, Menara 188 dan kawasan sekitar. Kelas ini adalah dibawah bimbingan Miss Surayahanim.



Kelas Barista pelajar DHF Semester 3 di METrO Cafe dibawah bimbingan Madam Norazura.Berminat nak belajar macam mereka? J...
12/08/2026

Kelas Barista pelajar DHF Semester 3 di METrO Cafe dibawah bimbingan Madam Norazura.

Berminat nak belajar macam mereka? Jom masuk PMKu!



Address

NO. A-5, Jalan TUN ISMAIL 2, SRI DAGANGAN II, KUANTAN
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095659000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik METrO Kuantan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share