AADK Pahang

AADK Pahang LEBIH BAIK CEGAH


15/08/2026
AADK Negeri Pahang Terima Kunjungan Hormat YaPEIMKUANTAN, 13 Ogos 2026 – AADK Negeri Pahang telah menerima kunjungan hor...
14/08/2026

AADK Negeri Pahang Terima Kunjungan Hormat YaPEIM

KUANTAN, 13 Ogos 2026 – AADK Negeri Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diketuai oleh Yang Mulia Tengku Idzmul Azim bin Tengku Alang bersama empat orang pegawai.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama serta membuka ruang perbincangan antara AADK Negeri Pahang dan YaPEIM dalam usaha memperkukuh inisiatif pembangunan masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan kesejahteraan komuniti dan pencegahan penyalahgunaan dadah.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi membentuk komuniti yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman dadah.

AADK Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas kesudian pihak YaPEIM mengadakan kunjungan hormat ini dan berharap hubungan yang terjalin dapat terus diperkukuh melalui kerjasama serta program bersama pada masa akan datang.




14/08/2026

Kuala Lumpur: Baru dilahirkan lima hari lalu, namun seorang bayi perempuan mengejutkan petugas hospital apabila didapati positif dua dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines.

14/08/2026
Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering ki...
14/08/2026

Kalau telefon bagi notifikasi penting, kita biasanya terus buka. Tapi dalam kehidupan, amaran yang lebih besar sering kita abaikan.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang. Ambil serius setiap amaran dan buat pilihan yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat ...
14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

14/08/2026
Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan ...
12/08/2026

Tekanan hidup adalah perkara yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Namun, mencari jalan keluar melalui penyalahgunaan dadah bukanlah jalan penyelesaian.

Dadah mungkin memberi kesan sementara, tetapi kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan kesihatan, hubungan keluarga dan masa depan seseorang.

Buat pilihan yang bijak.
Sayangi diri dan masa depan anda.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Aras5, Kompleks KDN Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share