PPU Negeri Pahang

PPU Negeri Pahang Laman Rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang

11/06/2026

Saya akan bersiaran secara langsung dalam rancangan "60 MINIT BERSAMA" yang disiarkan menerusi TV AlHijrah pada jam 5.00 petang ini dengan tajuk "PAHANG 1ST BERLANDASKAN MAQASID SYARIAH".

Ayuh bersama-sama mengikuti siaran ini bagi memahami aspirasi, hala tuju serta usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam membangunkan negeri yang makmur, sejahtera dan berdaya saing berteraskan prinsip-prinsip Maqasid Syariah.

Pahang1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan.




08/06/2026

PAS lebih gemar menyerang UMNO berbanding DAP. Kerana memfitnah UMNO tidak memerlukan mereka menyediakan modal besar dan mereka lebih gemar membayar saman fitnah kepada DAP.

Demi Negeriku Pahang Darul Makmur
07/06/2026

Demi Negeriku Pahang Darul Makmur

Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga...
26/05/2026

Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha ini menghidupkan kembali erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan, serta memperkukuh perpaduan dan silaturahim dalam masyarakat.

Salam Aidiladha 1447H 🤲🏽

Selamat Hari Guru buat semua Cikgu dan Pendidik.Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua Cikgu dan Pendidik.

Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Guru Bitara Nadi Negara

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan...
14/05/2026

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang didakwa menyentuh serta mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap sahabat Nabi SAW.

Tindakan ini diambil kerana isu tersebut melibatkan adab terhadap agama yang tidak boleh dipandang ringan.

Sepanjang tradisi keilmuan Islam, para ulama dan tok guru yang benar-benar beradab tidak pernah menjadikan kisah para sahabat sebagai bahan sensasi, apatah lagi untuk diputar secara tidak benar di hadapan khalayak.

Sebaliknya, mereka mendidik umat agar menjaga lidah, menghormati dan mendoakan generasi sahabat yang telah berkorban demi menyampaikan Islam kepada kita hari ini.

Namun hari ini, amat mendukacitakan apabila masih ada pemimpin politik yang begitu mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan martabat para sahabat, seolah-olah batas ilmu dan adab sudah tidak lagi menjadi pertimbangan.

Justeru, sebarang bentuk kenyataan yang berunsur menghina, memutar fakta atau menimbulkan persepsi negatif terhadap sahabat Nabi adalah satu perbuatan yang bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, malah tergolong dalam dosa besar.

Apa yang lebih membimbangkan, sikap ghairah berpolitik sehingga sanggup memperalatkan agama tanpa disiplin ilmu hanya akan mengelirukan masyarakat dan merosakkan kefahaman generasi muda terhadap Islam.

Pemuda UMNO Pahang menegaskan bahawa politik tidak boleh menjadi alasan untuk mencampakkan adab ke tepi. Jangan jadikan agama dan para sahabat Nabi bahan retorik untuk dijadikan modal ceramah murahan.

Politik boleh datang dan pergi, tetapi dosa fitnah terhadap agama kalau tidak dijaga boleh dibawa sampai mati.

14/05/2026

Orang tengah bercakap soal hala tuju dan kepentingan negeri, dia masih lagi tengah sibuk kira betul ke nasi lemak harga macam tu.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Pemuda UMNO Bahagian yang tampil membuat laporan polis.Ini satu pendirian tega...
12/05/2026

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Pemuda UMNO Bahagian yang tampil membuat laporan polis.

Ini satu pendirian tegas bahawa fitnah dan politik murahan tidak akan dibiarkan berleluasa tanpa tindakan.

Daulat Tuanku!

SIARAN MEDIAISU PENGURUSAN PASIR SUNGAI PAHANG: PERLU DILIHAT SECARA FAKTA, BUKAN SENTIMEN• Isu pengeluaran pasir di Sun...
11/05/2026

SIARAN MEDIA

ISU PENGURUSAN PASIR SUNGAI PAHANG: PERLU DILIHAT SECARA FAKTA, BUKAN SENTIMEN

• Isu pengeluaran pasir di Sungai Pahang wajar difahami secara ilmiah dan teknikal, bukan dijadikan bahan politik yang mengelirukan rakyat.

• Kerja pengeluaran pasir merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan sungai bagi mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan tebing dan mengatasi masalah sungai menjadi semakin cetek akibat timbunan pasir.

• Sungai Pahang kini mengalami keadaan cetek di beberapa kawasan akibat mendapan pasir semula jadi yang berlaku sejak sekian lama.

• Keadaan sungai yang semakin cetek ini menyebabkan aliran air menjadi perlahan dan meningkatkan risiko banjir, termasuk di kawasan Pekan yang turut berdepan situasi air lambat surut kerana muara sungai semakin cetek.

• Keadaan muara yang semakin cetek menyukarkan aliran air keluar ke laut, sekali gus memanjangkan tempoh surut banjir dan memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.

• Dalam masa yang sama, ramai rakyat Pahang bergantung kepada Sungai Pahang sebagai sumber ekonomi sama ada dalam sektor perikanan, pengangkutan air, mahupun aktiviti kecil-kecilan di tebing sungai yang menjadi nadi rezeki setempat.

• Nelayan di kawasan muara turut terkesan apabila mereka sering terpaksa menunggu air pasang untuk keluar dan masuk ke laut kerana keadaan muara yang terlalu cetek, sekali gus menjejaskan kelancaran aktiviti menangkap ikan.

• Pengurusan dan pengeluaran pasir secara terkawal adalah antara langkah untuk memulihkan kedalaman sungai dan melancarkan semula aliran air demi kesejahteraan rakyat.

• Dakwaan bahawa isu ini berpunca semata-mata daripada pembalakan adalah tidak tepat kerana mendapan pasir juga berlaku secara semula jadi hasil proses geografi jangka panjang.

• Pasir yang dikeluarkan boleh dimanfaatkan secara sah untuk menjana hasil negeri, selaras dengan prinsip pengurusan sumber yang lebih lestari.

• Kerajaan Negeri komited terhadap pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan yang seimbang dengan keperluan rakyat.

• Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, terus menunjukkan komitmen dalam agenda pemuliharaan alam sekitar negeri.

• Penubuhan Tengku Hassanal Wildlife Reserve serta usaha kempen kesedaran alam sekitar termasuk gerakan “Go Green” telah menyumbang kepada peningkatan kestabilan kualiti kawasan hutan negeri dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

• Ini membuktikan bahawa negeri Pahang mengamalkan pendekatan seimbang antara pembangunan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat secara berterusan.

• Semua pihak diseru agar tidak mempolitikkan isu teknikal seperti pengurusan sungai, sebaliknya memberi ruang kepada pendekatan berasaskan fakta dan ilmu.

• Rakyat memerlukan penyelesaian kepada isu banjir, sungai yang semakin cetek dan gangguan ekonomi sungai, bukan polemik yang menambah kekeliruan.

• Sehubungan itu, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimohon untuk memantau mana-mana akaun media sosial yang sengaja menyebarkan kebencian, memutarbelit fakta serta memainkan isu sensitif termasuk elemen 3R berkaitan isu ini.

• Tindakan tegas dan sekeras-kerasnya wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menimbulkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat melalui penyebaran maklumat tidak sahih.

• Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan sehingga menjadi alat mencetuskan kebencian dan ketegangan dalam masyarakat.

Kamil Haji Ibrahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang

Address

Kuantan

Telephone

+601165514389

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPU Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPU Negeri Pahang:

Shortcuts

Share