15/03/2019
Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Daerah Kuantan.
11-14 Mac 2019
PKG Pantai
Berakhir sudah Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Daerah Kuantan selepas 4 hari berseminar dan berbengkel.
Kursus yang dianjurkan oleh PKG Daerah Kuantan ini disambut dengan positif oleh barisan Guru Perpustakaan & Media baharu meskipun perlu hadir dengan pembiayaan sendiri.
Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta yang merupakan Guru Perpustakaan Media, 8 orang Jurulatih Utama serta semua Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kuantan.
Kursus Asas yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan pengurusan PSS yang cemerlang, pelaksanaan NILAM yang lebih dinamik serta peranan PSS dalam memupuk budaya membaca sekaligus merealisasikan Dekad Membaca Kebangsaan.
Jutaan terima kasih kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang; Tuan Haji Mohamed Kamal Hashim yang sudi hadir menyampaikan ucaptama dan merasmikan majlis penutupan kursus.
Sekalung penghargaan buat Jurulatih Utama dan Pegawai teknologi Pendidikan yang gigih merancang, menyedia dan menyampaikan maklumat secara berkesan.
InsyaAllah kita akan jalankan Kursus Asas Pengurusan PSS 2.0 kepada yang tidak dapat sertai kali ini. 😍