RELA Negeri Pahang

RELA Negeri Pahang Laman Facebook Rasmi
Unit Media RELA Negeri Pahang

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ง ๐š๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐‘๐„๐‹๐€ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐     ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang
04/09/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ง ๐š๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐‘๐„๐‹๐€ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 






ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang

02/09/2026

๐ŸŽ‚ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ŸŽ‰

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datuk KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 2 September 2026.

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan perlindungan Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan menerajui RELA dengan penuh amanah, dedikasi serta berintegriti demi memperkukuh peranan RELA sebagai pasukan sukarelawan yang sentiasa setia berbakti kepada masyarakat dan negara. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)







๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 (Isnin) โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia...
01/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 (Isnin) โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bertempat di Padang Kemunting, Kuantan, bersama kontinjen-kontinjen jabatan dan agensi lain dalam menyemarakkan sambutan penuh bersejarah ini.

Penyertaan kontinjen RELA Negeri Pahang bukan sekadar memenuhi acara, tetapi menjadi lambang semangat patriotisme, disiplin, kesatuan dan kesetiaan warga RELA dalam menzahirkan kecintaan kepada tanah air.

Setiap langkah, setiap barisan dan setiap detik yang dilalui menjadi bukti bahawa warga RELA sentiasa bersedia memberikan yang terbaik demi nama jabatan dan negara.

Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota serta pegawai RELA Negeri Pahang yang telah memberikan komitmen dan semangat sepanjang penyertaan. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik!

RELA Setia Berbakti, Demi Negara Tercinta! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ







ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026 โ€” Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 menjadi kesempatan untuk kita me...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026 โ€” Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 menjadi kesempatan untuk kita mengenang kembali perjuangan dan pengorbanan terdahulu dalam membina sebuah negara yang merdeka, aman dan berdaulat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara dengan menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang telah dikecapi. Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa setiap rakyat demi membina Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada:
Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang.







ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang

RELA Pahang Giat Jalani Raptai Kawad Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69KUANTAN, 29 Ogos โ€“ Kontinjen Jabatan Sukarela...
29/08/2026

RELA Pahang Giat Jalani Raptai Kawad Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69

KUANTAN, 29 Ogos โ€“ Kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang giat menjalani sesi raptai latihan kawad sempena Perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Padang Kemunting, di sini, pagi tadi.

Raptai kawad kemudiannya dilaksanakan secara intensif bagi memastikan ketepatan langkah, keseragaman serta tahap kesiapsiagaan kontinjen berada pada tahap optimum menjelang acara perbarisan sebenar.
Sesi latihan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ditangguhkan dan semua anggota bersurai. RELA Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN)

28/08/2026
๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ12 Rabiulawal 1448H | 2026 Masihi โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang mengucapkan ...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ

12 Rabiulawal 1448H | 2026 Masihi โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak mulia dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ, memperbanyakkan selawat serta mencontohi sifat amanah, sabar, kasih sayang dan kepimpinan Baginda.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Semoga kita semua terus istiqamah mengamalkan ajaran dan sunnah Rasulullah ๏ทบ serta dikurniakan keberkatan, rahmat dan kesejahteraan dalam kehidupan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ






MalaysiaMADANI

ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐21 Ogos 2026 (Jumaat) โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang te...
21/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

21 Ogos 2026 (Jumaat) โ€” Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Sempena Bulan Kebangsaan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat RELA Negeri Pahang.

Bacaan Surah Yasin telah diketuai oleh Pegawai Logistik RELA Negeri Pahang dan disertai oleh seluruh pegawai serta kakitangan RELA Negeri Pahang bersama warga RELA Daerah Kuantan. Majlis turut disusuli dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran dalam setiap urusan.

Penganjuran majlis ini turut menjadi salah satu usaha menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan, di samping memperkukuh ukhuwah dan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja RELA Negeri Pahang.

Semoga segala doa yang dipanjatkan mendapat keberkatan serta seluruh warga RELA Negeri Pahang terus diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada negara.





ยฉ๏ธ 2026 Unit Media | RELA Negeri Pahang

Address

Pejabat RELA Negeri
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

09 - 5721449

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Negeri Pahang:

Shortcuts

Share