Perbadanan Produktiviti Malaysia - Wilayah Pantai Timur

Perbadanan Produktiviti Malaysia - Wilayah Pantai Timur Perbadanan Produktivti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur terdiri dari 3 pejabat operasi. Tingkat 14, Menara Zenith, Jalan Putra Square 6, 25200 Kuantan. Pahang

Perbincangan Susulan Berhubung Cadangan Integrasi antara Sistem Kuantan Port dan Container Logistics Ecosystem (CLE)| Ku...
03/09/2026

Perbincangan Susulan Berhubung Cadangan Integrasi antara Sistem Kuantan Port dan Container Logistics Ecosystem (CLE)
| Kuantan |
| 3 September 2026 |

Perbincangan susulan berhubung cadangan integrasi antara Sistem Kuantan Port dan Container Logistics Ecosystem (CLE) telah diadakan pada hari ini di Kuantan Port Konsortium. Kuantan Port Konsortium diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan menggunapakai sistem ini bagi penambahbaikan operasi dan perkhidmatan di Pelabuhan Kuantan. Antara perkara yang dibincangkan adalah merangkumi:

Demonstrasi Portal CLE
Demonstrasi fungsi dan aliran proses Portal CLE, termasuk perkara-perkara berkaitan seperti yang diminta oleh pihak KPC.

Skop dan Keperluan Integrasi Sistem
Perbincangan mengenai skop, keperluan serta pendekatan yang bersesuaian bagi integrasi antara Sistem Kuantan Port dan CLE.

Cadangan Lain
Perbincangan berhubung sebarang cadangan, keperluan teknikal atau perkara lain yang berkaitan bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan integrasi.

Sesi libat urus seterusnya akan diadakan bersama Kuantan Port Consortium untuk pembangunan sistem CLE ini. Kerjasama ini diharap dapat menjadi platform yang konstruktif bagi menyelaras keperluan setiap pihak serta penyampaian yang cekap melalui sistem integrasi tersebut. Penglibatan Lembaga Pelabuhan Kuantan dan Kuantan Port Consortium terhadap sistem ini percaya dapat meningkatkan produktiviti logistik di Pelabuhan Kuantan dan pihak industri khasnya.



🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATISemangat kemerdekaan terus disemarakkan denga...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Semangat kemerdekaan terus disemarakkan dengan membina Malaysia yang bersatu, progresif dan sejahtera.

Marilah kita menghargai nikmat kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.

Ayuh, kita terus melangkah bersama demi Malaysia yang lebih gemilang!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Mesyuarat Pelarasan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Negeri Terengganu bersama Ketua Pegawai Reformasi (CRO) tel...
28/08/2026

Mesyuarat Pelarasan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Negeri Terengganu bersama Ketua Pegawai Reformasi (CRO) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Jusman bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) RKB Negeri Terengganu

Turut hadir Urus Setia Negeri RKB, Tn. SUB PSM dan pasukan, serta wakil-wakil PBT, PTG dan agensi negeri.

MPC Terengganu dijemput membentangkn perkembangan dan status semasa pelaksanaan RKB di peringkat negeri, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda reformasi penyampaian perkhidmatan secara lebih cekap, responsif dan berimpak.

Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan urusetia RKB negeri dalam memperkasa reformasi, membudayakan inovasi dan produktiviti serta memastikan penambahbaikan berterusan terus menjadi amalan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

RKB - Mempercepat Pelaksanaan Memperhebat Reformasi



26/08/2026

PAHANG 1ST TVET TALENT DEVELOPMENT PROGRAM 2026
Peluang upskilling & pensijilan khas untuk syarikat dan pekerja di Negeri Pahang!

Inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi memperkasa tenaga kerja melalui kemahiran berpensijilan

4 PROGRAM PILIHAN
🦺 OSH Coordinator
🤖 Certified AI Practitioner
🌐 Certified Associate in Communication Cabling
☀️ GCPV for Wireman & Chargeman

📌 Tempat adalah terhad!

🔗 Daftar sekarang:
https://tinyurl.com/TVETPahang1stPS2026

Your SKILLS, Your FUTURE

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”Marilah kita menyemai kecintaan kepada Rasulullah SA...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Marilah kita menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sirah, meneladani akhlak dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga penghayatan nilai-nilai MADANI menjadi pemangkin kepada pembentukan ummah yang berakhlak, bersatu padu dan diberkati Allah SWT.

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGERUSI BERSAMA PEMUDAH PAHANG20 OGOS 2026Sesi libat urus bersama Pengerusi Bersama PEMUDAH Pa...
24/08/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGERUSI BERSAMA PEMUDAH PAHANG
20 OGOS 2026

Sesi libat urus bersama Pengerusi Bersama PEMUDAH Pahang, Tuan Syed Ahmad Syed Idrus Alhabshi, Pengerusi Gebeng Industrial Support Group (GISG) & Naib Presiden Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd telah diadakan bagi mendapatkan pandangan, panduan dan persetujuan berhubung hala tuju, struktur tadbir urus serta kaedah pelaksanaan PEMUDAH Pahang. Sesi ini turut disertai oleh Mr. Tomoyuki Kashimura, sebagai Presiden Kaneka yang baharu.

Perbincangan memberi tumpuan kepada peranan dan tanggungjawab Pengerusi Bersama dalam memacu agenda PEMUDAH Pahang, di samping memperkukuh penglibatan pihak industri dan agensi berkepentingan. Turut dibincangkan ialah Cadangan Struktur Tadbir Urus PEMUDAH Pahang bagi memastikan struktur organisasi, fungsi jawatankuasa dan mekanisme penyelarasan dapat dilaksanakan secara jelas, teratur dan berkesan.

Sesi ini juga menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan, pihak industri dan agensi berkepentingan dalam menangani kerenah birokrasi serta mempercepatkan penyelesaian isu yang memberi impak kepada komuniti perniagaan. Usaha tersebut diharapkan dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, memperkukuh ekosistem perniagaan serta memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Negeri Pahang selaras dengan aspirasi PEMUDAH.



Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BR...
20/08/2026

Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) | 19 Ogos 2026 (Rabu)

Sesi bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah diadakan bersama Bahagian Pelesenan dan Kawalan Perniagaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada 19 Ogos 2026. Sesi ini bertujuan meneliti pelaksanaan projek RKB bertajuk “Mempercepat Proses Pengeluaran Permit Sementara Lesen Premis dan Iklan Tidak Berisiko di Pasar Raya dan Pusat Beli-Belah”, termasuk tindakan penambahbaikan yang telah dikenal pasti bagi mempercepat proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Projek ini memberi fokus kepada penambahbaikan proses pengeluaran permit sementara bagi lesen premis dan iklan tidak berisiko khusus untuk premis di dalam pasar raya dan pusat beli-belah. Penambahbaikan ini penting bagi memastikan proses permohonan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, mudah dan pantas, sekali gus mengurangkan tempoh menunggu serta memudahkan urusan peniaga dan pemohon.

Antara tindakan penambahbaikan yang telah dikenal pasti ialah pelaksanaan kaedah fast-track, iaitu permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat boleh diproses serta diluluskan terus di peringkat kaunter semasa permohonan dikemukakan. Pendekatan ini dapat mengurangkan proses dalaman yang tidak perlu serta mempercepat pengeluaran permit kepada pemohon.

Setelah tindakan penambahbaikan dilaksanakan, proses pengeluaran permit sementara disasarkan untuk diselesaikan serta-merta pada hari yang sama apabila pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap. Sesi bimbingan turut memberi perhatian kepada penyelarasan kaedah pelaksanaan dan dokumentasi projek bagi memastikan hasil penambahbaikan dapat diukur dan dilaporkan secara sistematik.

Secara keseluruhannya, projek ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan MPKB-BRI serta memberi kemudahan kepada peniaga dalam mendapatkan permit sementara dengan lebih cepat. Pengurangan tempoh pemprosesan ini juga berpotensi mengurangkan kos pematuhan, meningkatkan produktiviti perniagaan serta menyokong persekitaran perniagaan yang lebih kondusif dan mesra pelanggan di Kota Bharu.



Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bersama Majlis Daerah Jeli | 18 Ogos 2026 (Selasa) | Pejabat MPC...
18/08/2026

Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bersama Majlis Daerah Jeli | 18 Ogos 2026 (Selasa) | Pejabat MPC Kelantan

MPC Kelantan telah menjalankan sesi bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Bahagian Pelesenan dan Kesihatan, Majlis Daerah Jeli pada 18 Ogos 2026 bertempat di Pejabat MPC Kelantan. Sesi ini bertujuan meneliti pelaksanaan projek RKB bertajuk "Mempercepat Proses Kelulusan Lesen Perniagaan Tidak Berisiko dari 30 Hari kepada Serta-Merta”, termasuk tindakan penambahbaikan dan impak yang telah dicapai.

Projek ini memberi fokus kepada penambahbaikan proses kelulusan lesen perniagaan tidak berisiko bagi memudahkan urusan peniaga serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Jeli. Sebelum penambahbaikan dilaksanakan, tempoh kelulusan permohonan lesen mengambil masa sehingga 30 hari, sekali gus memberi ruang untuk proses dipermudah dan dipercepatkan.

Hasil pelaksanaan projek, Majlis Daerah Jeli telah memperkenalkan kaedah fast-track, iaitu permohonan lesen yang lengkap dan memenuhi syarat boleh terus diluluskan di peringkat kaunter semasa permohonan dikemukakan. Penambahbaikan ini membolehkan tempoh kelulusan dipendekkan daripada 30 hari kepada serta-merta, sekali gus mengurangkan masa menunggu dan memudahkan urusan peniaga.

Sesi bimbingan turut memberi tumpuan kepada penyediaan pelaporan projek bagi memastikan proses penambahbaikan, pencapaian serta impak projek dapat didokumentasikan dengan jelas dan teratur. Pada masa ini, pihak Majlis Daerah Jeli sedang membangunkan laporan siap projek sebagai sebahagian daripada proses melengkapkan pelaksanaan projek RKB tersebut.

Secara keseluruhannya, projek ini menunjukkan bagaimana penambahbaikan proses dan pengurangan kerenah birokrasi dapat memberi impak langsung kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan kelulusan serta-merta bukan sahaja memudahkan urusan peniaga, malah dapat mengurangkan kos pematuhan, menyokong produktiviti perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada persekitaran perniagaan yang lebih kondusif di Negeri Kelantan.


PENCARIAN VENDOR TEMPATAN BAGI QE 5.0 SHOWCASE!Anda mempunyai produk untuk dipromosikan? Inilah peluang untuk memperkena...
18/08/2026

PENCARIAN VENDOR TEMPATAN BAGI QE 5.0 SHOWCASE!
Anda mempunyai produk untuk dipromosikan? Inilah peluang untuk memperkenalkan produk, meluaskan jaringan perniagaan dan menjana pendapatan dengan membuka booth di QE 5.0 Showcase!
💰 Kadar sewaan hanya RM100 bagi setiap reruai.
📅 Tarikh: 29 September 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
📍 Lokasi: Perkarangan Hadapan Dewan MPC, Aras 1, Menara MATRADE
Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang ini—daftar sekarang!
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📲 Puan Nurul Syamimi: 019-663 5516
📲 Cik Nurul Atikah: 016-935 0340
See less

Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Pejabat Tanah Besut I 17 Ogos 2026 I MS TeamsSesi Bimbin...
18/08/2026

Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Pejabat Tanah Besut I 17 Ogos 2026 I MS Teams

Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Pejabat Tanah Besut bagi projek Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan Doket Permit Pengalihan Bahan Batuan telah dilaksanakan bagi memperkukuh hala tuju dan pelaksanaan projek. Projek ini menangani isu pengurusan doket yang masih melibatkan rekod manual, maklumat tidak lengkap serta kesukaran pengesahan di lapangan, yang memberi kesan kepada kecekapan pemantauan, penguatkuasaan, kos operasi dan pengurusan kutipan hasil.

Bimbingan memberi fokus kepada Fasa Penambahbaikan, khususnya pemantapan cadangan penyelesaian, strategi pelaksanaan dan jangkaan impak. Penambahbaikan dirangka dengan memberi keutamaan kepada penerima manfaat, khususnya pengusaha bahan batuan, melalui proses yang lebih jelas, teratur dan konsisten, di samping mengurangkan semakan berulang serta gangguan operasi yang tidak perlu. Bagi Pejabat Tanah dan pegawai penguat kuasa, penambahbaikan dijangka meningkatkan kecekapan pemantauan dan keselamatan penguatkuasaan, manakala Kerajaan Negeri berpotensi memperoleh manfaat melalui pengurusan kutipan hasil yang lebih cekap dan berintegriti.

Tindakan susulan adalah memuktamadkan bentuk penambahbaikan, skop pelaksanaan, data asas dan petunjuk prestasi sebelum projek memasuki Fasa Uji Kaji. Pelaksanaan projek rintis akan digunakan untuk mengukur kesan sebenar kepada pengusaha, jabatan dan Kerajaan Negeri serta menjadi asas kepada penambahbaikan lanjut dan penginstitusian pendekatan yang terbukti berkesan.



Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6095131788

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Produktiviti Malaysia - Wilayah Pantai Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Produktiviti Malaysia - Wilayah Pantai Timur:

Shortcuts

Share