08/02/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ง๐จ๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐๐ง๐ญ๐๐ง, ๐ ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ โ KD SRI SABAH telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas JURAGAN KD SRI SABAH antara BK PRL Muslan bin Hashim dan BM PRL Muhammad Ashraf bin Mohd Nor@Hamzah dalam suasana yang tertib, teratur dan penuh profesionalisme.
Majlis ini diadakan sebagai simbol peralihan tanggungjawab secara rasmi serta memastikan kesinambungan perkhidmatan, selaras dengan keperluan organisasi bagi menjamin kelancaran operasi dan tahap kesiapsiagaan kapal sentiasa berada pada tahap optimum.
Dalam majlis tersebut, Pegawai Memerintah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti serta komitmen yang telah dicurahkan oleh mantan Juragan. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga sentiasa berpegang kepada etika dan tatakelakuan perkhidmatan, khususnya dalam pengurusan serta penggunaan media sosial bagi menjaga keselamatan, disiplin dan imej organisasi.
Majlis ini mencerminkan amalan tadbir urus yang baik serta komitmen berterusan warga KD SRI SABAH dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi perkhidmatan dan negara.