Polis Gambang

Polis Gambang BALAI POLIS GAMBANG MERUPAKAN 1 DARIPADA 8 BUAH BALAI DIWUJUDKAN DIBAWAH PENTADBIRAN IPD KUANTAN

22/05/2026
22/05/2026

MO: PINJAMAN TIDAK WUJUD‼️‼️‼️

Pinjaman mudah di hujung jari, wang lesap kemudian hari‼️‼️‼️

Tanda-tanda Pinjaman Tidak Wujud

✅ Kelulusan pinjaman terlalu mudah dan cepat.
✅ Meminta bayaran sebelum wang pinjaman dikeluarkan.
✅ Berurusan hanya melalui WhatsApp atau Telegram.
✅ Mendesak mangsa membuat pembayaran segera.
✅ Menggunakan akaun peribadi untuk menerima wang.

Nasihat Pencegahan

✅Pinjaman sah tidak pernah meminta bayaran pendahuluan.
✅Semak lesen syarikat kewangan dengan Bank Negara Malaysia.
✅Jangan kongsi maklumat perbankan atau TAC kepada sesiapa.
✅Semak maklumat syarikat melalui sumber rasmi.
✅Jika telah membuat pembayaran, segera hubungi NSRC 997 untuk tindakan pantas.


21/05/2026



JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU DI SEKOLAH!

Apa yang dianggap sekadar gurauan oleh kita, boleh menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi orang lain. Perbuatan seperti menarik kerusi, mengejek, merampas makanan atau mengganggu barang rakan bukan satu hiburan, malah boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, tekanan emosi dan menjejaskan keyakinan diri mangsa. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk belajar dan memupuk rasa hormat sesama rakan.

Jadilah pelajar berakhlak mulia dan berfikir sebelum bertindak. Ingat, setiap kata dan perbuatan memberi kesan kepada orang lain. 🤝💙

“Bergurau berpada-pada, hormat sesama kita.”





#21052026

Address

Balai Polis Gambang, KM 29 Jalan Kuantan/Maran, Gambang
Kuantan
26300

Telephone

+6095483222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Gambang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share