PKK Negeri Pahang

PKK Negeri Pahang PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR NEGERI PAHANG

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐”๐’๐Š๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Imbasan kenangan / throw back corat coret Program PLTKK dan Santuni Madani pada 17 Og...
23/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐”๐’๐Š๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Imbasan kenangan / throw back corat coret Program PLTKK dan Santuni Madani pada 17 Ogos 2026( Isnin).

Alhamdulillah Penganjuran PLTKK kali ini bertempat di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bukit Damar Lanchang dan dirasmikan sendiri oleh YBhg. Datoโ€™ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ia adalah kali ketiga sejak 2024 serta cukup istimewa dan signifikan buat YBhg. Datoโ€™ Sri KSU KUSKOP kerana Lanchang Pahang merupakan kampung halaman dan negeri kelahiran beliau. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan potensi kampung, memperkasa keupayaan masyarakat serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui konsep โ€œSatu Pemimpin, Satu Kampungโ€.

Aturcara dimulakan dengan Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti (PLTKK) anjuran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Pahang yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan astaka dan pagar sekolah bagi memberi keselesaan pelajar menjalankan aktiviti di padang.

Bagai sireh p**ang ke gagang, YBhg. Datoโ€™ Sri KSU p**ang ke tanah kelahiran bersama team KUSKOP dan agensi, membawa manfaat untuk dikongsi bersama โค๏ธ

Antara inisiatif dan sumbangan lain yang turut disampaikan:

๐ŸŽ’ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐œ๐ค ๐ญ๐จ ๐’๐œ๐ก๐จ๐จ๐ฅ & ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ
Yayasan Bank Rakyat menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 228 orang pelajar sekolah dan prasekolah, selain bantuan asnaf kepada 22 penerima dengan jumlah keseluruhan RM3,300.

โ›บ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ก๐ž๐ฆ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฃ๐š
Sebanyak 18 peniaga menerima sumbangan khemah penjaja daripada Majlis Perbandaran Temerloh menerusi tajaan Bank Rakyat.

๐Ÿฑ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ค๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง
TEKUN Nasional menyampaikan bakul makanan kepada 60 keluarga terpilih.

๐Ÿ›๏ธ ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐‡๐จ๐ฎ๐ซ ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข
Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut menyediakan tawaran istimewa dengan potongan harga sehingga 30%.

Turut hadir, YH Datoโ€™ Ridzuan Hazimin Ramli, Penyelaras DUN Lanchang; YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, TKSU (P) KUSKOP; YBrs. Encik Mohamad Shiblie bin Abg Sapuan, Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional; YBrs. Encik Mohammad Ferdaus Muhammad Sharoni, Pengurus Yayasan Bank Rakyat; serta pegawai-pegawai kanan KUSKOP dan wakil-wakil agensi.

Teruja dengan semangat dan jati diri YBhg Dato Sri yang tidak melupakan asal usul kelahiran bahkan sempat mendoakan agar akan lahir KSU di masa akan datang dari bumi Lanchang dan yang paling manisnya boleh berjumpa dengan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu bahkan terjumpa p**a rakan pendebat semasa sekolah menengah...

Allahu, orang yg terpilih untuk berbakti selalunya sentiasa dlm doa guru dan rakan-rakan.Tq Sir YBhg Dato Sri Khairul Dzaimee bin Daud KSU KUSKOP.






Notis Iklan sebutharga..
19/08/2026

Notis Iklan sebutharga..

Dikongsikan iklan sebutharga untuk makluman semua...
09/08/2026

Dikongsikan iklan sebutharga untuk makluman semua...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa PKK Negeri Pahang akan mengadakan Program Latihan Tapak ...
05/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa PKK Negeri Pahang akan mengadakan Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti : Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Astaka dan Pagar Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Damar, Lanchang, Temerloh, Pahang pada 17 Ogos 2026 (Isnin) seperti rujuk poster di bawah.
PENDAFTARAN PERCUMA
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung kursus ini, boleh hubungi pegawai kami, Puan Puteri Nora binti Megat Nadzir @ Mohamed di talian rasmi pejabat PKK Pahang 09-5164081 / 09-5164087.
Sekian, terima kasih

TAWARAN KENYATAAN SEBUTHARGA SKM PHG 02/2026 PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN HARTANAH DAN KUARTERS SURUHANJAYA KOP...
05/08/2026

TAWARAN KENYATAAN SEBUTHARGA SKM PHG 02/2026 PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN HARTANAH DAN KUARTERS SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI PAHANG TAHUN 2026/2029

05/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON PEJABAT PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR NEGERI PAHANG

Dimaklumkan bahawa talian telefon Pejabat PKK Pahang sedang mengalami gangguan teknikal.

Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai.

Terima kasih.

Dikongsikan Sebutharga PAIP.
03/08/2026

Dikongsikan Sebutharga PAIP.

Untuk makluman, sistem eTender sedang dalam penyelenggaraan dan tidak dapat diakses buat masa ini. Sehubungan itu, kontr...
29/07/2026

Untuk makluman, sistem eTender sedang dalam penyelenggaraan dan tidak dapat diakses buat masa ini. Sehubungan itu, kontraktor/pembekal yang berminat menyertai pra-kelayakan ini hendaklah mendaftar dan berurusan di kaunter jualan Tender/Sebutharga, Tingkat 1, Pengurusan Air Pahang Berhad. Bayaran untuk Dokumen pra-kelayakan tersebut perlu dibuat secara Bank Draf di atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 095712362 / 2369.

Alhamdulillah PKK Pahang telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian semasa berlansungnya Seminar Pendaftaran Kontrakt...
27/07/2026

Alhamdulillah PKK Pahang telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian semasa berlansungnya Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia MADANI oleh CIDB Negeri Pahang Tahun 2026.
Perkongsian telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Cawangan Negeri (PCN) PKK Pahang iaitu YBrs En Saiful Bakhtiar bin Hj Ibrahim kepada 52 kontraktor yang terdiri daripada pelbagai gred.Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi forum bagi memberi kefahaman yang lebih jelas akan sesuatu proses permohonan dilakukan.


Address

TINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095164081

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKK Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKK Negeri Pahang:

Shortcuts

Share