PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang

PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan JUPEM Pahang.

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri dan keluarga

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-43 31 Mac 2026 – Seramai 10 orang wakil dari PU...
07/04/2026

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-43

31 Mac 2026 – Seramai 10 orang wakil dari PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang telah berbesar hati hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang Kali Ke-43 yang berlangsung di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang.

Majlis berprestij yang menghimpunkan hampir 500 ahli dari pelbagai agensi dan daerah seluruh negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa (Biro) lantikan baharu yang akan terus memacu PUSPANITA ke arah kecemerlangan selaras dengan objektif dan hala tuju yang baharu. Jutaan terima kasih juga dirakamkan buat barisan jawatankuasa terdahulu atas segala jasa bakti dan komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Satu kebanggaan buat JUPEM Pahang! Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan khusus buat ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang, iaitu Puan Aimi binti Makhtar, atas pemilihan dan pelantikan beliau sebagai salah seorang Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang. Semoga terus cemerlang dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan! πŸ’

Majlis diakhiri dengan penuh kemeriahan melalui Jamuan Aidilfitri yang menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

20/03/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒 πŸŒ™βœ¨

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim sesama kita.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.

Ikhlas daripada,
π‘Ύπ’‚π’“π’ˆπ’‚ 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘Όπ’Œπ’–π’“ 𝒅𝒂𝒏 π‘·π’†π’Žπ’†π’•π’‚π’‚π’ π‘·π’‚π’‰π’‚π’π’ˆ

20/03/2026
SEKITAR MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN, TAHLIL & SAMBUTAN HARI WANITA PUSPANITA CAWANGAN JUPEM PAHANG 2026PUSPANITA Caw...
19/03/2026

SEKITAR MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN, TAHLIL & SAMBUTAN HARI WANITA PUSPANITA CAWANGAN JUPEM PAHANG 2026

PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang telah melabuhkan tirai bagi program tadarus Al-Quran bersempena bulan Ramadan tahun ini dengan penganjuran Majlis Penutup Tadarus dan Tahlil yang disekalikan dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026.

Majlis telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan penglibatan khusus para peserta bagi melengkapkan sesi Khatam Al-Quran. Seterusnya, pada jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan penyertaan seluruh ahli PUSPANITA bagi sesi bacaan tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh Cik Siti Nur Hidayah.
Bersempena dengan Sambutan Hari Wanita, majlis ini turut diserikan dengan sesi ucapan oleh Timbalan Pengarah Ukur II merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang, Sr. Faizah binti Mahmud. Beliau telah memberi sedikit perkongsian yang bertajuk, "Ramadan Berkat & Wanita Hebat".

Sebagai tanda penghargaan, majlis telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta tadarus yang telah komited sepanjang bulan Ramadan, serta agihan bunga telur dan bunga rampai kepada semua ahli PUSPANITA yang hadir.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang yang telah menjayakan majlis ini. Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

16/03/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πˆπ‡π˜π€ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ : π‡π€π‘πˆ π‰π”π‘π”π”πŠπ”π‘ π’π„πƒπ”ππˆπ€ @ π†π‹πŽππ€π‹ π’π”π‘π•π„π˜πŽπ‘π’β€™ πƒπ€π˜ πŸπŸŽπŸπŸ” (𝐆𝐒𝐃 πŸπŸŽπŸπŸ”) π‰π”ππ„πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

Sepanjang bulan Ramadan 1447H/2026M, Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang telah merancang pelbagai pengisian program bersempena sambutan Global Surveyors’ Day 2026 bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan warga jabatan.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah tadarus Al-Quran, sesi cerapan astronomi, perkongsian ilmu, serta program khidmat masyarakat melalui agihan bubur lambuk.

Semoga program yang dirancang ini dapat mengeratkan ukhuwah, meningkatkan penghayatan Ramadan serta menyemarakkan sambutan Hari Jurukur Sedunia dalam kalangan warga JUPEM Pahang.

13/03/2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK & JUADAH IFTAR JUPEM PAHANG 2026Program tradisi yang dinanti-nantikan saban tahun kini kemb...
13/03/2026

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK & JUADAH IFTAR JUPEM PAHANG 2026

Program tradisi yang dinanti-nantikan saban tahun kini kembali! Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, telah berlangsungnya Program Memasak Bubur Lambuk pada 11 Mac 2026 bertempat di perkarangan Blok B JUPEM Pahang.

Program yang penuh bermakna ini merupakan anjuran bersama Persatuan Khairat & Kematian JUPEM Pahang, Kelab Sukan & Kebajikan (KSKJUP), serta PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang.
Aktiviti memasak bubur lambuk ini telah dikendalikan secara bergotong-royong oleh warga kerja JUPEM Pahang. Kelainan pada tahun ini ahli-ahli PUSPANITA telah berkolaborasi menyediakan pencuci mulut istimewa, iaitu kuih butir nangka.
Alhamdulillah, kesemua juadah iftar ini telah dibungkus dan diagihkan kepada semua kakitangan JUPEM Pahang, pesara serta barisan pekerja kebersihan dan keselamatan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA dan kakitangan JUPEM Pahang yang memerah keringat, menyumbang tenaga, dan memberikan kerjasama yang sangat padu dalam menjayakan program pada kali ini. Semoga setiap suapan juadah ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua. ❀️

08/03/2026

🌸 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯π—”π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”πŸŒΈ

π‘»π’†π’“π’ƒπ’‚π’π’ˆ π’•π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’Š π’”π’Š π’ƒπ’–π’“π’–π’π’ˆ π’Žπ’†π’“π’‘π’‚π’•π’Š,
π‘―π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’‚π’‘ 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒕𝒂𝒓 π’…π’Š 𝒅𝒂𝒉𝒂𝒏 π’‹π’‚π’•π’Š;
π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ύπ’‚π’π’Šπ’•π’‚ π’Œπ’‚π’Žπ’Š π’‰π’‚π’“π’ˆπ’‚π’Š,
π‘±π’‚π’”π’‚π’Žπ’– 𝒃𝒆𝒔𝒂𝒓 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑 π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wanita atas sumbangan, dedikasi dan komitmen yang tidak ternilai dalam pembangunan organisasi, masyarakat dan negara.

Kecekalan, kebijaksanaan dan semangat yang ditunjukkan oleh wanita menjadi pemacu kepada kemajuan serta inspirasi kepada generasi akan datang.

Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara..
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026πŸ’

πŸ’œπŸ’›  RUMUSAN MESYUARAT AJK PUSPANITA JUPEM PAHANGπŸ’›πŸ’œAlhamdulillah, selesai dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa (AJK) PUS...
06/03/2026

πŸ’œπŸ’› RUMUSAN MESYUARAT AJK PUSPANITA JUPEM PAHANGπŸ’›πŸ’œ

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa (AJK) PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang yang menemukan barisan AJK penggal lalu dan AJK lantikan baharu tempoh hari.

Pertemuan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah antara ahli jawatankuasa, malah menjadi medan penting untuk kelancaran pengurusan PUSPANITA bagi sesi yang baharu.

Antara intipati menarik mesyuarat semalam termasuklah:
βœ… Sesi Suai Kenal: Mengeratkan hubungan antara AJK lama dan baharu.
βœ… Penyerahan Tugas: Memastikan kelangsungan gerak kerja yang lebih lancar & efisien.
βœ… Perbincangan Hala Tuju: Menyatukan idea dan visi untuk pemerkasaan ahli.
βœ… Perancangan Aktiviti: Merangka pelbagai program menarik & bermanfaat untuk warga PUSPANITA JUPEM Pahang akan datang!

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK lama atas segala jasa dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan. Buat AJK lantikan baharu, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!

03/03/2026

π•πˆπƒπ„πŽ π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’ - πŸπŸŽπŸπŸ” π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 πƒπˆπ€πƒπ€πŠπ€π πŽπ‹π„π‡ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ (π€π‰πŠ) ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‰π”ππ„πŒ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ”

Terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA yang telah memberikan kerjasama & kotmitmen dalam menjayakan program yang diadakan.

SELAMAT MAJU JAYA PUAN NORACHIMAH BINTI ISMAIL
27/02/2026

SELAMAT MAJU JAYA PUAN NORACHIMAH BINTI ISMAIL

Address

Jalan Tengku Muhamad
Kuantan
25050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095668511

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share