Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat

Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat Pengurusan Dan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Daerah Kuantan Barat

π—¦π—˜π—₯π—§π—”π—œ π—žπ—”π— π—œ π—¦π—˜π—žπ—”π—₯π—”π—‘π—šKURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM PAHANG (KPPIP) ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN BARATSiri 15/...
12/08/2026

π—¦π—˜π—₯π—§π—”π—œ π—žπ—”π— π—œ π—¦π—˜π—žπ—”π—₯π—”π—‘π—š
KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM PAHANG (KPPIP) ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN BARAT
Siri 15/2026

πŸ“Œ 22-23 OGOS 2026 ( SABTU & AHAD)

πŸ“Œ Dewan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan Pahang

βœ… Yuran RM120 seorang (cash/transfer diterima)
βœ… Kursus dua hari
βœ… Sabtu & Ahad
βœ… Sijil diiktiraf dan sah digunapakai seluruh Negeri
βœ… Sijil diberi pada hari terakhir kursus *
βœ… Dewan / ruang kuliah yang selesa
βœ… Penceramah bertauliah
βœ… Makan, minum dan Bahan pembelajaran disediakan
π—•π—’π—’π—žπ—œπ—‘π—š π—¦π—˜π—žπ—”π—₯π—”π—‘π—š - π—§π—˜π— π—£π—”π—§ π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗
π—£π—˜π—‘π——π—”π—™π—§π—”π—₯𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—”π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—•π—’π—’π—žπ—œπ—‘π—š π——π—œπ—•π—¨π—žπ—” π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—£ 𝗛𝗔π—₯I
Booking slot anda di pautan berikut: *https://prakahwin.pahang.gov.my/*anjuran
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN BARAT
Digalakkan booking kursus awal 1-2 minggu awal. Slot terhad. Booking slot anda sekarang!
Peringatan : Peserta disarankan untuk merancang sebaik mungkin sebelum membuat pendaftaran atau booking kursus. Selepas pendaftaran dan pembayaran dilakukan, anda tidak boleh menarik diri.
No refund for cancel booking.
Sebarang pertanyaan
+60 143635349
Sila "text" whatsapp sahaja!
πŸ“² 09-5381971
Page fb:
AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN BARAT

TEMU DUGA PEGAWAI MASJID (RAWATIB) DAERAH KUANTAN BARATPada 29 Julai 2026 bersamaan 14 Safar 1448H (Rabu) telah berlangs...
30/07/2026

TEMU DUGA PEGAWAI MASJID (RAWATIB) DAERAH KUANTAN BARAT

Pada 29 Julai 2026 bersamaan 14 Safar 1448H (Rabu) telah berlangsung Temu Duga Pegawai Masjid (Rawatib) Daerah Kuantan Barat di Masjid Al-Makmur Batu 10, Kuantan.

Alhamdulillah, sesi temu duga telah selesai dengan lancar. Seramai 14 orang calon Pegawai Masjid (Rawatib) telah hadir dan berjaya mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahSempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pah...
30/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, seluruh warga Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat dengan penuh takzim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda, Pelindung Agama Islam kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta sentiasa berada dalam limpah rahmat dan peliharaan-Nya. Semoga Negeri Pahang Darul Makmur terus aman, makmur dan diberkati.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

πŸ“’ MAKLUMAN OPERASI PEJABAT

Dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat tidak beroperasi pada hari Jumaat, 31 Julai 2026 bersempena Hari Kelepasan Am Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pejabat akan beroperasi semula seperti biasa pada hari Isnin, 3 Ogos 2026.

Segala urusan yang berkaitan boleh dilakukan semula pada tarikh tersebut. Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan tahun baharu Hijrah. Semoga kehadiran 1 M...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan tahun baharu Hijrah. Semoga kehadiran 1 Muharam menjadi titik muhasabah untuk memperbaharui azam, memperkukuh iman serta meningkatkan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan ke arah yang lebih baik dalam setiap aspek kehidupan demi mencari keredaan Allah SWT.

Ikhlas daripada Al-Fadhil Qadhi serta seluruh warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸ•Œβœ¨Ikhlas daripada Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan Barat dan seluruh warga kerja Pejabat...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸ•Œβœ¨

Ikhlas daripada Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan Barat dan seluruh warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat.

Semoga Aidiladha membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

22/05/2026

HEBAHAN MAKLUMAN CUTI

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat akan bercuti bersempena cuti umum seperti berikut:

β€’ 22 Mei 2026 (Jumaat) – Hari Hol Pahang
β€’ 27 Mei 2026 (Rabu) – Hari Raya Aidiladha
β€’ 01 Jun 2026 (Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
β€’ 02 Jun 2026 (Selasa) – Cuti Gantian Hari Wesak

Sehubungan itu, pejabat akan beroperasi semula seperti biasa selepas tamat tempoh cuti.

Selamat Hari Guru 2026 🌹Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala ja...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 🌹
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa serta membentuk generasi berilmu dan berakhlak.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”
Terima kasih, cikgu. Jasa kalian sentiasa dihargai.

Ikhlas daripada,
Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat

06/05/2026, Rabu - Sekitar Perjumpaan dan Mesyuarat Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan Barat, Izzuddin bin Dato' Haj...
07/05/2026

06/05/2026, Rabu - Sekitar Perjumpaan dan Mesyuarat Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan Barat, Izzuddin bin Dato' Haji Mutalib bersama warga kerja Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, kebajikan serta mengeratkan silaturrahim.

Semoga segala perbincangan dan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan bersama. 🀝✨
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Selamat Hari Pekerja 🀍Komited β€’ Amanah β€’ Berintegriti
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 🀍
Komited β€’ Amanah β€’ Berintegriti


Pergi membawa kenangan,Datang membawa harapan.Setinggi-tinggi penghargaan kepadaAl-Fadhil Qadhi Hj. Badaruddin bin Ahmad...
22/04/2026

Pergi membawa kenangan,
Datang membawa harapan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Al-Fadhil Qadhi Hj. Badaruddin bin Ahmad Bustami
atas segala jasa dan bakti.

Semoga AFQ terus sukses melakar kecemerlangan di tempat baharu.
Selamat datang kepada
Al-Fadhil Qadhi Izzuddin bin Dato' Haji Abd Mutalib
Semoga kehadiran AFQ membawa sinar baharu, hikmah dan keberkatan buat semua.

Address

PEJABAT AGAMA ISLAM KUANTAN BARAT
Kuantan
26070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share